Monday, August 31, 2009

A house

Dua hari kami di Muar. Heheh memang heaven lah dapat berbuka kat rumah mak kat sini. Sampai tak termakan pun ada. Penuh meja. Si kecil berdua tu pun enjoy sangat, aisyah asyik nak naik swing je, kat umah atuk mereka ni ada swing. Baru beli, tu yang jakun lagi tu.. Adik pula dengan atuk dia nak, tapi dengan atuk pompuan, haih payah sungguh.

Saja tayang gambar lama, gambar beberapa minggu lepas. Rambut aisyah dah panjang kan, harus saya trim rambut depan dia tuh, nampak berserabut je, dah lah tak suka ikat rambut.

Tengah melukis dengan kakak. Sangat determine ok.

Ha siap meniarap lagi tu. Ralit sungguh. Kalau nak khadijah leka kejap, bagilah dia board tu, bolehlah nak masuk toilet dengan aman sekejap hikhik..


Own a house.
Saya perlukan pendapat kalian, pembaca blog saya ni. Macam ni, saya dan suami ada rancangan nak beli rumah sendiri. Setelah buat senarai pendek, kami seolah bersetuju dengan sebuah rumah di serdang ni. Ia rumah lama, dua tingkat, 4 bilik, 3 toilet, original house (belum renovate lagi). Harga dalam RM 210k. Mm..rumah tu ok je 22x75 kaki ke apa unitnya. My husband nak rumah yang besar sket lah, kira rumah ini ada halaman agak luas, dengan backyard pun ada, kalau nak extend rumah lagi, memang boleh sangat. Tapi, semestinya kalau nak masuk kena buat major renovation seperti tukar tiles toilet, lantai rumah, modify tangga sebab tak child-safety, dan lain-lain minor things. Mengambil kira persekitaran di sini, dekat dengan masjid, kedai-kedai, sekolah ada, dekat dengan tempat kerja saya, maka husband saya sort of setuju nak beli rumah ini.

Memang jauh di sudut hati, kami? (saya je sebenarnya :P) nak cari rumah baru, senang terus masuk tak payah buat major renovation, kan. Tapi nak dapat rumah saiz 22x75 bukan senang dengan harga yang berpatutan lah kan. Kalau ada pun, jauh dari serdang ni. Saya tak rasa comfortable nak travel jauh setiap hari, fikir nanti nak hantar anak ke sekolah lagi pula. Memang akan jadi tanggungjawab saya uruskan anak-anak sekolah nanti sebab husband saya kerja di KL. Nanti masa habis di tengah jalan je, husband cakap kalau duk rumah sekarang pun balik lewat (dia siap perli saya tau huhu - yelah saya biasa sampai rumah dalam pukul 6ptg, walaupun rumah dari pejabat ni hanya amik masa 10 minit), nanti rumah jauh tak tahu lah bagaimana. Dia memang ok lah dengan rumah yang dinyatakan di atas tadi, paling penting pada dia, dekat dengan masjid.

Kalian ada pendapat? Sudikanlah berkongsi dengan saya yang tengah membuat pertimbangan ni. Apa lagi kriteria penting harus saya fikirkan?

Wednesday, August 26, 2009

7 ramadhan

Sungguh saya hilang momentum untuk menulis blog akhir-akhir ini. Ya memang kerja banyak (tetiba teringat ada 2 bakul kain tak lipat kat umah..haih) di pejabat, namun semenjak bulan puasa ni, saya memang hadkan masa untuk blogging. Should spend more on aktiviti meraikan ramadhan bulan penuh berkat ini.

Hari ini (it was drafted on 26/8 lepas) aisyah genap berusia 2 tahun 8 bulan. Lama kan tak share pasal kakak ni. Alhamdulillah kakak aisyah sihat je, berat 15kg, kalau bercakap memang dah laju, tak pelat langsung. Bab sikap pula, kekadang dia ok, kekadang dia moody gak terutama dengan adik dia, tapi most of the time dia ok. Nak minta tolong apa pun senang (tengok mood juga lah), bab makan sekarang ni dah pandai memilih. Sayur dah taknak langsung, kalau datang angin baik sket, dia hanya makan brocolli dengan cucumber. Cucmber ni memang dia makan mentah, sedap sungguh nampak dia makan. Malam tadi dia jatuh kat toilet, tergelincir agaknya, tersembam muka ke lantai tapi rasanya tak sempat kena lantai kot sebab dia cakap tak sakit, lutut dia je sakit. Dia tahan badan dia dengan lutut dan tangan agaknya. Tapi, meraung tak usah cerita lah, dan dia mengadu sakit. Memang nampaklah yang dia sakit. Tapi lepas tu sapu ubat, dia cakap dah ok. Saya pula yang banyak kali tanya dia ok ke tak, ye lah risau juga kalau-kalau retak ke apa. Tapi ikut logiknya, kalau retak mestilah sakit kan, tapi lepas tu dah boleh melompat semula, maka ok lah tu kan..

