Wednesday, March 25, 2009

Kurang rasa

Anak-anak masih belum sihat sepenuhnya.
Abah dengan ummi mereka pun dah terjebak sama ni.
Beberapa hari ini, kurang ada mood nak menulis blog walaupun terasa sarat idea di kepala nak dicurahkan.
Cuma terasa hilang semangat, tiada rasa nak digambarkan.
Penat. Ya mungkin itulah sebab diri ini kurang sensitivitinya.
Mujur masih berpijak di alam nyata, cepat tersedar dari dibawa arus rasa.
Akhir-akhir ini juga, saya sering berasakan yang diri ini berkasar dengan aisyah.
Lagak anak kecil memang tak terduga, menggugat benteng kesabaran ummi nya ini.
Mujur juga kewarasan itu masih ada namun, tercalit rasa sesal.
Masa. Ya kekangan masa berkualiti untuk aisyah juga semakin tiada.
Masa ummi banyak bersama khadijah. Sedangkan ummi hampir lupa yang aisyah juga patut dibelai manja.
Maafkan ummi yea aisyah, khadijah. Ummi sayang anak-anak ummi...

nota untuk abah: cukuplah kita berjalan jauh untuk beberapa minggu akan datang datang ini. Bulan April patut diluangkan bersama anak-anak dan rumahtangga sendiri pula. Kesian anak-anak penat bukan setakat kita yang dewasa ini sahaja. Pastinyakita harus lebih bijak melihat keutamaan dan kehendak peribadi.

2 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

Mirah
dunia bersama anak2 ni begitu indah dan mencabar.dlm Quran pun ada sebut, anak2 ni adalah perhiasan dunia...

bukan saya menasihati Mirah sj tapi utk diri saya sendiri..sementara anak2 kecik ni..mak tu sendiri kena kuat

lia said...

sabar ya MIrah... ujian Allah buat hambaNya yg mampu utk menghadapinya... mkna nya mirah kuat...

chaiyok girl!!!