Saturday, March 12, 2011

Ulangtahun ke-5

Alhamdulillah hari ini merupakan ulangtahun ke-5 perkahwinan kami. Terima kasih Allah di atas ikatan kasih sayang ini. Benarlah jodoh itu di tangan Dia. Baik dan buruk pasangan kita, adalah pasangan tersebut sendiri berperanan menanganinya. Moga ikatan kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga. Terima kasih abang di atas segalanya. Marilah kita sama-sama berusaha menjaga perhubungan ini  dan bersama melakar lebih banyak kebahagian pada masa akan datang.

Ada satu waktu itu, apabila saya tengok suami saya tengah buat kerja rumah, tetiba datang perasaan menyelit di minda, janganlah dia tiada, saya tak mampu sendirian tanpa dia. Dia melengkapkan hidup saya biarpun adakalnya kita juga sering tidak sama pendapat. Saya tak tahu mengapa rasa itu datang tapi, saya pasti itu tanda saya sayangkan dia, itu tanda saya perlukan dia selalu di sisi saya dan anak-anak. Walaupun begitu, hidup ini pastinya suatu persinggahan. Cuma, bila sampai waktunya kita ini dijemput pulang, harapannya biarlah dalam keadaan baik dan dalam kalimah Lailahaillallah..

Lima tahun yang indah, sukar dan damai dengan anak-anak penyeri hidup.  Umur juga makin bertambah, mudah-mudahan misi menambah anak juga berjaya selepas ini. :) Moga yang baik-baik sahaja untuk keluarga kita. Amin.

15 comments:

Nadiah Sidek said...

happy 5th anniversary! moga berbahagia & berkekalan hingga ke akhir hayat :)

Rozy said...

selamay ulang tahu perkahwinan ya mirah!!

Confession of a Coffeeholic Momma said...

happy anniversary!!

mirah said...

Nadiah,
terima kasih. AMin.

Rozy,
thanx dear..

Zakiah,
hihi thanx.

Nieza Ishak said...

happy anniversary mirah ..
sama2 la kita laksanakan misi kita yerk ... ;)

Ummi Codda said...

congrats kak mirah...lebih kurang kakak saya la tarikh..cuma beza setahun..dua2 kakak ni nk tambah anak tahun ni..hehe..semoga berjaya..insyaAllah..

lia said...

da 5 tahun.....

semoga sentiasa bahagia wpon 500 tahun lg & kekal d sana, amin....

mirah said...

nieza,
thanx.
ya ya jom kita sama-sama dlm misi seterusnya..hihi..

mirah said...

Farida,
thanx. oh ya ke. eh anak akak awak yg no. 2 tu baru 2 thn kan?

Lia,
terima kasih. 500 tahun? huhu kira sampai akhir hayat lah tu kan.. :)

ummi09 said...

selamat menyambut ulangtahun ke 5 kak mirah.. dah ke 5 ye.. maknanya bulan 5 nnti anniversary sal yang ke 4 la.. ish dah lama kawen rupenyer. awat rasa cam baru duk bersama jek.. btullah, kami perkahwinan jarak jauh..kekeke.. tak kisahlah.. sal doakaan akk dengan abe ex presiden sal tu serta anak2 diberi kebahagiaan oleh Allah sentiasa dalam rahmat n kasih sayangNya..ameen..

rafiza said...

kakmirah,
hmm, dari hari tu lg dah baca entry ni, tp nak komen, sy pulak rasa syahdu..my friend baru meninggal n tinggalkan isteri n 2 anak perempuan usia 22 bulan dan 3 bulan..mmg, sy pun selalu terasa mcm kakmirah.."jgnlah dia tiada.."

owh, byknya lg nak cerita..apa pun, selamat ulangtahun ke 5. semoga dirahmati dan diberkatiNya hingga ke akhirnya...

Ummi Codda said...

kak mirah..
anak kakak yg 2nd tu tahun ni masuk 2 tahun..misi nk dptkan anak lelaki plak..huhu..

mirah said...

sal,
terima kasih.
'abe ex presiden?' haha kelakarlah ayat tu.

apapun, moga rumahtangga kita masing2 dirahmati hingga ke akhir hayat.

Rafiza,
Huhu sedihnya dapat tahu berita tu. Itulah kan, tapi ya lah ajal maut di tangan Tuhan, entah-entah kita pergi dulupun tak tahu kan. Kalau akak tanya suami dia kahwin lain tak akak takde lagi, dia ckp dah-dah lah tanya soalan bukan2 ni..

thanx ya.

mirah said...

Farida,
betullah tu. eh akak pun misi nak anak lelaki pula ni. moga-moga ada rezeki. bebudak 2 org tu pun bila tanya nak adik tak? semua jwb nak. Nak baby boy ke girl? boy... jawapannya. kalau khadijah dia jawab, boy mcm baby adi. Adi tu baby kat rumah pengasuh dia tu..

Hihi insyaAllah moga ada rezeki kami. Doakanlah ya.. :) tq

mirah said...
This comment has been removed by the author.