Lamanya biar blog ni tak berupdate. Tak sempatlah nak menulis. Macam-macam hal ada ni. Nak cerita pasal Aisyah ni dengan 11 ekor kutu. Kihkihkih..ya anakku dah berjangkit kutu dari kawan sekolahnya. Huhu menangis kawan tu bila tunjuk kutu dari kepala dia.. Ceritanya begini, meh saya bagi kronologinya ya. Minggu lepas perasan aisyah ni asyik tergaru-garu je kepala dia, dah rasa lain macam tapi biar dulu. Pastu check tengok takde apa. Dan kemuncaknya Jumaat lepas. Lepas dia sudah solat, tanggalkan telekung tu, wah punyalah dia berkerut-kerut garu kepala dia. Wah ini tak boleh jadi, saya jerit suh dia berhenti dan lepas tu mulalah misi spot check. Hah ambik 11 ekor ibu kutu (eh semua ibu ke? hihi) saya jumpa, dah menangis tu terpaksalah pujuk semula kan cakap takpelah, nanti ummi buang, biasalah kakak tidur kat sekolah, mungkin ada kawan jangkitkan. Memang gemuk-gemuklah. Lepas tu rehat dan saya siap call mak saya tanya apa nak buat? boleh gitu? yelah saya manalah tahu, ingatlah dulu pernah sekali kena masa kecik, itupun sebab berjangkit dari sepupu, tidur sama-sama diaorang rambut panjang paras pinggang semua. Rasanya itulah pertama dan terakhir.
Mak saya siap cakap kat KL pun ada kutu ke? Huhu..entahlah macamana mulanya saya pun tak pasti. Dengan saya sekali tak lena tidur. Mak saya cakap beli ubat kat farmasi je lah. Esoknya Sabtu, selepas ke Bangi saya hantar anak-anak ke rumah pengasuh sebab kami ada urusan. Dan siap pesan lah kat kakak tu cakap aisyah ni ada kutu..sebab takut terjangkit kat orang lain pula kan. Sebelum tu dalam kereta pun sempat cari, dapatlah beberapa ekor dan telur memang banyaklah. Ubat pun dah beli, belum guna lagi masa tu. Dan masa nak ambil semula mereka, kakak tu dah gelak-gelak, saya tanya kenapa kak? banyak ke kutu kat kepala aisyah, hmm..dia jawab banyak, puluh-puluh ekor. Which is I can't imagine how lah kan.. terbeliak mata mendengarnya. Huhu kesian anakku, dan kakak tu cakap dia dah buang telur semua, shampoo rambut. Rupanya, memang dari kawan sekolah dia, kebetulan pula, kawan dia tu datang rumah pengasuh tu juga, eh complicated nak cerita. Kiranya makbapak budak tu pun hantar anak-anak dia ke rumah pengasuh tu. Baru je akhir tahun lepas hantar sama. Kalau tak faham, buat-buat faham je lah ya.
Bila dah syampu rambut dengan ubat tu, kira makin berkuranglah, takde lah banyak macam mula-mula tu sampai tak tahu bahagian mana nak buat dulu. Dan Ahadnya misi memotong rambut pula. Semua kena gunting rambut, aisyah, khadijah dan termasuklah saya. Me guntingkan rambut budak-budak tu dan my husband guntingkan rambut saya. Baru puas hari. Abahnya je lah tak gunting rambut, kalau saya guntingkan, mahu lepas tu dia gi botakkan kepala dia pula kot.. :) Selepas tu dah buat complain elok-elok kat cikgu sekolah aisyah dan saya perhatikan kutu dah takde, tapi masih tiap-tiap hari check kepala dia nak tengok kalau-kalau ada telur yang masih aktif lagi. Haha.. Dah habis cerita perihal kutu. Moga-moga inilah kali pertama dan terakhir kakak kena ya.
