Friday, March 18, 2011

Dia sudah tak minum susu guna botol..

17 Mac 2011.
Mula-mula susah juga nak percaya tapi no turning back I guess. Ini satu lagi achievement Aisyah hari ini. Kisahnya malam semalam, saya call kakak saya saja sembang-sembang, pastu keluar cerita anak dia, Anas 5 tahun dah tak minum susu dalam botol sebab tengok berita di tv yang kerajaan haramkan botol susu plastik biasa tu kan. Maka, saya pun cakap lah nak kena try cakap kat Aisyah gak ni, biar dia tak nak minum susu guna botol lah kan. Lepas tu, Aisyah cakap dengn mak dia - kakak sayalah tu tapi bebudak ni panggil mak. Kakak saya ceritalah Anas dah tak minum susu guna botol. Lepas dah habis cakap telefon tu, tengah lepak-lepak tu saya cakap kat Aisyah, 'kakak, dah lah minum susu guna botol ya, tak elok. Tengok Anas pun dah tak minum guna botol lagi. Kakak kan dah besar. Buang je lah botol susu kakak tu, boleh?' Pastu dia jawab 'Boleh' dan dan-dan tu juga dia ambil botol susu dia dan buang tong sampah. Wow. terperanjat saya. Betul ke Aisyah ni.. hihi..

Dan bila nak tidur, biasa memang wajib kena minum susu dululah kan. Jadi kali ni, saya offer dia susu dalam cawan. Dia minum sket je, dia cakap minum botol lagi sedap. Saya cakaplah kan susu ni sama je. Dan dia tidur elok je. Mula-mula gelisah juga tapi buat tak tahu je lah kan. Esok pagi, subuh dia terjaga. Biasa minta susu juga, saya tengok dia resah, saya tanya Aisyah nak susu ke? Dia geleng kepala. Oh ok. Bila pergi rumah pengasuh saya stand by je botol susu tu satu lagi (oh dia ada 2 botol, yg dia buang tadi bukan bpa free, yg tinggal ni mmg bpa free) tapi dah siap pesan kat kakak pengasuh tu sorokkan dulu. Dan masa berjalan sampai petang ni, dia ok je. Saya bekalkan 4 kotak air susu Dutch Lady perisa coklat dengan Strawberry yang kecik tu. Dia orang minum kongsi-kongsi katanya. Dan yang paling bangga sebab dia tak menangis. Maknanya dia dah faham apa yang dia buat tu. Malam ni saya buatkan susu dalam cawan, dia minum sket je pastu tak nak dah. Kalau ikut rasa kesian, memang kesian tapi rasanya tak nak berpatah balik, saya kena cari alternatif supaya dia suka minum susu dalam cawan dan paling penting calcium intake dia mencukupi. Saya berharap biarlah perubahan ini kekal lama dan saya tak perlu berpaling lagi. Maka, esok ni nak kena cari present untuk dia sebagai motivasi. Ada idea anyone? mug baru dengan gambar princess? botol air berstraw? 

Anak saya dah besar rupanya kan. Tetiba terkenang, ada stok susu 3-4 plastik tak buka lagi tu apa nak dibuat agaknya ya? Hehe.. tak sangka sungguh semudah itu nak minta dia wean off, kalau tak, sebelum ni memang puas cakap sudahlah minum pakai botol, memang dia tak layannya. Apapun syukur sangat. Nanti saya update lagi pasal Aisyah dengan misi bottleless dia ya. Risau gak esok-esok dia cari botol dia balik. Dia tahu botol pink dia belum buang lagi tapi saya dah sorokkan...hihi..

Sila kongsi pengalaman bagaimana anak anda boleh berhenti minum susu guna botol ni boleh.. thanx..

8 comments:

Nieza Ishak said...

mirah,

kalo stail suffiya pulak .. siang2 mmg minum cawan, malam jerk minum botol sbb bagi dia lepas gian + husband takmoh stopkan susu ...

dia membotol mmg sehari sekali jerk. kalo ada org lain dia sorok2 sbb malu.

kalo tak mirah ajar guna sippy cup sblm bagi cawan .. atleast dia tak terasa sangat windu pada botol ;)

Fiza Rahman said...

Bagusnya, dah tak minum pakai botol. Macam mana mirah ajar?

My son yg 4 thn tu still minum botol lagi lah, dia tak nak langsung minum dlm cawan, sippy cup pon tak nak...adoiiii...

lia said...

Amsyar pasai botol, Alhmdlh x de masalah sbb 18bulan da xnak botol, minum dari cawan jer susu badan...

TP... nenen yg x mo wean g hu3

Rozy said...

ritu belikan sippy cup tuk hadiff..
seharian dia takmo minum susu..sian lak.. ishh tak kuat pendirian toi ummi dia ni..

nanti update yaa camna..

belikan straw cup yg comel2laa..
princess kaa..doraa kaa..
mesti suka.

Nurul Huda Seenice said...

tahniah!! berjaya wean off.. aisyah umur berapa ehh.. saya tatau umur yg sesuai utk wean off botol. saya pnah cari info dulu tentang wean off off botol ni. entrynya kat sini: http://mamaneeya.blogspot.com/2010/11/cerai-botol.html
Tp dia still lg tak berminat dgn makanan. Unless mkn kt luar dan bersuap. tp ikot mood jgk. Dania ujung bulan ni dh 2 tahun. Ada tips tak?

mirah said...

Nieza,skrg dah ok. Dia minum guna botol straw tp nk susu strawberry cmpur dgn air msk sket. Dia xnak susu tepung dia dah.

Fiza, mirah pun xsangka cepat dia wean off. Dah 3 hri nmpk ok lh ni. Mirah mmg ckp kt dia psl botol susu dah xleh guna sbb Ada bhn x elok. Bila dia dgr sepupu dia pn xminum guna botol dah terus dia xnk.

mirah said...

Lia,hihi nak wean off bf pyh gak tu. Hihi khadijah dulu 3-4bln gaklah pastu dia sndiri xnak susupun xde dah.

Rozy, mmg kena kras hati sket. Mirah belikan diabotol princess berstraw. Botol tu smbil baring pn blh minum. Hihi nmpk ok jd no turning back lah. Satu lg makesure dia mkn nasi byklah.

mirah said...

Nurul,
Aisayh dah 4thn 2bln. Dah besar dah. Sebenarnya mmg takde guideline sebenar bila kena wean off, kalau baca page mats alleh, mmg diaorg suh wean off cepat umur 2 thn onwards kan. Tp saya mmg tak sampai hati masa dia kecik dulu, sbb makan pun kurang, susu je lah yg boleh cover balik. Kanak2 age 0-3 thn mmg susu adalah gizi utama mereka, takut terbantut pula bila mereka tak cukup nutrien. It's better if dapat prolong the breastfeeding session kan, tapi tak semua org berpeluang sebegitu.

Jadi, saya mula fikir untuk wean off aisyah masa dia umur 3 thn lebih bila dah start pergi sekolah. Masa siang hari dia tak minum tapi malam, mmg dia minum lah dan kekadang bangun tgh mlm nak susu. skrg dah tak bangun malam sgt dah. Jadi, kira peluang dia sendiri nak wean off ini suatu peluang yg harus diambil lah..hihi..

Pasal foods pulak, aisyah takde masalah, anak saya yg kecik tu ada mslh juga taknak makan. Apa yg saya buat, msk apa yg dia nak dan takpe dia mkn sket, asal byk benda dia makan. maksudnya, mungkin dia mkn nasi sket, pastu dia mkn roti sket, choc sket, minum susu, minum air kotak, mkn buah ke, kerepek ke. Jajan jgn lah pula kan. Kekadang in between, mkn biskut, tak pun kacang. Asala makan je lah. Cuma pastikan dlm sehari tu ada portion karbohidrat, protein, sayur2 dll. Karbo senang cthnya nasi kan, bebudak aktif perlu byk mkn karbo supaya dia tetap ada energy. kan diaorg ni aktif. Protein like ayam, ikan, etc pun kena pastikan cukup penting utk tumbesaran, nak bina sel-sel baru etc. Kekadang, dia nak mkn lauk je, tak nak nasi, bagi je lah drpd tak mkn langsung. Huhu mmg mak kena kreatif habis lah bab ni. Saya pun pening gak sebenarnya.. hihi