Friday, March 25, 2011

SSC Boba - My review

Heheh..managed to buy this sweet Boba carrier from ezmama. Dalam seminggu je ambil masa untuk buat keputusan nak beli dan alhamdulillah mujur sesuai dipakai oleh kami. Ceritanya beli untuk travel nanti, nak dukung si Khadijah tu, ala-ala tak larat dah. Berat dia rasanya 12kg. Eh dah besar gaklah tu kan untuk 3 tahun kan. Nak bawa stroller kami rasa agak menyusahkan, lagi pula bebudak 2 orang tu memang jarang sangat dok dalam stroller, boleh kira berapa kali. Stroller pun berhabuk dan jadi lusuh macam tu je. Jadi, selepas berbincang maka decide nak beli carrier yang sesuai untuk anak umur 3 tahun dan berat dia. Since saya takde pengalaman banyak tentang babywearing ni, maka straight forward je tanya Rozy mana carrier yang sesuai untuk Khadijah. Then, Rozy cadang yang ini dan few others lagi. Saya buat sedikit pembacaan dan baca reviews orang lain dan tengok demo nak pakai semua, nampak ok lah dan sesuailah dengan budget kami. Ada tu harga RM 700, pergh mahal rupanya carrier ni.

Maka, lepas itu ini-itu ini, kami belilah dan selamat pakai untuk lihat kemampuannya? kihkih kiranya ok lah, memang selesa, tak sakit bahu, badan ke bila 'wear' si Khadijah tu, dia pun happy dan ok je, risau juga dia restless dan tak nak duduk dalam tu, suamipun cakap ok. Dan si Aiysah pula dan-dan tu cakap penat nak suh dukung sama. Huhu kakak, kakak.. saya dah try carry dia guna carrier tu, terhuyung hayang juga sebab berat dia dah 17kg plus, tak larat weh nak dukung dan Boba carrier tu nampak kecil pada dia. Kesimpulannya tak sesuai untuk dia. Habis tu takkan nak beli lagi satu carrier kan. Btw, saya ada baca Kanga XT boleh bawa preschoolers. Cool kan, tapi surrender lah nak carry dia. Takpe, tengoklah nanti, abah dia cakap paling tidak beli je lah stroller kat sana untuk Aisyah. Ha? takpelah malas nak fikir dulu.

Ok enough on that, jom kita tengok gambar lak ya.

Masa di carrefour. Dia saje je letak tangan dia kat situ. Kasut dia takde sebab lupa ambil masa keluar kereta. Kisahnya dia tengah tidur masa letakkan dia dalam carrier tu.
Ini actually first time dia dalam carrier tu dan outdoor. Tengah tidur gak masa angkat letak dalam tu. Well, nampak cosy je dia tidur tak jagapun. Baru boleh guna function head rest tu.
Saya nak biar abah dia je dukung dia nanti..hahaha..
Ada gambar front carry tp dalam handphone. Gambar tak jelas sangat. Malas nak letak. Ok kat bawah ni gambar Khadijah dalam MG pouch. Ini beli dah lama tahun 2009 masa nak pergi Cameron Highland. Syok je dia tidur dalam tu. Tapi sekarang dah besar, tak muat dah. Itu untuk baby bolehlah.
Saya dengan Aisyah dan Khadijah dalam puch tu. Saya tak tahu betul ke tak cara saya pakai tu. Haha biarlah, asal tak jatuh sudah..
Rozy, betul tak cara mirah pakai Boba carrier tu? Bestlah. Mirah beli yang plain color, dark brown, saje pilih gelap supaya kalau kotor tak nampak sangat. Ingat nak beli yang ada printed gambar tu, cantik juga tapi abah dia cakap meriah sangat nanti, pastu takut warna dia faded nanti. jadi, as colors pun limited yang ada kat ezmama tu, beli juga lah yang basic earth tu. Thanx Rozy for the suggestion

*previous entry pasal Boba carrier ni soft structured carrier

5 comments:

rafiza said...

menarik..nnt kita google..hehe
nak berjalan jauh ke??
selalunya org cari carrier ni sbb nak pi umrah..

Rozy said...

mirah,

ok sangatlah tu khadijah nampak selesa.. khadijah tak suka pakai foot rest ka? pakai foot rest lagi best.

mirah said...

Rafiza,
Ha ah best tau. Kalau nak try pakai boleh je pinjam nnt. Hihi..
InsyaAllah.. :)

Rozy,
Rasanya betul kot dia selesa sebab dia tak protes pun, cuma bila kita berhenti satu tempat lama sangat, pastu dia tgk kakak dia aktif je ke sana ke mari, teringin gak lah dia nak turun..hihi.

psl foot rest tu, ha ah belum betul2 suh dia letak kaki dia kat situ. Huhu lupa lak.

ezmama said...

salam mirah,
thanks for the review! nmpk pakai okay.. 3 tahun baru 12kg? hehe masih boleh lagi, anak saya 2 tahun dh dekat 12 kg. rozy, my DS taksuka pakai footstraps tu. lg pun kalau dia pakai nnt dia nk berdiri sakit dibuatnya.it's ok as long as baby is seated well.zana

mirah said...

Zana,

thanx for dropping by.
Hihi itulah baru 12 kg. si kakak dia masa 2 thn dgn berat yg sama.
Anyway thanx ya.