Budak dua orang ni memang begini. Kalau waktu ok memang baik lah berdua, jika datang angin gaduh, ha sila jangan dekat ok. Lagi-lagi si adik yang 'keras' hati tu.. |
Khas untuk Nenek yang nak tengok Aisyah berambut pendek. Khadijah tak dapat nak gunting lagi pendek sebab dia asyiklah tunduk kepala dia, dah senget-benget jadinya.. |
Khadijah dan Aisyah |
Hari ini dah Jumaat, banyaknya benda nak buat tapi belum dapat buat. Minggu ni memang masa tertumpu buat KPI je, hampir tiap hari ada discussion dan meeting. Banyak hal lain tertangguh. Bilalah nak mula menulis jurnal ni. Minggu depan lain pula ceritanya, Isnin depan ada appointment Khadijah di Hospital Serdang dan plan nak cuti untuk settlekan urusan pasport anak-anak dan hal-hal lain yang perlu. Entry ni draf 3 hari baru siap. Adatlah tu kan, jika nampak entry banyak tu mungkin juga sebab tak sibuk dan mungkin juga sebab stress, maka larikan diri dengan tulis blog, tapi bila blog tak berupdate tu biasanya memang sebab sibuk je lah..
Selamat berhujung minggu dan Selamat Bercuti sekolah. Kami takde cuti-cuti ke mana kali ini, cuti balik kampung Muar je esok.
p/s: masa ambil gambar pasport khadijah baru-baru ni, baru perasan mata kiri dia tak centre. Rasa nak cepatkan appoitmnet klinik mata dia lah.
5 comments:
risaukan kalau anak kena kutu..kang kita pun terjangkit..
dah test boba?
nak tengok gambaq.
Rozy,itulah pasal. Mirah pun rasa gatal-gatal kepala tu yg gunting sekali rambut tu.
Boba tu test sekali je baru sbb belum ada aktiviti luar lagi. Dah snap gambar tp gambar abahnya tgh carry khadijah.
Ok kalau ada nanti, mirah sure tunjuk kat sini..hihi..
kah3
si kakak amani pun sama, sampai 2 kali atok dia bawak pi saloon, dia pulak mmg suka pi saloon, tapi tak hilang gak, satu mlm tu, dlm jam 1pagi, en suami outstation, sy dok perhati anak2 tidur, tgk si kakak garu2, kesian tengoknya, terus sy amik syampoo tu, then balut kepala dia, kul 4pagi sy bangun bukak semula, after subuh 6.30 sy kejut dia pi bilik air bilas rambut dia..
lepas tu dah kurang..
tapi mmg tak hilang la..
sekarang ni ada lg telur kecik2
actually sy mmg takpandai langsung cari serangga tu..en suami pulak yg ralit cari, kalau balik rumah tu, dah sampai, tp depa berdua duk dlm kereta operasi mencari..
sy pulak memula eksyen, takde, sbb kepala jenis kelemumur, org kata takda kan? tapi, ada juga..huhuhu, 1st time sikat hari tu ada dekat 5 kut..hahaha..tapi sy syg sgt nak potong ni..tapi terpaksala kut..campur dgn rambut gugur lagi merata2 kat rumah tu..
boleh hilang ke?ada petua lain tak?
kahkahkah..gelak balik kat awak..hihi
oh memang ramai bermasalah kutu ni ya. Akak pakai syampu tu 2x, pastu tiap2 hari syampu rambut dan potong rambut. Try gak sikat rambut tp tak de pun yang keluar. Skrg ni pun tak rasa gatal2, dah takde kot. Ada suh suami tlg tengokkan, tp dia ckp takde, ke dia tak jumpa tak tahulah..
satu lagi, rafiza, kena buang telur2 tu sampai hbs. kalau telur tak buang hbs nanti dia jadi kutu pastu kutu tu beranak pulak lagi, mmg sampai sudah tak habis.
skrg ni pun tiap mlm akak check rambut aisyah nak make sure takde langsung. Dia cakap dia siap kena kuarantin tidur kat sekolah..hihi
Post a Comment