Lama saya tak berkongsi tentang perjalanan menyusukan anak saya, khadijah kan. Well, bagi setiap ibu yang melalui pengalaman sama, pasti ada pasang surutnya dalam tempoh tersebut kan. Saya juga tak terkecuali dan tika ini (khadijah 16 months old) merupakan waktu di mana penghasilan susu harian saya di tahap 2.5-3.5 oz setiap sesi perahan. Nah rasakan lah sebab banyak skip pumping sebelum ni. Namun, ada juga kekadang dapat 4.0-5.0oz setiap perahan. Entahlah amount selalu berbeza-beza namun, saya sangat gigih buat 4 kali perahan sehari sekarang ini. Percubaan nak buat 5 kali tak berjaya lagi sebab dah tertidur dulu sambil menidurkan khadijah malamnya. Scary tau kalau fikirkan susu ini tetiba dah memang habis tak keluar langsung. Huh tapi rasanya insyaAllah belum lagi sebab bila khadijah direct bf, dia ok je, cuma bila pump tu output kurang. Stok beku hanya tinggal 10 botol x 4.5-5.0oz.
Saya maintain cool (walaupun hakikatnya risau amat) dan berusaha makan fenugreek, soya, bagai-bagai lagi yang dikatakan boleh banyakkan susu semata-mata untuk anak tercinta. Tak lupa juga doa kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah saya masih bekalkan antara 10-12oz fresh ebm kat khadijah di rumah pengasuhnya. Kekadang habis, kekadang tidak. Saya dah pesan pada kakak pengasuh tu juga agar berjimat dengan susu tersebut sebab saya tengah hadapi krisis kemeruduman susu. Mujur kakak tu faham dan mujur juga sebab khadijah dah makan macam-macam like nasi + lauk (ni saya masak dan bekalkan), biskut, cereals, air masak memang banyak sungguh dia minum. Aisyah dan khadijah masing-masing ada botol air sendiri. Memang kena refill beberapa kali lah dalam sehari.
Pertengahan bulan lepas, saya terima surat ini dari Hospital Serdang. Husband saya pula beria minta saya isi borang dan kembalikan. Pada mulanya, saya hanya nak hantar sebagai buat syarat je sebab segan dengan SN Hanim yang siap call saya remind kan pasal pencalonan tersebut. Namun, tanpa disangka, awal bulan ini, dia call kembali dan menyatakan saya terpilih menjadi antara 3 calon yang terbaik. Kategori anak bermasalah. Time ni memang saya dah gabra ok, ditambah pula dengan susu yang makin merudum. Saya rasa sungguh tak layak, takut nanti jadi macam mendabik dada sedangkan susu sendiri pun tak mencukupi. (Haih berfikiran negatifkan saya, asyik fikir apa orang akan cakap je). Tapi, husband yakinkan saya, boleh, lagipun berkongsi pengalaman menyusukan bayi bermasalah aka anak premature.
Maka, saya dan ibubapa beserta dua anak kecil itu pergilah ke hospital serdang untuk sesi temubual dan berkenalan dengan panel juri. Pada isnin lepas, saya dapat excuse balik awal dari induksi, dan saya nyatakan rasa merendah diri saya pada ketua jabatan o&g hosp serdang, tapi dia jawab bali, 'Puan, tak semua orang boleh buat apa yang puan dah buat, kita ceritakan berkenaan puan yang berjaya menyusukan anak bermasalah, maksud sini anak premature di wad selama 71 hari dan dapat menyusu hingga ke hari ini. Kita nak puan jadi contoh pada ibu-ibu lain...'. Terkesima saya, baru saya sedar bahawa saya ada peranan sosial di sini.
nanti saya sambung lagi ya, juga akan saya war-warkan berkenaan konvensyen penyusuan susuibu peringkat hospital serdang pada 19 Ogos ini denga kalian. Saya kena jadi duta ni.. :)
10 comments:
wahhhh.. syabas!! teruskan usaha murni mu itu.. saya sokong dari belakang :)
wow!
that's so cool sis! all the best! sungguhpun tak semua orang boleh buat what you did.
all theb best!
wow ...
bagusnyaaa
takpe la mirah, sharing is caring kan ..
boleh bukak mata org2 diluar sana ..
Cik yan,
Thanx! ish berdebar ni tau, ada slot perkongsian 10 min. Apa saya nak prepare nih..
K ana,
Thanx. Sebab merasakan pengalaman sedikit itu mungkin boleh bagi inspirasi pd ibu lain, maka tabahkan hati ni.
Nieza,
jemputlah dayang juga nanti.
----------------
apapun, saya sangat perlukan support dari kalian di tengah saya sendiri sedang struggle up nak banyakkan stok susu. Kata-kata sokongan kalian merupakan motivasi bagi saya. Terima kasih.. :)
oh..anak ka mirah lahir premature ye? mdh2an kak mirah dpt nyusukn anak smpai umurnya 2 thn. doakn sy juga ye :)
percaya tak, kadang-kadang kepercayaan orang pada kita, buat kita lebih semangat untuk meneruskan usaha penyusuan..Hang on there!...stay calm n postive
wah kak mirah
tahniah
saya ni pulak kan... boleh pulak mcm kesal tarikh appointment klinik tak jatuh pada minggu penyusuan susuibu..kecewa sbb tak dapat join aktiviti yang klinik buat
tahun lepas saya join kuiz
dgn seronoknya sy g kat kaunter amik form
jawap soalan berkaitan penyusuan susu ibu
konon pandaila, jawapan ada depan mata dekat flyers n bunting kem kesihatan, tapi tak meniru langsung..hihi
tapi takda la menang pun
agaknya sbb tak jawab sebijik ayat dlm poster kut..
tapi tahun ni tak taula..tak pergi klinik pun..takut sbb H1N1...
kak, nak pegi jg hospital serdang 19 ogos tu boleh ke?tak taula suami bagi ke tidak..
Mirah!!!mimi sokong mirah dari kejauhan ni..takpe walaupon 10 botol usaha gigih InsyaAllah akan berjaya capai target kita:)
Nadiah,
ya she was born premature at 29wks.
InsyaAllah moga dapat menyusukan khadijah hingga 2 thn at least.
Hayatie,
thanx. Ya betul, memang kata-kata perangsang dr kawan2 buat diri makin bersemangat. Yatie pun kira terror dapat bertahan express susu utk azri.
Rafiza,
memang boleh semua sasape pun nak datang. Jom lah datang. Tahun lepas k mirah pg konvensyen ni bwk khadijah, masa tu dia 4 bulan lbh kurang kot. Tak sangka pula tahun ni pergi kena bagi perkongsian pula.
Mimi, terima kasih. Ya bertahan lagi dengan 10 botol ni. Ada baca kat kellymom kot, dia cakap kalau tak cukup, jgn guna stok beku dulu, tp bwk je apa yg dapat a day before then discuss dgn pengasuh bgtau masalah kita. Biar baby bertahan dgn susu sebanyak tu je lah. Mirah pun tgh buat ni, taknak guna frozen stok tu dulu..
Post a Comment