Fuhh mujur sampai juga ke pejabat hari ini. Nervous weh bawa kereta manual setelah 2 tahun lebih bawa auto je. Memang kena fokus habislah. Haha.. Hari ini baru hantar kereta masuk bengkel, untuk baiki kerosakan hari tu. Lama benar kami tangguh. Mentang-mentanglah kemalangan tu sikit je dan bearable untuk dibawa. Tapi takkan tak nak baiki kan. Jadi, kena paksa hantar juga sebab akan datang banyak lagi aktiviti, takut tak sempat buat dan terus tak terbuat.
Bersyukurlah dengan nikmat yang ada, kan.
Perjalanan hidup ini ialah sebagai mengambil bekalan untuk hari kemudiannya. Beruntunglah barangsiapa yang berfikir dan mengambil peluang tersebut. Hidup ini hanya sementara.
Tuesday, March 29, 2011
Friday, March 25, 2011
SSC Boba - My review
Heheh..managed to buy this sweet Boba carrier from ezmama. Dalam seminggu je ambil masa untuk buat keputusan nak beli dan alhamdulillah mujur sesuai dipakai oleh kami. Ceritanya beli untuk travel nanti, nak dukung si Khadijah tu, ala-ala tak larat dah. Berat dia rasanya 12kg. Eh dah besar gaklah tu kan untuk 3 tahun kan. Nak bawa stroller kami rasa agak menyusahkan, lagi pula bebudak 2 orang tu memang jarang sangat dok dalam stroller, boleh kira berapa kali. Stroller pun berhabuk dan jadi lusuh macam tu je. Jadi, selepas berbincang maka decide nak beli carrier yang sesuai untuk anak umur 3 tahun dan berat dia. Since saya takde pengalaman banyak tentang babywearing ni, maka straight forward je tanya Rozy mana carrier yang sesuai untuk Khadijah. Then, Rozy cadang yang ini dan few others lagi. Saya buat sedikit pembacaan dan baca reviews orang lain dan tengok demo nak pakai semua, nampak ok lah dan sesuailah dengan budget kami. Ada tu harga RM 700, pergh mahal rupanya carrier ni.
Maka, lepas itu ini-itu ini, kami belilah dan selamat pakai untuk lihat kemampuannya? kihkih kiranya ok lah, memang selesa, tak sakit bahu, badan ke bila 'wear' si Khadijah tu, dia pun happy dan ok je, risau juga dia restless dan tak nak duduk dalam tu, suamipun cakap ok. Dan si Aiysah pula dan-dan tu cakap penat nak suh dukung sama. Huhu kakak, kakak.. saya dah try carry dia guna carrier tu, terhuyung hayang juga sebab berat dia dah 17kg plus, tak larat weh nak dukung dan Boba carrier tu nampak kecil pada dia. Kesimpulannya tak sesuai untuk dia. Habis tu takkan nak beli lagi satu carrier kan. Btw, saya ada baca Kanga XT boleh bawa preschoolers. Cool kan, tapi surrender lah nak carry dia. Takpe, tengoklah nanti, abah dia cakap paling tidak beli je lah stroller kat sana untuk Aisyah. Ha? takpelah malas nak fikir dulu.
Ok enough on that, jom kita tengok gambar lak ya.
Masa di carrefour. Dia saje je letak tangan dia kat situ. Kasut dia takde sebab lupa ambil masa keluar kereta. Kisahnya dia tengah tidur masa letakkan dia dalam carrier tu. |
Ini actually first time dia dalam carrier tu dan outdoor. Tengah tidur gak masa angkat letak dalam tu. Well, nampak cosy je dia tidur tak jagapun. Baru boleh guna function head rest tu. |
Saya nak biar abah dia je dukung dia nanti..hahaha.. |
Ada gambar front carry tp dalam handphone. Gambar tak jelas sangat. Malas nak letak. Ok kat bawah ni gambar Khadijah dalam MG pouch. Ini beli dah lama tahun 2009 masa nak pergi Cameron Highland. Syok je dia tidur dalam tu. Tapi sekarang dah besar, tak muat dah. Itu untuk baby bolehlah.
Saya dengan Aisyah dan Khadijah dalam puch tu. Saya tak tahu betul ke tak cara saya pakai tu. Haha biarlah, asal tak jatuh sudah.. |
Rozy, betul tak cara mirah pakai Boba carrier tu? Bestlah. Mirah beli yang plain color, dark brown, saje pilih gelap supaya kalau kotor tak nampak sangat. Ingat nak beli yang ada printed gambar tu, cantik juga tapi abah dia cakap meriah sangat nanti, pastu takut warna dia faded nanti. jadi, as colors pun limited yang ada kat ezmama tu, beli juga lah yang basic earth tu. Thanx Rozy for the suggestion.
