Monday, August 24, 2009

Ramadhan dan khadijah

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat berpuasa dan mengimarahkan bulan Ramadhan penuh berkat ini.

Hari-hari yang agak sibuk, baru berkesempatan hari ini untuk update blog. Saya bawa Khadijah ke klinik paed pagi tadi, memenuhi temujanji seperti dijadualkan. Berat hari ini 7.3 kg. Meningkat sebanyak 500gram dalam masa 3 bulan kalau tak silap. Tak banyak, tapi ok lah sebab meningkat kan. Paed dah stop kan ubat khadijah kecuali multivitamin, tu pun reduce ke 1 ml per day compared sebelum ini 2 ml per day. Result ujian darah khadijah juga baik, di mana kalau tak silap mereka nak tengok bone density, kata paed tu, resultnya baik sebab paras enzim apa entah dalam darah khadijah dah drop ke level bawah 1000 (unit apa tak tahu), sebelum ini seribu lebih. Pastu, paras kalsium juga normal iaitu 13 (unit pun tak tahu juga), sangat baik paed cakap, kalau orang dewasa macam kita pun biasa 11-12 je. Alhamdulillah. Dan saya rasa tidaklah kurang zat pun anak saya minum susuibu je, sebab baik sahaja kan paras kalsium khadijah. Saya risau juga bila anak saya fully breastfeeding, maka dia akan dapat less nutrient. InsyaAllah moga-moga tidaklah. Paed tanya, tak try bagi susu formula pada anak ke? Saya jawab, khadijah pernah ambil botol susu kakak dia dan minum, lepas tu dia buat muka, cebik dan tak nak. Ya lah, mestilah dia dapat beza rasanya kan. Paed cakap, tak pelah, bagi lah dia makan makanan dari sumber kalsium yang lain.

Paed hanya concerned dari segi berat khadijah. Walaupun ada peningkatan, tapi katanya perlu naik lagi. Dia risau kalau apa yang dimakan oleh khadijah banyak digunakan sebagai tenaga untuk melasak dan bermain, dan kurang diserap untuk tumbesaran dia, nanti sampai umur 2 tahun, jika berat khadijah tidak naik memberansangkan, ia mungkin akan menganggu fungsi/ kecekapan minda khadijah. Scary juga dengar kan. Jadi, paed tu suh bagi je lah khadijah makan apa yang nak dan juga tambah lemak/ kalori dalam menu dia. Lepas tu jumpa dietician, juga dia cakap perkara yang sama dan dia target within next 4 months, khadijah should get 9-10kg, tapi kalau dah mencecah 8 kg lebih pun dia rasa ok. Kita nantikan temujanji akan datang pada 7 Dis 2009.

6 comments:

Nadiah Sidek said...

umur khadijah berapa skrg ni?

mirah said...

nadiah,
sekarang khadijah 1 thn 4 bulan. Kena minus 2 bulan aklau nak tahu corrected age dia.. :)

~Umi.Sufira~ said...

Selamat Berpuasa untuk Mirah sekelaurga...syukur khadijah sihat kan..happy for yer!:)

Dayah @ Real Ummu said...

selamat berpuasa utk MIrah sekeluarga

lia said...

selamat bpuasa mirah...

mirah said...

Mimi, selamat berpuasa juga. Ya Alhamdulillah sihat saja sekarang ni..

Dayah,
Selamat berpuasa kembali untuk dayah dan family

Lia,
Selamat berpuasa juga..