Saturday, August 8, 2009

Bagan Lalang

Aisyah

Lintas langsung dari Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang. Saya mengiringi penyelidik laboratori menghadiri bengkel penulisan. Setelah banyak kali tertangguh dan tukar tempat serta pelbagai perkara lain, akhirnya Alhamdulillah dapat juga diadakan walaupun tak cukup ahli. Maka, berangkutlah saya anak-beranak petang semalam datang ke sini.

Petang semalam, masa ambil anak-anak. aisyah meragam, pengasuhnya cakap dia tak lena tidur, pastu merengek sakit telinga, sakit kepala lah. Badan tak panas. Haih dalam hati cakap, bila nak berjalan macam-macam pula, padahal pagi semalam elok sahaja. Dugaan nih..sabar-sabar. Bila bawa balik rumah, try tengok telinga belah kanan dia nampak macam ada benda. Tapi tak dapat configure, dalam kelam-kabut berkemas barang nak ke hotel, saya cakap kat husband, jomlah bawa aisyah pergi klinik dulu sebelum ke bagan lalang. Kami pusing serdang, masuk banyak klinik tapi wah semua full house, ramai betul. Kami ni dah lah nak cepat, lastnya cakap kat hubby, takpelah kita proceed dulu ke bagan lalang sebab kena sampai sebelum pukul 8.30 malam, fail program ada dengan saya. Masa tu dah pukul 7.00 malam. So terus shoot ke bagan lalang. Dah sampai sepang, ketua lab call tanya dah sampai ke? Ada lebih kurang 30minit lagi nak sampai. Bagitahu kat Dr pasal anak semua, then Dr cakap takpe, suh pergi klinik terus, tak payah risau pasal fail semua. Bagus kan boss saya. Saya pun singgah satu poliklinik 24 jam kat pekan bagan lalang ni. Takde patient, jadi kami dapat masuk jumpa Dr terus. Dr checked dan dia cakap memang ada gelembung dan sedikit bengkak dalam telinga dia. Dr cakap mungkin ada binatang masuk. Hmm..betullah kot sebab aisyah start merengek masa dia tidur macam tidur dia terganggu. Jadi Dr bagi ubat tahan sakit, ubat surut bengkak dan antibiotik. Pagi ni, aisyah dah kembali ceria, bila tanya telinga sakit lagi tak, dia cakap tak dah. Bila check telinga dia, nampak macam ada kepingan nanah, agaknya yang bengkak tu dah surut pastu keluar air agaknya. Kalau ada cotton bud boleh cuci, tapi tak bawa pula.

Kalau ikutkan, badan sungguh penat. Baru seminggu induksi, kemudian ada pula bengkel ni, takdelah rehat mana nampaknya. Esok pagi makabah saya akan datang serdang, nak meraikan hari konvokesyen saya. Jadi, kami akan balik awal malam ni lah, sepatutnya tengahari esok. Ada sesi makan seafood di restoran seaview malam ni, haruslah selepas itu kami bergerak pulang.

p/s: saya masih bermasalah nak upload gambar. Bila dah upload, ada je kat compose page ni tapi tak boleh nak edit/ drag untul ubah ke tempat lain. Tolong sesape ada idea apa patut saya buat.

*update* yeay! saya dah dapat edit gambar. Saya guna mozilla baru ok.

3 comments:

Sue.Aleen said...

jangan upload/ubah gambar di compose mode. buat di edit html. compose mode tu sesuai untuk kale, link, saiz je.

zaman² ada H1N1 ni risaukan anak² je.. walo pun mungkin dia sakit lain. moga Aisyah cepat sembuh....

and congrats on your convocation too!

Mommy Harith Hannah said...

Mirah, biler nak update gamba konvo? Hihi. Hari tue tgk konvo UPM kat TV, waktu berita, kot2 laa ader terselit gamba Mirah.

BTW, congrats ya! Kiter baru nak masuk kelas... Huhuhu...

mirah said...

K sue, oh macam tu ke. Nanti saya try, saya tahu atkat tu je, tak pernah nak godek2 benda lain...haha..

Anyway, thanx.

Arnie,
Oh memang takkan terselit sebab baru konvo semalam. Ok nanti mirah buat entry pasal konvo. Thanx. Ok selamat maju jaya yea.. :)