*previous entry pasal Boba carrier ni soft structured carrier
Tuesday, March 22, 2011
Strabismus
Strabismus - Saya tengah study pasal ini sekarang sebab Khadijah shows sign of squint on her left eye. Kami nak bawa dia pergi jumpa specialist ni, nak awalkan appointment di Klinik Mata Hospital Serdang tak dapat. Lepas tu minta tolong kakak doktor yang kami kenal di sana untuk ubah tarikh temujanji tu, tak pun satu lagi nak mesej Yusrina Hatta tanya pendapat dia. Hihi.. pilihan akhir, kami ambil surat rujukan dan bawa ke hospital swasta je lah. Tapi, kami pilih nak jumpa doktor di Hospital Serdang dulu, apa-apa nanti senang, sebab rekod dia dah ada di sana. Macam keputusan kami bawa dia ke hospital pakar an-nur tempohari, ha dah kena sound dengan doktor kenapa tak bawa ke hospital serdang je. Betul juga cakap doktor tu, rekod dia sejak awal lahir dah kat sana, kelengkapan dan kemudahan perubatan pun dah canggih, kenapa pergi private juga?.
Ok saya bagi intro sekt pasal Strabismus ni:
Strabismus is a condition whereby there is a deviation of the eyes. The term is used to describe eyes that are not straight or properly aligned. The misalignment results from the failure of the eye muscles to work together. |
One eye, or sometimes both, may turn in (convergent squint), turn out (divergent squint), turn up or turn down. Sometimes, more than one 'turn' is present. |
The deviation may be constant or may come and go (intermittent). In young children, strabismus may vary not only from day-to-day, but during the course of a day. |
Strabismus can affect people of all ages. It may be present at birth, it may become apparent at a later age or it may appear at any time as a result of illness or an accident. |
There are many causes of strabismus, including congenital reasons, paralysis of eye muscles due to nerve damage (nerve palsy), refractive errors, trauma, stroke, infections and eye tumours. |
Strabismus in children |
At birth, an infant's eyes do not always focus directly on objects. They may appear to move independently of each other, sometimes crossing and sometimes wandering outward. But by the age of 3-4 months, an infant's eyes should be able to focus on small objects and the eyes should be straight or parallel. A 6-month-old infant should be able to focus on both distant and close objects. |
If parents notice crossed eyes persisting in a child at 4 months of age, they should immediately take the child to an ophthalmologist for an examination. Early medical attention is recommended for one important reason – to rule out the presence of a serious eye disease, such as retinoblastoma (eye tumour) or childhood cataract. |
Sumber - http://www.isecmalaysia.com/pinfo_my_child_squints.htm
Dan ini;
What is squint (strabismus)?
Squint is a misalignment of the two eyes so that both the eyes are not looking in the same direction. This misalignment may be constant, being present throughout the day, or it may appear sometimes and the rest of the time the eyes may be straight.
It is a common condition among children. It may also occur in adults.
What causes squint?
The exact cause of squint is not really known. The movement of each eye is controlled by six muscles. Each of these muscle acts along with its counterpart in the other eye to keep both the eyes aligned properly. A loss of coordination between the muscles of the two eyes leads to misalignment. This misalignment may be the same in all directions of gaze, or in some conditions the misalignment may be more in one direction of gaze, e.g., in squint due to nerve palsy.
Sometimes a refractive error hypermetropia (long sight) may lead to inward deviation of the eye. Poor vision in an eye because of some other eye disease like cataract, etc. may also cause the eye to deviate. Therefore it is important in all the cases of squint, especially in children, to have a thorough eye checkup to rule out any other cause of loss of vision.
How is squint diagnosed?
The squint is diagnosed by the ophthalmologist. He or she would do a few special tests to confirm the squint, to try and find out the cause and to quantify the amount of deviation. In some cases there may be a false appearance of squint due to broad nasal bridge in a child. An ophthalmologist will be able to differentiate between a true squint and false squint.
What is the treatment for squint?
The aims of treatment of squint in order of importance are:
- Preserve or restore vision
- Straighten the eyes
- Restore binocular vision
Saya rasa mesti ada kaitan dengan mata dia lambat matang masa dia kecil dulu. Betul ke istilah tu? atau salur darah di mata dia lambat matang - ini term yang ophthalmologist bagitahu dulu. Saya rasa ada kaitan ni, lagi pula dulu saya nampak mata dia ok, lately je nampak mcm juling tapi takde lah seteruk dalam gambar di atas tu.
Khadijah tengah demam sekarang ini, dah dua hari suhu badan dia on-off je. Baru je puji dalam entry lepas cakap dah lama dia tak demam kan (tak boleh puji dah lepas ni, bersyukur je lah time dia sihat tu kan) sekali demam pula tetiba. Ok banyak kerja nak buat ni..
Sunday, March 20, 2011
Tonsil Khadijah dan Klinik ENT 14/3/2011
Tonsil
Klinik ENT 14/3/2011
Saya nak share pasal tonsil khadijah dulu ya. Kuat sungguh bunyi dia snoring bila tidur akhir-akhir ini. Saya anggap tonsil dia makin besar dan rasanya betul jika tengok gambar-gambar di bawah ni (maaf kalau ada yang tak lalu tengok gambar tu, boleh cepat-cepat exit blog ni lah ya. Ini sekadar untuk perkongsian dan ilmu juga). Sejak awal tahun ni, kami cuba beri dia makan ubat homoepathy sebagai alternatif kepada ubat hospital. Sejak awal Feb lepas, dia belum demam/ selsema setakat hari ini. Kira lama gak lah gap tu, doa-doa dia mantain sihat lah. Dari segi selera makan, khadijah ni tak menetu, kekadang dia nak nasi, kekadang tak dan dia kalau makan reramai, makan berebut, dia sukalah, ataupun dia ikut kakak. Kekadang tu apa dia makan belum habis tapi kakak dah habis, boleh tu dia berhenti cakap diapun tak nak dah. Sampai kena paksa pula Aisyah makan sama tapi selalunya Aisyah taknaklah.
Dari segi percakapan, oh kamus bahasa dia dah banyak benar sekarang ni. Ada sebutan pelat macam dia tak boleh sebut 'L', 'Y'. Dulu tak leh sebut 'T', sekarang dah ok. Tapi dari segi construct sentence, kira dah ok lah untuk umur dia. Satu lagi perkara yang kena observe ialah masa tidur samada dia ada berhenti bernafas atau tidak. Rasanya sehingga kini, belum ada lagi keadaan macam tu. Dia cuma tidur berbunyi dan nafas tersekat ada juga sesekali, pastu dia alihkan badan dia, hilang sekejap. Tapi macam saya ada cakap sebelum ini, dia sangat selesa tidur meniarap. Puas kita pusing, dia alihkan semula. Lega untuk airways dia agaknya. Dia bernafas masa tidur ikut mulut. Tapi bila dalam keadaan sedar, dia boleh bernafas ikut hidung macam biasa. Jadi, itu antara 4 faktor yang kena dilihat sebelum ambil keputusan untuk buang tonsil ni. Siapa yang pernah baca entry saya pasal tonsil ini harus ingatlah kan, jika tak, silalah semak entry lama.
Ini gambar masa bula Januari lepas kalau tak silap, masa dia demam. See merah kan tekak dia, tu pun kira tak merah sangat sebab dia demam tak teruk sangat. |
Ini gambar latest hujung minggu lepas. Nampak kan tonsil kiri kanan dia makin besar sampai dah tak nampak ruang saluran ke esofagus dia. |
Ini pun sama. Bandingkan dengan gambar first atas tu, rasa sekarang lagi teruk, no wonder sebulan dua ni kuat betul dia snoring. |
Masa pergi temujanji ini, saya risau amat kalau doktor tu cakap nak proceed bedah. Cuba bayangkan Khadijah pegang pintu bilik doktor tu tak nak masuk dan melalak sekuat-kuatnya sampai rasanya satu klinik dengar. Saya dukung dan peluk dia, pastu dia tak nak lepaskan pelukan bila doktor nak check tekak dia. Ha kena peganglah kaki tangan, doktor tengok sekejap je, pastu check telinga dan habis. Ala dik, itupun nak nangis ke? hihi.. Khadijah tu dah tahu apa doktor tu nak buat, tengok gadget doktor tu pun dia dah tak keruan. Phobia I guessed. Dan doktor tanya ada demam tak, saya jawab tak, ada berhenti bernafas? saya jawab tak de setakat ini. Makan ok? Boleh lah, berat naik tak? Saya jawab naik, tapi tak banyak.. Jadi, doktor cakap bagi lah 4 bulan lagi untuk observe dia. Fuh lega mak... Dan dia bagi spray hidung, fungsinya untuk kecutkan tissue belakang hidung tu. Dan juga ubat selsema jika selsema.
Jadi, buat masa sekarang ini, kami tumpukan bagi ubat homoepathy tu je lah kat dia. Mana tahu serasi kan dan boleh kecutkan tonsil dia. Saya ada dengar, ada yang kecut dan terus baik, cuma faktor masa je lah kan. Kena doa banyak-banyak ni. Dan saya dah bagi juga ubat spray hidung tu sekali sehari. Saya ada video masa dia tidur, tapi sebab belum belajar cara mana nak upload masuk sini, maka biar je lah dulu ya. Saya alu-alukan jika ada doktor atau sesiapa berpengalaman atau pernah menghadapi situasi macam anak saya ini untuk kongsikan pendapat kalian.