Ditulis hari ini. Anak-anak ini memang lain karakternya. Malam tadi khadijah meraung tak ingatnya siap golek-golek kat tilam tau sebab tak bagi apa dia nak. Oh anak kecil ini memang garang tau kawan-kawan. Dia nak duduk atas kerusi sama dengan kakak dia tengah tengok cd nursery rhymes. Suka lah dia sambil goyang-goyang badan, tapi lepas tu dia mulalah tekan keyboard, amik itu ini, akhirnya saya angkat bawa turun. Ha apa lagi high pitch terus lah dia. Kalau dipujuk, alih siaran pun dia tak layan. Haih adik, jangan nanti bila besar terus garang macam ni sudahlah ya, ummi tak tahu bagaimana nak handle nanti. Nanti saya upload gambar dia guling-guling merajuk tau. Babysitter mereka pun cakap, si kakak lebih lembut, manakala di adik tahan lasak. Kalau jatuh atau terhantuk pun, kekadang tak nangis. Kalau si kakak kena tarik rambut ke, kena cubit dengan adik, terus nangis, bukan dia nak lari dari adik.

Puasa kali ini saya rasa, buat setakat inilah adalah lebih baik berbanding tahun lepas. Saya narrowkan skop kepada bahagian pengurusan masa je lah. Lebih tepat lagi, dapatlah saya berterawikh walaupun di rumah sahaja, berbanding tahun lepas, keletihan amat bila menjelang malam, terawikh pun tak konsisten, harap tahun ini lebih baik lah. Pukul 9 malam, terus bawa anak-anak naik atas, kekadang tidur awal, kekadang lama juga baru tidur. Dengan saya sekali terlelap, tapi lepas tu saya bangun baliklah. Jadi, masa ni lah dah tenang nak solat isyak dengan terawikh. Terngiang-ngian di telinga saya ayat ini '..jika kita peruntukkan masa untuk Allah, pasti Allah cukupkan masa untuk perkara lain..' dah lupa mana baca. Bab pengurusan masa ini sangat penting. Sampai ke hari ini saya masih dalam peringkat adjustment-try and error dalam menguruskan hal-hal di pejabat, rumahtangga dan lain-lain. Sememangnya bila kita dapat manage masa dengan baik, insyaAllah segalanya akan berjalan dengan teratur dan lancar. Mm..teringat balik kat kain 2 bakul kat umah tu..hehe..takpe, dah cakap tadi dengan suami, malam ini saya pulun lipat. Ecehh ayat nak cover sebelum abah budak-budak tu tanya kan.. :).

Cuti hujung minggu ni yang jadi 3 hari, kami plan nak balik muar esok, berbuka di sana tapi makcik saya ajak berbuka di subang dulu, dia buat majlis tahlil dan buka puasa kat rumah dia sempena anak dia nak pergi Ireland next week, ya ke next week, tapi somewhere next month before raya lah. My cousin, diana akan ke Ireland buat medic kat sana. Ada sorang lagi cousin, Nadhirah akan menyusul ke sana juga, tapi maybe 2 tahun lagi, tengah buat foundation kat sini dulu. Mak dan abah saya juga datang, juga makcik-pakcik sebelah abah saya, maka haruslah kami join kan. Terpaksa cancel kat mak mertua berbuka rumah dia esok, tapi lepas berbuka esok, kami akan shoot terus balik muar. Kan kontroversi pula. :p Dan rasanya isnin malam selepas berbuka jugalah baru kami balik serdang semula.

Selamat beramal ibadat ya kalian, juga seru untuk diri saya. Di bulan ini, berganda-ganda Allah bagi kita pahala dan ganjaran di atas setiap amal baik yang kita lakukan hatta sedekah sebiji kurma mahupun sekadar senyuman ikhlas. Rebutlah peluang keemasan ini di mana Allah juga makbulkan setiap doa yang diminta oleh hambaNya.

