Masih dalam mood happy konvokesyen, maka haruslah saya berkongsi tentang itu dahulu.
------------------------------------------
Saya rasa very honoured berada dalam majlis tersebut. Sungguh! Walaupun perasaanya tidak lah seperti pertama kali menghadirinya. Dan saya terfikir, akan berpeluang lagi kah saya naik stage lepas ni? - adakah itu suatu cabaran? Bila cakap kat suami, dia sangat positif ya insyaAllah akalu berusaha, pasti berpeluang lagi. Kami sampai dewan besar dah mencecah pukul 2 petang. Memang terkejar-kejar lah kan nak kejar masuk barisan nih. Saya berjalan laju dengan jubah konvo tu dan memegang mortar board di tangan. Bila sampai di barisan, mencari-cari kawan seangkatan, rupanya tiada. Hanya seorang dua yang dikenali.
Abah dan emak saya masuk ke dewan sebagai tetamu. Abah beria suruh suami saya masuk, tapi suami tak nak, ye lah nanti sapa nak urus anak. Setelah hantar kami, suami bawa balik anak-anak ke rumah. Mujur rumah dekat je. Majlis konvokesyen sesi kali ini merupakan sesi terakhir bagi tahun ini, maka haruslah terlebih rasa kan. Dan saya tak pergi majlis raptai tempoh hari sebab berinduksi menyebabkan saya kurang confident nak menapak ambil skrol di pentas, tapi mujurlah dari pengamatan dan pemerhatian, saya rasa ok je lah saya ambil skrol tu. Kali ini tak kena salam dengan pro-canselor, maka lajulah graduan bergerak. Agaknya takut virus H1N1 kot kan, ye lah as precaution, dan sebelum naik pentas tu, setiap graduan diberikan cecair macam handwash tu, eh ke apa namanya kena sapu kat tangan. Dulu masa bergraduat kali pertama, memang harus kena salam tangan pro-canselor tau.
Saya tayangkan beberapa keping gambar di sekitar majlis konvokesyen tersebut ya.
Saya tayangkan gambar saya bersama dua tuan puteri itu sahaja ya. Comel sungguh lihat mereka dalam gown in-white itu. Yang lucunya, dah elok pakai gaun kan, tengok tu aisyah pakai selipar je, macamana lah abah dia boleh bagi selipar je, yang khadijah pula lagi best, tak pakai kasut langsung. Nasiblah lepas tu, terus pergi ambil gambar kat studio, maka haruslah nanti kelihatan kaki kecil comel khadijah tanpa kasut dalam gambar tu. Hmm..saya pun boleh lupa nak siapkan kasut mereka, saya hanya pesan pakaikan baju yang saya hang tu je.
Keseluruhannya, saya seronok dapat gembirakan hati makabah saya. I could sensed that from their faces. Sebetulnya, setakat ini, sayalah yang mempunyai kelayakan master dalam keluarga saya, tapi akan datang tak tahulah kan. So adik-adikku tersayang, i challenge you all belajar hingga ke peringkat tertinggi selepas ini. Sekurang-kurangnya, bila saya tak mampu menjadi doktor perubatan, saya still could be a philosophy doctor. InsyaAllah, one fine day :)
13 comments:
tahniah! ambil course apa? upm dekat je dgn rmh mak ayah nadiah :)
Again, congratulations Mirah!
Kisah Mirah nie sangat inspiring tau, utk saya further Master juga. Owh, lmbtnya nak tunggu 2 tahun...
Lagi satu, kali nie berbeza sgt dgn degree, sbb dah beranak 2 nie, working lagi. Ya Allah, semoga kuatlah semangat saya nie. :)
Congrats Mirah!!! *hugs*
Mirah, congratulations! Cabaran belajar dengan 2 orang anak bukan satu halangan kan..tahniah seklai lagi!:)
Tahniah Mirah ...
bukan senang dgn 2org anak ..
congrats... entah la bila my turn.. kalo tak de pun, rezeki belajar tu ikut cara lain plak...
comey aihhh mak khadijah dengan aishah ni....
Nadiah,
terima kasih. Amik msc biochem. Oh dekat eh, kalau balik sini nanti, boleh lah jumpa ya.. :)
Arnie,
Thanx again arnie.
Takpe, go slowly, arnie amik coursework kan, should be ok tu. Kalau buat lab work macam mirah ni, harus tak dapat nak siap on time. Cehh, alasan nak bagitahu kenapa lambat grad.. Haaha.. :)
Mimi,
Thanx juga. Mimi, memang mencabar, dari takde anak sampai anak dua baru grad.
Dan plg klimaksnya, bergelut siapkan thesis dan submit masa khadijah di nicu. ingat lagi, sehari sebelum nak bawa dia keluar wad, mirah submit thesis kat graduate school. Fuhh memang lega sebab jadikan ia cabaran. Lab work dah lama siap, bab nak buat correction thesis tu amik masa bertahun, tambah pula dah kerja masa tu. Aih cerita alasan lagi ni.. :)
Nieza,
terima kasih. Ya bukan senang tapi insyaAllah keazaman kena tinggi.
Kalau tak ingatkan penat buat lab work siang malam, pergi kolam amik ikan, kena potong (aka bunuh ikan hidup-hidup), pastu exposed dengan bagai-bagai chemical, yg bahaya ke tak semua ada, eh macam2 lagi lah, harus juga jadi half way. Mujur Allah bagi kesempatan ini. Alhamdulillah.. :)
K sue,
Thank you.
InsyaAllah, kalau ada peluang, boleh je akak pun sambung belajar juga.
Ya satu lagi, memang cabang ilmu itu banyak kan, kita still boleh berjaya dalam perkara lain.. :)
owh
jeles2
sy master sekerat jalan (xsampai suku pun kut)
diploma postgrade pun tak habiskan exam (1 exam je tggal)
ada sj kekangannya
tapi sebenarnya sayala yang tak kuat semangat...
rasa mcm sgt teruk
harap2 ada peluang lagi
tahniah mirah! memang akak salute korang2 yang sambung belajar ni. tak senang kan?
now semuanya berbaloi!
all the best for your future!
:)
Tahniah!
Bukan semua orang mampu sambung belajar dengan 2 anak kecil pulak tu (termasuk saya lah.. hehe).
p.s : Demi menjaga keamanan segagat.. hahaha... saya dah pindah alamat. Now, muq-ryn.blogspot.
rafiza,
jangan jeles eh.. :) awak pun ada peluang sambung gak, govt boleh sponsor lagi kan..
InsyaAllah moga ada peluang lagi nanti.
K ana,
terima kasih.
Saya selamanya di upm lah ni kot... :)
Myza,
thanx ya.
Ait kenapa tetiba tukar pula? oh mesti ada yg saya miss ni..
ooo..masih sempat nak ucap tahniah kan..TAHNIAH MIRAH!!
rajin belajaq nooo..
Tahniah Mirah!!! :-)
Post a Comment