Friday, March 18, 2011
Dia sudah tak minum susu guna botol..
17 Mac 2011.
Mula-mula susah juga nak percaya tapi no turning back I guess. Ini satu lagi achievement Aisyah hari ini. Kisahnya malam semalam, saya call kakak saya saja sembang-sembang, pastu keluar cerita anak dia, Anas 5 tahun dah tak minum susu dalam botol sebab tengok berita di tv yang kerajaan haramkan botol susu plastik biasa tu kan. Maka, saya pun cakap lah nak kena try cakap kat Aisyah gak ni, biar dia tak nak minum susu guna botol lah kan. Lepas tu, Aisyah cakap dengn mak dia - kakak sayalah tu tapi bebudak ni panggil mak. Kakak saya ceritalah Anas dah tak minum susu guna botol. Lepas dah habis cakap telefon tu, tengah lepak-lepak tu saya cakap kat Aisyah, 'kakak, dah lah minum susu guna botol ya, tak elok. Tengok Anas pun dah tak minum guna botol lagi. Kakak kan dah besar. Buang je lah botol susu kakak tu, boleh?' Pastu dia jawab 'Boleh' dan dan-dan tu juga dia ambil botol susu dia dan buang tong sampah. Wow. terperanjat saya. Betul ke Aisyah ni.. hihi..
Mula-mula susah juga nak percaya tapi no turning back I guess. Ini satu lagi achievement Aisyah hari ini. Kisahnya malam semalam, saya call kakak saya saja sembang-sembang, pastu keluar cerita anak dia, Anas 5 tahun dah tak minum susu dalam botol sebab tengok berita di tv yang kerajaan haramkan botol susu plastik biasa tu kan. Maka, saya pun cakap lah nak kena try cakap kat Aisyah gak ni, biar dia tak nak minum susu guna botol lah kan. Lepas tu, Aisyah cakap dengn mak dia - kakak sayalah tu tapi bebudak ni panggil mak. Kakak saya ceritalah Anas dah tak minum susu guna botol. Lepas dah habis cakap telefon tu, tengah lepak-lepak tu saya cakap kat Aisyah, 'kakak, dah lah minum susu guna botol ya, tak elok. Tengok Anas pun dah tak minum guna botol lagi. Kakak kan dah besar. Buang je lah botol susu kakak tu, boleh?' Pastu dia jawab 'Boleh' dan dan-dan tu juga dia ambil botol susu dia dan buang tong sampah. Wow. terperanjat saya. Betul ke Aisyah ni.. hihi..
Dan bila nak tidur, biasa memang wajib kena minum susu dululah kan. Jadi kali ni, saya offer dia susu dalam cawan. Dia minum sket je, dia cakap minum botol lagi sedap. Saya cakaplah kan susu ni sama je. Dan dia tidur elok je. Mula-mula gelisah juga tapi buat tak tahu je lah kan. Esok pagi, subuh dia terjaga. Biasa minta susu juga, saya tengok dia resah, saya tanya Aisyah nak susu ke? Dia geleng kepala. Oh ok. Bila pergi rumah pengasuh saya stand by je botol susu tu satu lagi (oh dia ada 2 botol, yg dia buang tadi bukan bpa free, yg tinggal ni mmg bpa free) tapi dah siap pesan kat kakak pengasuh tu sorokkan dulu. Dan masa berjalan sampai petang ni, dia ok je. Saya bekalkan 4 kotak air susu Dutch Lady perisa coklat dengan Strawberry yang kecik tu. Dia orang minum kongsi-kongsi katanya. Dan yang paling bangga sebab dia tak menangis. Maknanya dia dah faham apa yang dia buat tu. Malam ni saya buatkan susu dalam cawan, dia minum sket je pastu tak nak dah. Kalau ikut rasa kesian, memang kesian tapi rasanya tak nak berpatah balik, saya kena cari alternatif supaya dia suka minum susu dalam cawan dan paling penting calcium intake dia mencukupi. Saya berharap biarlah perubahan ini kekal lama dan saya tak perlu berpaling lagi. Maka, esok ni nak kena cari present untuk dia sebagai motivasi. Ada idea anyone? mug baru dengan gambar princess? botol air berstraw?
Anak saya dah besar rupanya kan. Tetiba terkenang, ada stok susu 3-4 plastik tak buka lagi tu apa nak dibuat agaknya ya? Hehe.. tak sangka sungguh semudah itu nak minta dia wean off, kalau tak, sebelum ni memang puas cakap sudahlah minum pakai botol, memang dia tak layannya. Apapun syukur sangat. Nanti saya update lagi pasal Aisyah dengan misi bottleless dia ya. Risau gak esok-esok dia cari botol dia balik. Dia tahu botol pink dia belum buang lagi tapi saya dah sorokkan...hihi..
Sila kongsi pengalaman bagaimana anak anda boleh berhenti minum susu guna botol ni boleh.. thanx..
Wednesday, March 16, 2011
Mari solat anakku..
Pada suatu hari yang tidaklah begitu tenang, macam biasa, lepas abah dia balik dari masjid lepas maghrib, aisyah akan mengaji satu surah pendek, ikut turutan lah kan. Bila dah hafal, baru beralih surah. Dan selepas dah habis mengaji, dia kena ikut saya solat maghrib. Rutin ini kira hampir tiap hari lah berlaku, ada juga tak buat sebab tak sempat sebab nak keluar ke, ada hal lain ke, ada tetamu kat rumah ke. Tapi macam tu lah kebiasaannya. eh panjang pula melalutnya..
Jadi macam biasa dia ikut saya naik atas. Saya dah siap bentang sejadah pakai telekung, suh dia pakai tapi dia tak nak. Saya solat je lah dulu. Tak khusyuk dah solat saya jadinya sebab dengar dia jawab kat abah dia bila abah dia tanya "Aisyah, dah solat belum?" Dia jawab "Dah.." Padahal dia belum lagi solat. Sabar je lah. Dah habis saya solat, saya panggil dia datang duduk depan saya sambil ngadu kat abah dia yang aisyah cakap tak betul sebab dia tak solat lagi sebenarnya. Haih saya tak boleh terima bila anak saya dah pandai cakap tak betul dan bagi alasan. Tak nak dia rasa itu satu perkara yang betul bagi dia kan. Dah kena panggil mengadap kat depan ni, saja nak provoke dia sket.
Saya: Aisyah, siapa yang ciptakan kita?
Dia: Tuhan.
Saya: Kita ni agama apa?
Dia: Agama Islam
Saya: Kalau Allah ciptakan kita, kita kena cakap apa?
Dia: Terima kasih Allah.
Saya: Terima kasih je? Macamana nak tunjuk kita terima kasih?
Dia: .................... (dia diam je sambil senyum simpul)
Saya: Kan ummi dah cakap, salah satu tanda kita ucap terima kasih pada Allah kita kena sembahyang kan, betul tak?
Dia: .................(Dia angguk kepala je..)
Saya: Aisyah faham tak ni?
Dia: ..................(angguk lagi..)
Saya: Sape yang bagi kita rezeki untuk makan? yang bagi kita sihat semua?
Dia: Allah
Saya: Aisyah sayang kat Allah tak? nak Allah sayang kat Aisyah tak?
Dia: Sayang.. Nak..
Saya: So apa nak kena buat?
Dia: Kena sembahyang, doa.
Saya: Haa pandai pun. Kakak kan good girl, kakak yang besar kan, kalau kakak ikut ummi solat, nanti adik pun ikut sama. Aisyah tengok tadi kan, Adik dah siap pakai telekung ikut ummi solat, bila dia tengok kakak tak solat, dia pun tak nak solat. Adik kan suka ikut kakak, jadi kakak kena tunjuk contoh yang baik lah. Kakak, solat ni tak lama pun, sekejap je, lepas kakak solat, kakak pergilah main semula. Kita kena solat 5x sehari tau. Ummi abah boleh solat, kenapa kakak tak boleh... bla..bla.. satu lagi, jangan cakap tipu. Allah marah tau sape suka cakap tipu dan ummi pun tak suka... bla..bla..nak buat lagi? Aisyah jawab, tak nak...bla..bla..
Wah panjang lebar kena ceramah anakku itu. Sebenarnya lagi panjang, dah ingat-ingat lupa lagi bebel apa kat dia. Hihi..Tapi lepas tu dia ambil telekung dia dan solat. Alhamdulillah elok semua rukun dia buat dan bacaan dalam solat dia hafal cuma ada yang tersalah sebut tu adalah, Itu takpe boleh buat pembaikian nanti. Sejuk hati tengok dia dah boleh sebenarnya cuma kena psiko sket lah. Takpe, anak-anak ni dari kecil lah kena lenturkan, biar lah tak sempurna lagi solatnya, kita perbetulkan dari semasa ke semasa yang penting pembudayaan dan pemahaman dia tentang solat itu. Sekarang ini tidaklah saya paksa dia cukupkan 5 waktu pun. Jika di sekolah, dia memang solat zuhur dan asar bersama, balik rumah saya minta dia solat maghrib. Solat isyak tu jika dia tak tidur lagi, saya ajak solat sama. Solat subuh setakat ini belum lagi lah. Yang penting signal awal tentang solat tu kena mulakan.
Membesarkan anak-anak hari ini ramai yang cakap susah dan mencabar berbanding dahulu. Saya tak mampu nak bandingkan sebab saya tidak pernah berada pada tempat orang-orang terdahulu dalam konteks mendidik anak. Saya dididik oleh makabah saya adalahkan. Namun, saya setuju jika orang kata, bukan mudah nak membesarkan anak. Mengapa? sebab kita, ibubapa ini adalah guru paling dekat dengan anak-anak. maka sudah pastilah kita kena jadi guru terbaik kan dan adakalanya saya rasa saya gagal dalam aspek tersebut. Kita tak nak dia tinggikan suara pada kita, tapi kita tinggikan suara marah dia kan. Kita tak nak dia pukul orang, tapi kita pukul dia juga bila dia buat salah kan. What we give, we will get back! atau What goes around, will comes around. Huhu terkesan sungguh ayat itu. Kan memang sunnatullah begitu kan. Maka, marilah sama-sama kita mendidik anak sebaik mungkin.
Ajar anak menghormati orang tua dengan kita menghormati orang tua dahulu, ajar mereka tentang budi bahasa, adab dan sopan santun. Maka contoh terdekat juga kita. Ajar anak jangan menipulama-lama jadi pencuri, dengan jangan kita menipu anak. Sebaliknya bagilah alasan yang logik kalau perlu untuk berbohong sekalipun. Dan selalulah menghargai anak. Macam saya ceritakan pasal aisyah dan solat tadi. Lepas je dia habis solat siap baca doa, saya panggil dan peluk dia, puji dia cakap very good. Kan ummi dah kata, kakak pandai. Bagus kakak ni. Adik, tengok ni, kena tiru macam kakak tau. Pastu mulalah aisyah cakap, adik kena ikut kakak pergi sekolah, nanti boleh belajar solat. Bila turun bawahpun, cakap kat abah dia, aisyah ni pandai solat. Dia memang good girl, lagilah tersipu-sipu malu si anak tu, pastu abahnya harus bagi pujian gak lah sebagai motivasi kan. Dan malam seterusnya dia solat sendiri, tapi kena suruh dululah kan. Ada satu hari tu, saya tak leh solat, suh dia solat, saya tunggulah dia solat sampai habis dan baca doa. Oklah sebagai pengenalan awal. Kalau dia balik kampung atau ada kawan di rumah, payah gak lah nak suh dia berhenti bermain dan solat. Takpelah, itu next step akan datang pula. Tapi, kalau ajak pergi masjid atau singgah RnR, mereka berdua dah boleh lah stay dengan saya dan duduk diam tengah saya solat. Jika tak, dulu kena bergilir dengan suami, lagi banyak masa kena ambil.
Ajar anak menghormati orang tua dengan kita menghormati orang tua dahulu, ajar mereka tentang budi bahasa, adab dan sopan santun. Maka contoh terdekat juga kita. Ajar anak jangan menipu
Aisyah sekarang berusia 4 tahun 2 bulan lebih. Biasalah anak lahir akhir tahun kan, di sekolah kira kelas 5 tahun, tapi kelas yang 'up' sket sebab sekali dengan budak 6 tahun. Sebabnya, dia dah masuk kelas 5 tahun, tahun lepas dan mungkin berpotensi sket daripada orang lain, maka dia antara 5 atau 8 orang budak 5 tahun lain yang dapat belajar dengan budak 6 tahun. Tapi takdelah sama semua silibusnya. Aisyah ni masih belum dapat membaca sepenuhnya, jika kat sekolah, cikgu cakap dia rajin. Kat rumah? alamak ummi dia yang tak rajin sangat. Dia banyak melukis, mewarna, buat buku latihan matematik atau ada juga membaca buku siri Bacalah Anakku. Sekarang ni pending kat buku no. 5, berminggu tak habis lagi sebab dia tak nak baca. Mm..ini cuti sekolah lagilah dia seronok main. Hantarkan dia ke rumah pengasuh sama dengan khadijah, kat sana ada anak pengasuh tu melayan dia.
Cukuplah tu kan, nanti sambung lain kali.
Cukuplah tu kan, nanti sambung lain kali.
Sambil meniarap di beranda Masjid Hijau Bangi. |
Saturday, March 12, 2011
Ulangtahun ke-5
Alhamdulillah hari ini merupakan ulangtahun ke-5 perkahwinan kami. Terima kasih Allah di atas ikatan kasih sayang ini. Benarlah jodoh itu di tangan Dia. Baik dan buruk pasangan kita, adalah pasangan tersebut sendiri berperanan menanganinya. Moga ikatan kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga. Terima kasih abang di atas segalanya. Marilah kita sama-sama berusaha menjaga perhubungan ini dan bersama melakar lebih banyak kebahagian pada masa akan datang.
