Friday, March 27, 2009

:)

Syukur.
Kesusahan itu pasti akan berlalu biar perlahan kan..
Banyak perkara dapat diselesaikan beberapa hari ini. Syukur alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat yang Kau limpahkan pada kami sekeluarga.
Masukkanlah kami dalam golongan hamba-hambaMu yang bersyukur.

Pulih.
Kesihatan anak-anak juga semakin baik biar pun masih bersisa sakitnya.
Ummi juga rasanya sudah pulih. Begitu juga abah.

Aisyah.
Makin banyak karenah dan sering memeningkan kepala ummi. Dalam kepetahannya bercakap itu, terselit kematangan namun banyak juga aksi kalau permintaan tidak dilayan. Huhu.. kakak sekarang gemar juga kacau adik, sepahkan rumah etc.
Namun, dalam situasi itu, ummi sedaya mungkin mencari butang 'pause' (bak kata ustaz hasrizal) jika kelakuannya sangat tidak dapat diterima akal dan boleh mengundang sakit jantung tau. Hihi.. anak-anak ni begitulah kan. Sementara belum betul-betul dapat bezakan mana baik dan buruk, macam-macam eksperimentasi dia nak buat.

Apapun, ummi masih dalam mencari method terbaik untuk berhadapan dengan situasi anak-anak usia begini. Ilmu parenting ummi masih kurang, sebab itu lah kena cepat urut dada...
Takpe abang, kita sama-sama belajar k.

Khadijah.
Si kecil ini dah aktif memanjat sekarang ni yea. Kekadang terhantuk sendiri. Dah makin banyak 'bercakap', well dalam bahasa dia lah siap jerit-jerit lagi. Sangat mudah senyum, suka tengok anak-anak ni time mereka bangun tidur. Berat minggu lepas 6 kg cukup. Makan 3x sehari sekarang ni, dah mula kurang menyusu di siang hari. Bekal 12-15oz dah jarang habis, biasa habis 10 oz je kot. Tapi since dia dah makan ni, takde risau sangat. Dan tapi juga, adik tak suka minum air masak. Kalau minum pun, sedikit je. Minggu ni rancang nak beli ubi manis buat pelbagaikan menu selain bubur nasi je. Ummi tengah semangat ni nak masak untuk adik.

Cloth diaper.
Oh ini perkembangan terbaru untuk anak-anak sebab mula pakaikan mereka cd. Dulu masa aisyah kecil, takde lah sampai ke tahap ini lagi pula tengokkan kos cd waktu itu hampir mencecah rm100 sekeping. Berfikir panjang tu nak beli. Tapi, sejak macam-macam pilihan ada kala ini dengan harga berpatutan tapi dengan syarat kualiti ok lah kan, jadi ummi opt to this decision nak pakaikan anak-anak cd.
Walaupun begitu, aisyah tak suka pakai cd sangat. Pakai kejap pastu dia siap nak cabut sendiri cd tu. Agaknya bulky pada dia, dah lah badan pun debab kan. Takpelah, ummi pun fikir nak start potty train dia ni jadi concentrate lah pakaikan pada adik je. Kalau datang angin dia nak pakai, ha ummi pakai kan lah juga.
Setakat ini, ummi hanya ada cd brand coolababy (suka brand ni sebab tidak nampak bulky kat pinggang adik yang kecik itu) dan KS (material dia ok berbanding coolababy tapi velcro style kat pinggang tu macam besar sangat pada adik, nampak dia tak selesa pula). Tengah tunggu cd lunatots pula dan coolababy juga. Ummi taknak lah review tentang cara pakai, basuh, guna semua sebab ramai dah tahu kan. Buat masa ini belum cd kan adik sepenuhnya, belum cukup cd (baru ada 6 kpg), insyaAllah bila dapat stok baru nanti, cukuplah nak pakai full time tp syarat kena basuh hari-hari juga lah memandangkan ummi jemur kain dan cd kat dalam rumah. Kalau weekend, boleh lah jemur kat depan rumah.