Monday, August 24, 2009

Ramadhan dan khadijah

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat berpuasa dan mengimarahkan bulan Ramadhan penuh berkat ini.

Hari-hari yang agak sibuk, baru berkesempatan hari ini untuk update blog. Saya bawa Khadijah ke klinik paed pagi tadi, memenuhi temujanji seperti dijadualkan. Berat hari ini 7.3 kg. Meningkat sebanyak 500gram dalam masa 3 bulan kalau tak silap. Tak banyak, tapi ok lah sebab meningkat kan. Paed dah stop kan ubat khadijah kecuali multivitamin, tu pun reduce ke 1 ml per day compared sebelum ini 2 ml per day. Result ujian darah khadijah juga baik, di mana kalau tak silap mereka nak tengok bone density, kata paed tu, resultnya baik sebab paras enzim apa entah dalam darah khadijah dah drop ke level bawah 1000 (unit apa tak tahu), sebelum ini seribu lebih. Pastu, paras kalsium juga normal iaitu 13 (unit pun tak tahu juga), sangat baik paed cakap, kalau orang dewasa macam kita pun biasa 11-12 je. Alhamdulillah. Dan saya rasa tidaklah kurang zat pun anak saya minum susuibu je, sebab baik sahaja kan paras kalsium khadijah. Saya risau juga bila anak saya fully breastfeeding, maka dia akan dapat less nutrient. InsyaAllah moga-moga tidaklah. Paed tanya, tak try bagi susu formula pada anak ke? Saya jawab, khadijah pernah ambil botol susu kakak dia dan minum, lepas tu dia buat muka, cebik dan tak nak. Ya lah, mestilah dia dapat beza rasanya kan. Paed cakap, tak pelah, bagi lah dia makan makanan dari sumber kalsium yang lain.

Paed hanya concerned dari segi berat khadijah. Walaupun ada peningkatan, tapi katanya perlu naik lagi. Dia risau kalau apa yang dimakan oleh khadijah banyak digunakan sebagai tenaga untuk melasak dan bermain, dan kurang diserap untuk tumbesaran dia, nanti sampai umur 2 tahun, jika berat khadijah tidak naik memberansangkan, ia mungkin akan menganggu fungsi/ kecekapan minda khadijah. Scary juga dengar kan. Jadi, paed tu suh bagi je lah khadijah makan apa yang nak dan juga tambah lemak/ kalori dalam menu dia. Lepas tu jumpa dietician, juga dia cakap perkara yang sama dan dia target within next 4 months, khadijah should get 9-10kg, tapi kalau dah mencecah 8 kg lebih pun dia rasa ok. Kita nantikan temujanji akan datang pada 7 Dis 2009.

Thursday, August 20, 2009

post -konvensyen

Majlis semalam berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. Masa saya kena present supposed to be 15 min, tapi saya dah terlajak hingga 20 min, tu pun kalau tak sedar diri, mahu sampai satu jam. Haha. Sebab rasanya apa yang dicakapkan tu hanya sebahagian sahaja. Tapi, yalah masa amat terbatas kan. Bagi laluan untuk forum pula selepas itu. Apapun, saya seronok dapat berkongsi dengan semua audiences semalam. Gambar tiada. Masa saya presented the slides, suami sibuk melayan aisyah dalam erti kata lain bawa lari aisyah sebab takut dia berlari turun tangga nak datang dekat saya. Mujur khadijah baik saja dipegang staffnurse Hanim. Nanti saya upload gambar dan notes setelah dapatkannya dari pihak hospital.

Btw, puan vanidah imran pun datang tau semalam sebagai ahli panel forum. Saya tak terdaya nak tunggu nak bergambar dengan dia. Almaklumlah celebrity, memang ramai ambil kesempatan bergambar. Yang bangganya, dia menyusukan anak dia dengan susu badan hingga anaknya mencecah usia 2 tahun 4 bulan. That's well done kan.

I'll be very busy these two days, induksi akan habis jumaat ini, dan hari ini (khamis) dan jumaat ada audit dalaman di PTJ kami. And i've been appointed as KJ. Sapa yang involved dengan ISO ni pasti tahulah apa KJ tu kan. Sigh. A new challenge, but yet it's all about how you take it, i'm positive about it. It's time to challenge yourself. :)

Till then dear..

Tuesday, August 18, 2009

Konvensyen Penyusuan Susuibu 2009

Konvensyen Penyusuan Susuibu Peringkat Hoapital Serdang 2009. Masa sungguh terhad. Namun, saya usahakan agar dapat tulis entry ini sebelum majlis lah kan. Haha kan dah berlangsung, takde makna nak promote kat sini kan.

cover page buku aturcara majlis

program

start pukul 8.00 pagi - 4.30 petang

Slot perkongsian saya - 10.30 pagi, hanya ada 10 minit je pun, tapi tu pun tak tahu nak cakap apa ni.. sigh..

surat jemputan saya

InsyaAllah saya dan suami serta anak-anak akan hadirlah program tersebut. Tengah berusaha siapkan slide presentation nih, harap dapat siap, kalau tak, modal air liur je lah.. :). Dan dijemput semua pembaca blog ini menghadiri program tersebut juga, tiada bayaran dikenakan dan yang pasti, pengisiannya insyaAllah boleh refresh pengetahuan tentang penyusuan susuibu. Sudi-sudikanlah ya..

p/s: limited time now..moga ramadhan yang bakal menjelma mengundang ketenangan..

Friday, August 14, 2009

Konvokesyen UPM kali ke-33

Saya akan buat entry kesinambungan kisah saya selepas ini.
Masih dalam mood happy konvokesyen, maka haruslah saya berkongsi tentang itu dahulu.

------------------------------------------

Saya rasa very honoured berada dalam majlis tersebut. Sungguh! Walaupun perasaanya tidak lah seperti pertama kali menghadirinya. Dan saya terfikir, akan berpeluang lagi kah saya naik stage lepas ni? - adakah itu suatu cabaran? Bila cakap kat suami, dia sangat positif ya insyaAllah akalu berusaha, pasti berpeluang lagi. Kami sampai dewan besar dah mencecah pukul 2 petang. Memang terkejar-kejar lah kan nak kejar masuk barisan nih. Saya berjalan laju dengan jubah konvo tu dan memegang mortar board di tangan. Bila sampai di barisan, mencari-cari kawan seangkatan, rupanya tiada. Hanya seorang dua yang dikenali.

Abah dan emak saya masuk ke dewan sebagai tetamu. Abah beria suruh suami saya masuk, tapi suami tak nak, ye lah nanti sapa nak urus anak. Setelah hantar kami, suami bawa balik anak-anak ke rumah. Mujur rumah dekat je. Majlis konvokesyen sesi kali ini merupakan sesi terakhir bagi tahun ini, maka haruslah terlebih rasa kan. Dan saya tak pergi majlis raptai tempoh hari sebab berinduksi menyebabkan saya kurang confident nak menapak ambil skrol di pentas, tapi mujurlah dari pengamatan dan pemerhatian, saya rasa ok je lah saya ambil skrol tu. Kali ini tak kena salam dengan pro-canselor, maka lajulah graduan bergerak. Agaknya takut virus H1N1 kot kan, ye lah as precaution, dan sebelum naik pentas tu, setiap graduan diberikan cecair macam handwash tu, eh ke apa namanya kena sapu kat tangan. Dulu masa bergraduat kali pertama, memang harus kena salam tangan pro-canselor tau.

Saya tayangkan beberapa keping gambar di sekitar majlis konvokesyen tersebut ya.


Saya tayangkan gambar saya bersama dua tuan puteri itu sahaja ya. Comel sungguh lihat mereka dalam gown in-white itu. Yang lucunya, dah elok pakai gaun kan, tengok tu aisyah pakai selipar je, macamana lah abah dia boleh bagi selipar je, yang khadijah pula lagi best, tak pakai kasut langsung. Nasiblah lepas tu, terus pergi ambil gambar kat studio, maka haruslah nanti kelihatan kaki kecil comel khadijah tanpa kasut dalam gambar tu. Hmm..saya pun boleh lupa nak siapkan kasut mereka, saya hanya pesan pakaikan baju yang saya hang tu je.

Keseluruhannya, saya seronok dapat gembirakan hati makabah saya. I could sensed that from their faces. Sebetulnya, setakat ini, sayalah yang mempunyai kelayakan master dalam keluarga saya, tapi akan datang tak tahulah kan. So adik-adikku tersayang, i challenge you all belajar hingga ke peringkat tertinggi selepas ini. Sekurang-kurangnya, bila saya tak mampu menjadi doktor perubatan, saya still could be a philosophy doctor. InsyaAllah, one fine day :)

Wednesday, August 12, 2009

Kisah saya

Lama saya tak berkongsi tentang perjalanan menyusukan anak saya, khadijah kan. Well, bagi setiap ibu yang melalui pengalaman sama, pasti ada pasang surutnya dalam tempoh tersebut kan. Saya juga tak terkecuali dan tika ini (khadijah 16 months old) merupakan waktu di mana penghasilan susu harian saya di tahap 2.5-3.5 oz setiap sesi perahan. Nah rasakan lah sebab banyak skip pumping sebelum ni. Namun, ada juga kekadang dapat 4.0-5.0oz setiap perahan. Entahlah amount selalu berbeza-beza namun, saya sangat gigih buat 4 kali perahan sehari sekarang ini. Percubaan nak buat 5 kali tak berjaya lagi sebab dah tertidur dulu sambil menidurkan khadijah malamnya. Scary tau kalau fikirkan susu ini tetiba dah memang habis tak keluar langsung. Huh tapi rasanya insyaAllah belum lagi sebab bila khadijah direct bf, dia ok je, cuma bila pump tu output kurang. Stok beku hanya tinggal 10 botol x 4.5-5.0oz.

Saya maintain cool (walaupun hakikatnya risau amat) dan berusaha makan fenugreek, soya, bagai-bagai lagi yang dikatakan boleh banyakkan susu semata-mata untuk anak tercinta. Tak lupa juga doa kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah saya masih bekalkan antara 10-12oz fresh ebm kat khadijah di rumah pengasuhnya. Kekadang habis, kekadang tidak. Saya dah pesan pada kakak pengasuh tu juga agar berjimat dengan susu tersebut sebab saya tengah hadapi krisis kemeruduman susu. Mujur kakak tu faham dan mujur juga sebab khadijah dah makan macam-macam like nasi + lauk (ni saya masak dan bekalkan), biskut, cereals, air masak memang banyak sungguh dia minum. Aisyah dan khadijah masing-masing ada botol air sendiri. Memang kena refill beberapa kali lah dalam sehari.

Pertengahan bulan lepas, saya terima surat ini dari Hospital Serdang. Husband saya pula beria minta saya isi borang dan kembalikan. Pada mulanya, saya hanya nak hantar sebagai buat syarat je sebab segan dengan SN Hanim yang siap call saya remind kan pasal pencalonan tersebut. Namun, tanpa disangka, awal bulan ini, dia call kembali dan menyatakan saya terpilih menjadi antara 3 calon yang terbaik. Kategori anak bermasalah. Time ni memang saya dah gabra ok, ditambah pula dengan susu yang makin merudum. Saya rasa sungguh tak layak, takut nanti jadi macam mendabik dada sedangkan susu sendiri pun tak mencukupi. (Haih berfikiran negatifkan saya, asyik fikir apa orang akan cakap je). Tapi, husband yakinkan saya, boleh, lagipun berkongsi pengalaman menyusukan bayi bermasalah aka anak premature.

Maka, saya dan ibubapa beserta dua anak kecil itu pergilah ke hospital serdang untuk sesi temubual dan berkenalan dengan panel juri. Pada isnin lepas, saya dapat excuse balik awal dari induksi, dan saya nyatakan rasa merendah diri saya pada ketua jabatan o&g hosp serdang, tapi dia jawab bali, 'Puan, tak semua orang boleh buat apa yang puan dah buat, kita ceritakan berkenaan puan yang berjaya menyusukan anak bermasalah, maksud sini anak premature di wad selama 71 hari dan dapat menyusu hingga ke hari ini. Kita nak puan jadi contoh pada ibu-ibu lain...'. Terkesima saya, baru saya sedar bahawa saya ada peranan sosial di sini.

nanti saya sambung lagi ya, juga akan saya war-warkan berkenaan konvensyen penyusuan susuibu peringkat hospital serdang pada 19 Ogos ini denga kalian. Saya kena jadi duta ni.. :)

Saturday, August 8, 2009

Bagan Lalang

Aisyah

Lintas langsung dari Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang. Saya mengiringi penyelidik laboratori menghadiri bengkel penulisan. Setelah banyak kali tertangguh dan tukar tempat serta pelbagai perkara lain, akhirnya Alhamdulillah dapat juga diadakan walaupun tak cukup ahli. Maka, berangkutlah saya anak-beranak petang semalam datang ke sini.

Petang semalam, masa ambil anak-anak. aisyah meragam, pengasuhnya cakap dia tak lena tidur, pastu merengek sakit telinga, sakit kepala lah. Badan tak panas. Haih dalam hati cakap, bila nak berjalan macam-macam pula, padahal pagi semalam elok sahaja. Dugaan nih..sabar-sabar. Bila bawa balik rumah, try tengok telinga belah kanan dia nampak macam ada benda. Tapi tak dapat configure, dalam kelam-kabut berkemas barang nak ke hotel, saya cakap kat husband, jomlah bawa aisyah pergi klinik dulu sebelum ke bagan lalang. Kami pusing serdang, masuk banyak klinik tapi wah semua full house, ramai betul. Kami ni dah lah nak cepat, lastnya cakap kat hubby, takpelah kita proceed dulu ke bagan lalang sebab kena sampai sebelum pukul 8.30 malam, fail program ada dengan saya. Masa tu dah pukul 7.00 malam. So terus shoot ke bagan lalang. Dah sampai sepang, ketua lab call tanya dah sampai ke? Ada lebih kurang 30minit lagi nak sampai. Bagitahu kat Dr pasal anak semua, then Dr cakap takpe, suh pergi klinik terus, tak payah risau pasal fail semua. Bagus kan boss saya. Saya pun singgah satu poliklinik 24 jam kat pekan bagan lalang ni. Takde patient, jadi kami dapat masuk jumpa Dr terus. Dr checked dan dia cakap memang ada gelembung dan sedikit bengkak dalam telinga dia. Dr cakap mungkin ada binatang masuk. Hmm..betullah kot sebab aisyah start merengek masa dia tidur macam tidur dia terganggu. Jadi Dr bagi ubat tahan sakit, ubat surut bengkak dan antibiotik. Pagi ni, aisyah dah kembali ceria, bila tanya telinga sakit lagi tak, dia cakap tak dah. Bila check telinga dia, nampak macam ada kepingan nanah, agaknya yang bengkak tu dah surut pastu keluar air agaknya. Kalau ada cotton bud boleh cuci, tapi tak bawa pula.

Kalau ikutkan, badan sungguh penat. Baru seminggu induksi, kemudian ada pula bengkel ni, takdelah rehat mana nampaknya. Esok pagi makabah saya akan datang serdang, nak meraikan hari konvokesyen saya. Jadi, kami akan balik awal malam ni lah, sepatutnya tengahari esok. Ada sesi makan seafood di restoran seaview malam ni, haruslah selepas itu kami bergerak pulang.

p/s: saya masih bermasalah nak upload gambar. Bila dah upload, ada je kat compose page ni tapi tak boleh nak edit/ drag untul ubah ke tempat lain. Tolong sesape ada idea apa patut saya buat.

*update* yeay! saya dah dapat edit gambar. Saya guna mozilla baru ok.

Tuesday, August 4, 2009

Induksi

Alhamdulillah kesihatan anak-anak saya makin baik. Hanya tinggal batuk dan mild selsema bagi aisyah dan mild selsema sahaja bagi khadijah. Harapnya dalam sehari dua lagi akan fully recover, maka dapatlah bawa mereka ke bengkel di bagan lalang nanti hujung minggu ni. Tapi, kalau tak pun, masih juga kena bawa mereka, kena stay in-room je lah kalau masing-masing tak sihat lagi.


Maaflah kalian sebab saya tak dapat nak update blog ni regularly sekarang, selepas induksi jabatan minggu lepas, saya dikehendaki hadir kursus induksi universiti bermula 3 - 21 Ogos 2009 (8.30 pagi - 2.00 petang). Maka, saya hanya akan berada di pejabat menyelesaikan kerja-kerja tertunggak bermula 2.00 - 5.00 petang saja. Itupun kalau religiously masuk terus buat kerja. Jadi, saya tidak wajarlah menulis blog di waktu pejabat :). Sigh. Baru first day pergi induksi, balik pejabat dah pening dah tengok worklists yang panjang tu. Sampai tetiba stress hingga berdenyut kepala tau, tapi kejap je lah, pastu dah ok.


p/s: Saya cuba upload gambar tapi entah apa masalahnya, tak dapat nak drag pula gambar tu, maka tak dapatlah nak tunjuk gambar terbaru anak-anak saya kat kalian. Nanti saya try lagi ek. Guna windowa vista kat rumah ni lain pula rasanya berbanding windos xp di pejabat. Haih.