Ada satu waktu itu, apabila saya tengok suami saya tengah buat kerja rumah, tetiba datang perasaan menyelit di minda, janganlah dia tiada, saya tak mampu sendirian tanpa dia. Dia melengkapkan hidup saya biarpun adakalnya kita juga sering tidak sama pendapat. Saya tak tahu mengapa rasa itu datang tapi, saya pasti itu tanda saya sayangkan dia, itu tanda saya perlukan dia selalu di sisi saya dan anak-anak. Walaupun begitu, hidup ini pastinya suatu persinggahan. Cuma, bila sampai waktunya kita ini dijemput pulang, harapannya biarlah dalam keadaan baik dan dalam kalimah Lailahaillallah..
Lima tahun yang indah, sukar dan damai dengan anak-anak penyeri hidup. Umur juga makin bertambah, mudah-mudahan misi menambah anak juga berjaya selepas ini. :) Moga yang baik-baik sahaja untuk keluarga kita. Amin.
Friday, March 11, 2011
11 ekor..
Lamanya biar blog ni tak berupdate. Tak sempatlah nak menulis. Macam-macam hal ada ni. Nak cerita pasal Aisyah ni dengan 11 ekor kutu. Kihkihkih..ya anakku dah berjangkit kutu dari kawan sekolahnya. Huhu menangis kawan tu bila tunjuk kutu dari kepala dia.. Ceritanya begini, meh saya bagi kronologinya ya. Minggu lepas perasan aisyah ni asyik tergaru-garu je kepala dia, dah rasa lain macam tapi biar dulu. Pastu check tengok takde apa. Dan kemuncaknya Jumaat lepas. Lepas dia sudah solat, tanggalkan telekung tu, wah punyalah dia berkerut-kerut garu kepala dia. Wah ini tak boleh jadi, saya jerit suh dia berhenti dan lepas tu mulalah misi spot check. Hah ambik 11 ekor ibu kutu (eh semua ibu ke? hihi) saya jumpa, dah menangis tu terpaksalah pujuk semula kan cakap takpelah, nanti ummi buang, biasalah kakak tidur kat sekolah, mungkin ada kawan jangkitkan. Memang gemuk-gemuklah. Lepas tu rehat dan saya siap call mak saya tanya apa nak buat? boleh gitu? yelah saya manalah tahu, ingatlah dulu pernah sekali kena masa kecik, itupun sebab berjangkit dari sepupu, tidur sama-sama diaorang rambut panjang paras pinggang semua. Rasanya itulah pertama dan terakhir.
Mak saya siap cakap kat KL pun ada kutu ke? Huhu..entahlah macamana mulanya saya pun tak pasti. Dengan saya sekali tak lena tidur. Mak saya cakap beli ubat kat farmasi je lah. Esoknya Sabtu, selepas ke Bangi saya hantar anak-anak ke rumah pengasuh sebab kami ada urusan. Dan siap pesan lah kat kakak tu cakap aisyah ni ada kutu..sebab takut terjangkit kat orang lain pula kan. Sebelum tu dalam kereta pun sempat cari, dapatlah beberapa ekor dan telur memang banyaklah. Ubat pun dah beli, belum guna lagi masa tu. Dan masa nak ambil semula mereka, kakak tu dah gelak-gelak, saya tanya kenapa kak? banyak ke kutu kat kepala aisyah, hmm..dia jawab banyak, puluh-puluh ekor. Which is I can't imagine how lah kan.. terbeliak mata mendengarnya. Huhu kesian anakku, dan kakak tu cakap dia dah buang telur semua, shampoo rambut. Rupanya, memang dari kawan sekolah dia, kebetulan pula, kawan dia tu datang rumah pengasuh tu juga, eh complicated nak cerita. Kiranya makbapak budak tu pun hantar anak-anak dia ke rumah pengasuh tu. Baru je akhir tahun lepas hantar sama. Kalau tak faham, buat-buat faham je lah ya.
Bila dah syampu rambut dengan ubat tu, kira makin berkuranglah, takde lah banyak macam mula-mula tu sampai tak tahu bahagian mana nak buat dulu. Dan Ahadnya misi memotong rambut pula. Semua kena gunting rambut, aisyah, khadijah dan termasuklah saya. Me guntingkan rambut budak-budak tu dan my husband guntingkan rambut saya. Baru puas hari. Abahnya je lah tak gunting rambut, kalau saya guntingkan, mahu lepas tu dia gi botakkan kepala dia pula kot.. :) Selepas tu dah buat complain elok-elok kat cikgu sekolah aisyah dan saya perhatikan kutu dah takde, tapi masih tiap-tiap hari check kepala dia nak tengok kalau-kalau ada telur yang masih aktif lagi. Haha.. Dah habis cerita perihal kutu. Moga-moga inilah kali pertama dan terakhir kakak kena ya.
Budak dua orang ni memang begini. Kalau waktu ok memang baik lah berdua, jika datang angin gaduh, ha sila jangan dekat ok. Lagi-lagi si adik yang 'keras' hati tu.. |
Khas untuk Nenek yang nak tengok Aisyah berambut pendek. Khadijah tak dapat nak gunting lagi pendek sebab dia asyiklah tunduk kepala dia, dah senget-benget jadinya.. |
Khadijah dan Aisyah |
Hari ini dah Jumaat, banyaknya benda nak buat tapi belum dapat buat. Minggu ni memang masa tertumpu buat KPI je, hampir tiap hari ada discussion dan meeting. Banyak hal lain tertangguh. Bilalah nak mula menulis jurnal ni. Minggu depan lain pula ceritanya, Isnin depan ada appointment Khadijah di Hospital Serdang dan plan nak cuti untuk settlekan urusan pasport anak-anak dan hal-hal lain yang perlu. Entry ni draf 3 hari baru siap. Adatlah tu kan, jika nampak entry banyak tu mungkin juga sebab tak sibuk dan mungkin juga sebab stress, maka larikan diri dengan tulis blog, tapi bila blog tak berupdate tu biasanya memang sebab sibuk je lah..
Selamat berhujung minggu dan Selamat Bercuti sekolah. Kami takde cuti-cuti ke mana kali ini, cuti balik kampung Muar je esok.
p/s: masa ambil gambar pasport khadijah baru-baru ni, baru perasan mata kiri dia tak centre. Rasa nak cepatkan appoitmnet klinik mata dia lah.
Friday, March 4, 2011
soft structured carrier
Saya berhibernasi minggu ini dari menulis blog, tapi tak pecah rekod lagilah sebab hari ini dah kembali menulis setelah dapat mencari penyelesaian terbaik. Eh takde apa yang berlaku pun, selain macam biasa kerja yang tak habis-habis di pejabat, saya tengah cari maklumat pasal baby carrier ni. Buntang rasanya mata membaca reviews orang yang pernah guna macam-macam carrier ni. Teringat pula list barang nak suruh Sal beli belum siap lagi. Yang ini special request minta beli kat Edinburgh. Takpelah Sal, bawa balik guna kontena pun takpe.Setelah tak tahu mana satu nak pilih dan beli, tetiba teringat kat Rozi, mujur dia sudi membantu. Dipendekkan cerita, saya rasa dah dapat jawapan apa yang dicari. Akhirnya saya ambil keputusan nak beli soft structured carrier ini brand Boba untuk Khadijah dan buat pakai untuk anak-anak seterusnya. Haha.
Guys, cantikkan? Apa yang penting nanti tak perlu lenguh nak dukung dia bila travel nanti. Saya ni bukan lah babywearer tegar macam Rozi, tapi saya minat nak cuba juga. Dulu masa Khadijah kecil, saya pakaikan dia dalam pouch sling, tapi sebab dia kan dulu ringan, jadi lebih senang dukung, pastu pula suami saya tak suka sling tu. Hihi tapi bila berat dia dah cecah 12kg ni, surrender gak lah kalau nak berdukung lama. Yang bestnya, Boba carrier ni boleh support baby hingga toddler berat 20kg. Sesuailah tu kan untuk anak toddler saya dua orang itu.
credit to http://www.bobababycarrier.com/PRODUCT DESCRIPTION
- accommodates children 15-45 lbs / 7-20 kg
- one size fits most adults
- front and back carry
- Boba Organic collection made with GOTS and OE100 certified 100% organic cotton and organic Texas cotton lining
- Boba Classic collection made with 100% natural brushed cotton
- Instructions included
- high density waist and shoulder strap foam
- removable foot straps for extra leg/hip support
- high back for better overall support
- removable hood
PRODUCT MEASUREMENTS
- body 13 inches wide and 16 inches tall
- 19 inch shoulder straps that extend an additional 19 inches
- 28 inch waist belt that extends to 56 inches
- 5 inch waist belt
- weight of the carrier: 1.8 lbs
Boba is a Soft Structured baby carrier (SSC) that is intended for children between 15 to 45 lbs. Boba has a few extra inches of height to keep your center of gravity closer to your body and support your little one's back. The innovative thing about the Boba carrier is that there are foot straps attached to the waist belt for the child’s feet to sit in enabling a healthy sitting position for the child. The footstraps not only give little tired legs a rest, but support the legs in a flexed abducted (froglike) position which naturally tilts the pelvis, fills out the hip sockets, and aligns the spine.
Jom kita babywearing!
Subscribe to:
Posts (Atom)