Cumanya, ummi ada kemusykilan ni. Sebelum ini, ummi basuh pakai tangan je. Baik ummi cerita kan cara penggunaan yang ummi buat k supaya kawan-kawan ummi dapat membantu memahami situasinya..(kih kih ayat skema kan..). Lepas dah guna tu, biasanya ummi bilas buang kotoran tu then campak ke dalam baldi je lah kan. Pastu karang nak dekat mandi, rendamkan dengan sabun sket je (basuh 2/3 kpg cd dengan 3/4 kpg insert), pastu basuh dan bila lah cd tersebut. Ummi buat 3 kali bilas. Pastu spin dalam mesin basuh then jemur lah kan. Mula-mula ok, pastu ada satu ketika, ummi perasan ada merah-merah ruam kat alat sulit adik. Err confuse ni sebab tak pernah kena macam ini, pakai dispo takde pula ruam, sepatutnya pakai cd lagi lah tak ruam kan tapi ni ada pula. Ummi syak memang sebab cd, samada basuh tak bersih atau tak cukup pencahayaan pada cd itu menyebabkan bakteria bagai tak mati walaupun cd tu kering (ada ke sebab tu?ke ummi terlebih imagine nih...). Disebabkan itu, ummi pun stop lah pakaikan adik cd buat sementara waktu sehinggalah ruam itu hilang sendiri. Disebabkan tak puas hati, ummi basuh semua cd tu walaupun semua masih berlipat (kira macam pre-wash semula kan walaupun masa awal tu, ummi dah prewash 2/3 kali. Lupa pula ni) guna mesin basuh. Hasilnya, setakat 3 kpg cd baru guna, takde ruam lagi. Tengah observation lah kiranya sehari dua ni.

Persoalannya? Adakah tak bersih dan tak recommended cuci pakai tangan je? Ummi ingat malas nak pakai mesin basuh since ada pun 2/3 keping je nak basuh setiap hari. Tapi kalau memang kurang sesuai basuh tangan, kena lah ummi kumpul 2 hari baru masuk mesin lah. So kawan-kawan ada something boleh share dengan saya berkaitan hal ini? Thanx yea...

Kesimpulannya, banyak lagi perkara yang menggembirakan terjadi pada kami minggu ini. Walaupun dalam emosi kurang stabil, tapi saya dah ok hari ini. Moga hari-hari kalian juga penuh dilimpahi rahmat kasih sayang Allah jua. Aminn.

10 comments:

me_czar said...

Mirah,

Sebenarnya tak digalakkan basuh tangan. Sbb takut sabun tak bilas bersih. Soap residue boleh sebabkan rashes.

Boleh rujuk entry saya ni:

http://meczar.blogspot.com/2009/02/camne-nak-basuh-cd.html

mirah said...

me_czar,
oh mcm tu ke. Ingatkan basuh tangan lagi cepat dan blh menjaga kualiti cd tu. Rupanya ku silap lah ni..
Ok thanx yea, kena basuh pakai mesin basuh lah kan, kena slot in dalam jadual basuh harian kami nampaknya ni..

Dayah said...

Yup..btul kata me-czar..tak digalakkan basuh tgn .CD memang direka utk basuhan mesin(ayat ni saya dpt dari CD e-store owner).

dulu memula saya pun bsuh tgn.bukan setakat risiko detergent build up, kering pun lambat walau sidai kat luar..

mungkin sbb bilas tak habis, masih ada sisa2 sabun yg melekat sbb Mirah rendam dgn sabun dulu kan...

2-3 CD dah buleh basuh guna mesin dah.nk jaga jahitan CD, pakai laundry net..


just my 2cents :)

nas said...

slm mira,

aishah dah smpai phase "terrible two".(istilah org barat). peringkat umur 2 - 5 thn. peringkat otak berkembang penuh. would like to suggest this;
http://books.google.com/books?id=pdchAzvBvN4C&dq=screamfree+parenting&pg=PP1&ots=-A18foMlI7&sig=HDvxgq0FdeVZxTjD3ptLLXAjKHE&hl=en&prev=http://www.google.com/search?q=screamfree+parenting&ie=utf-8&oe=utf-8&rls=org.mozill#PPP1,M1

worth reading, insyaAllah.

mirah said...

Dayah, thanx. Kali ni bila mirah guna mesin basuh, mmg belum ada tanda nak ada rashes lah. Cuma, kat area serdang ni, air paip kekadang kuning amat. Pernah tak perasan air tu kuning, bilas cd, melekat terus taknak hilang kat cd pocket tu huhu..

mirah said...

k nas, thanx tp mirah tak blh buka link tu...

nas said...

oh ye ke..cuba click dari link blog akak pulak..

http://baitulrahmah.wordpress.com/wacana/

clik kat "Scream-free Parenting (an ebook)"

me_czar said...

Out of topic... Mirah Serdang kat ner?

mirah said...

K nas, ok akan dilihat nnt. thanx yea..

me-czar, kat serdang jaya, jln raya 6. Hehe myza pun kat serdang ke? kat mana tu?

me_czar said...

Oh.. tau la mana. Mak kat Sri Serdang. Saya kat area Gita Bayu.. belah2 dalam sana tu.