Thursday, March 12, 2009

Tahun ketiga

Tengahari tadi semasa saya sedang menandatangan buku pemulangan fail di bilik dokumen, saya lihat tarikh di jam. Dan terus tulis 12/3/09/. Eh rasa familiar tarikh itu. Dan rupanya hari ini adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3.
Baru 3 atau dah 3? Perlu muhasabha tu kan!
Terus saya sms dengan suami sambil buat lah sedikit ucapan. (Hihi..)
Hajat di hati tadi singgah kedai kek di fakulti nak beli kek, sekali waktu rehat pula, jadi kedai tu tutup. Nampak gaya takde lah kek hari ini, mungkin akan diusahakan esok. Tak kuasa lah saya nak keluar lagi semata-mata nak beli kek itu. Esok masih ada, kan.
Doa saya moga ikatan perkahwinan ini akan kekal dirahmati Allah hingga ke akhir hayat kami. Juga dipermudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga Allah limpahkan rezeki, kasih sayang dan kebahagian buat kami sampai bila-bila.
Buat suami tercinta:
Abang, perjalanan kita dalam menyempurnakan rumahtangga ini masih jauh penuh berliku. Moga kita sama-sama dapat berusaha mencari keredhaan Allah dalam keluarga kita. Aminn.

Banyak perkara, kenangan dan pelbagai lagi bermain di fikiran saya, tetapi rasanya ia agak peribadi untuk diceritakan menjadi tatapan umum. Namun, saya bersyukur di atas apa yang kami ada hari ini. Moga Allah sentiasa berikan saya ketenangan ini..


6 comments:

Nieza Ishak said...

Selamat Ulangtahun perkahwinan.. Awal 5 hari dari Nieza.

Nieza 17/3 ni 3tahun jugak ...

~Umi.Sufira~ said...

Happy Anniversary Mirah...semuga bahagia dan kekal hingga ke syurga...

Dayah @ Real Ummu said...

Selamat Ulangtahun perkahwinan Mirah...semoga terus kekal bahagia and Mirah sekeluarga mendapat lindungan dan rahmat dariNya.

mirah said...

nieza, oh ya ke. Kira lebih kurang lah kita ni kan..heheh..

mimi, thanx juga. Ya insyaAllah moga kekal hingga ke syurga..

Dayah, thanx. Mudaha-mudahan. AMin.

Mommy Harith Hannah said...

Happy 3rd Anniversary Mirah!
Semoga sentiasa murah rezeki & berkekalan hingga ke syurga... =)

mirah said...

Thanx arnie.. Amin..