Sunday, March 20, 2011

Tonsil Khadijah dan Klinik ENT 14/3/2011

Tonsil
Saya nak share pasal tonsil khadijah dulu ya. Kuat sungguh bunyi dia snoring bila tidur akhir-akhir ini. Saya anggap tonsil dia makin besar dan rasanya betul jika tengok gambar-gambar di bawah ni (maaf kalau ada yang tak lalu tengok gambar tu, boleh cepat-cepat exit blog ni lah ya. Ini sekadar untuk perkongsian dan ilmu juga). Sejak awal tahun ni, kami cuba beri dia makan ubat homoepathy sebagai alternatif kepada ubat hospital. Sejak awal Feb lepas, dia belum demam/ selsema setakat hari ini. Kira lama gak lah gap tu, doa-doa dia mantain sihat lah. Dari segi selera makan, khadijah ni tak menetu, kekadang dia nak nasi, kekadang tak dan dia kalau makan reramai, makan berebut, dia sukalah, ataupun dia ikut kakak. Kekadang tu apa dia makan belum habis tapi kakak dah habis, boleh tu dia berhenti cakap diapun tak nak dah. Sampai kena paksa pula Aisyah makan sama tapi selalunya Aisyah taknaklah.

Dari segi percakapan, oh kamus bahasa dia dah banyak benar sekarang ni. Ada sebutan pelat macam dia tak boleh sebut 'L', 'Y'. Dulu tak leh sebut 'T', sekarang dah ok. Tapi dari segi construct sentence, kira dah ok lah untuk umur dia. Satu lagi perkara yang kena observe ialah masa tidur samada dia ada berhenti bernafas atau tidak. Rasanya sehingga kini, belum ada lagi keadaan macam tu. Dia cuma tidur berbunyi dan nafas tersekat ada juga sesekali, pastu dia alihkan badan dia, hilang sekejap. Tapi macam saya ada cakap sebelum ini, dia sangat selesa tidur meniarap. Puas kita pusing, dia alihkan semula. Lega untuk airways dia agaknya. Dia bernafas masa tidur ikut mulut. Tapi bila dalam keadaan sedar, dia boleh bernafas ikut hidung macam biasa. Jadi, itu antara 4 faktor yang kena dilihat sebelum ambil keputusan untuk buang tonsil ni. Siapa yang pernah baca entry saya pasal tonsil ini harus ingatlah kan, jika tak, silalah semak entry lama.

Ini gambar masa bula Januari lepas kalau tak silap, masa dia demam. See merah kan tekak dia, tu pun kira tak merah sangat sebab dia demam tak teruk sangat.
Ini gambar latest hujung minggu lepas. Nampak kan tonsil kiri kanan dia makin besar sampai dah tak nampak ruang saluran ke esofagus dia.
Ini pun sama. Bandingkan dengan gambar first atas tu, rasa sekarang lagi teruk, no wonder sebulan dua ni kuat betul dia snoring.

Klinik ENT 14/3/2011
Masa pergi temujanji ini, saya risau amat kalau doktor tu cakap nak proceed bedah. Cuba bayangkan Khadijah pegang pintu bilik doktor tu tak nak masuk dan melalak sekuat-kuatnya sampai rasanya satu klinik dengar. Saya dukung dan peluk dia, pastu dia tak nak lepaskan pelukan bila doktor nak check tekak dia. Ha kena peganglah kaki tangan, doktor tengok sekejap je, pastu check telinga dan habis. Ala dik, itupun nak nangis ke? hihi.. Khadijah tu dah tahu apa doktor tu nak buat, tengok gadget doktor tu pun dia dah tak keruan. Phobia I guessed. Dan doktor tanya ada demam tak, saya jawab tak, ada berhenti bernafas? saya jawab tak de setakat ini. Makan ok? Boleh lah, berat naik tak? Saya jawab naik, tapi tak banyak.. Jadi, doktor cakap bagi lah 4 bulan lagi untuk observe dia. Fuh lega mak... Dan dia bagi spray hidung, fungsinya untuk kecutkan tissue belakang hidung tu. Dan juga ubat selsema jika selsema.

Jadi, buat masa sekarang ini, kami tumpukan bagi ubat homoepathy tu je lah kat dia. Mana tahu serasi kan dan boleh kecutkan tonsil dia. Saya ada dengar, ada yang kecut dan terus baik, cuma faktor masa je lah kan. Kena doa banyak-banyak ni. Dan saya dah bagi juga ubat spray hidung tu sekali sehari. Saya ada video masa dia tidur, tapi sebab belum belajar cara mana nak upload masuk sini, maka biar je lah dulu ya. Saya alu-alukan jika ada doktor atau sesiapa berpengalaman atau pernah menghadapi situasi macam anak saya ini untuk kongsikan pendapat kalian.

No comments: