Thursday, March 12, 2009

Dalam kenangan...

Perginya Amir Yusuf.
Walaupun ummi tak sempat nak menulis blog beberapa hari ini, tapi ummi masih berkesempatan mencuri masa menjengah blog rakan-rakan tanpa sempat meninggalkan jejak dan antara perkhabaran paling meruntun jiwa ummi ialah berita kembalinya anakanda amir yusuf ke pangkuan Ilahi pada jumaat lepas, jam 12.51 tghri. Ummi pernah kisahkan tentang arwah dalam entry ini. Air mata merembes tanpa mampu ditahan lagi. Walaupun tidak pernah bersua wajah, namun terasa begitu dekat sekali apabila membaca coretan saudara fajar tentang perjalanan kisah perjuangan amir yusuf selama 8 bulan 7 hari di hospital. Yang menjadi persamaan, mungkin kerana kami pernah berkongsi rasa yang sama menghitung hari menanti anak tercinta berjuang di wad. Namun, Allah lebih sayangkan amir yusuf. Dijemput pulang dalam keadaan tiada secalit dosa, agar derita sakit yang ditanggung itu hilang terus.

Walaupun ia sesuatu yang pahit untuk ditelan terutamanya ayahibu tercinta, namun ingatlah anak itu telah menjadi ahli syurga yang bakal memimpin tangan ayah ibunya juga ke syurga kelak. InsyaAllah. Tenanglah duhai anakanda, damai lah di sana.
Buat ayah ibu arwah amir yusuf, terus lah tabah. Dugaan ini sebagai satu tanda kasih sayang Allah jua pada kalian. Anakanda kalian adalah yang terpilih. Akan menjadi peneman kalian di syurga sana. Yang akan mendoakan kesejahteraan kalian jua. Kesempatan bersama selama 8 bulan itu juga sudah pasti memberikan kenangan sepanjang hayat buat kalian. Teruslah tabah dalam menuntut ilmu di perantauan, apa yang pasti, hidup perlu diteruskan. kalian juga insan yang terpilih. Berserahlah.

Salam takziah dan al-fatihah buat anakanda amir yusuf.


No comments: