Tuesday, March 31, 2009

Parenthood

Sebelum aisyah jejak usia 2 tahun, kami tak pernah rasa sangat sukar nak mengawal dia, memberi arahan dan meminta dia menerima arahan dengan baik. Namun, kebelakangan ini, arahan seolah makin payah untuk dituruti. She's good in reading, struggle to complete her jigsaw puzzle or play with her toys tapi sekarang ini, suruh makan pun payah, bila larang buat sesuatu contohnya suka sangat buka fridge yang tak de apa dan dia pun takde apa nak amik dari fridge tu. Kalau buka sekejap takpe, ini siap duduk tepi tu sampai kekadang tak sejuk dah peti tu. Suka buli adik. Buli ke? Ya lah kot sebab suka duduk atas badan adik bila adik meniarap, suka rebut mainan adik/ mainan dia yang adik pegang. Dia sudah pandai menangis nakkan sesuatu itu jika permintaan tidak dilayan contohnya nak main botol ubat ummi, nak buka laptop. Kalau buka dan tengok je takpe, ini siap tekan bagai, habis rosak itu laptop.
Pendek kata, banyak lagi lah kejadian yang tak dapat ummi nak recall kat sini namun menyesakkan dada ummi sehingga kan diri ini tak mampu berhenti berfikir saban waktu bagaimana nak control/ mengawal situasi ini. Sungguh ia menerawang tiap masa di fikiran ini. And lastly, i knew that i need some advice from others. Sebelum ummi jadi lagi tertekan bagaimana nak mengawal situasi sebegitu, baik lah ummi mendapatkan bimbingan. Thanx k nas for suggesting me the screamfree parenting book. Mirah tengan membacanya ni. Ya screamfree, ummi tak larat nak tinggi suara dengan aisyah lagi. Dari dulu memang sebolehnya ummi tak nak berkasar dengan anak-anak. ummi kena sentiasa mencari butang pause ni.

Jadi, mommies out there yang ada pengalaman sebegini, please share with me. Bagaimana karenah anak-anak kalian di usia aisyah dan bagaimana cara berkesan yang kalian pernah gunakan dalam melentur mereka.


Namun begitu, i am proud of her. Walaupun macam-macam karenah, dia juga bagus pada masa-masa tertentu. Ummi sayang aisyah. Bila ummi panggil dia budak deboq (hehe) dia jawab, bukanlah ummi. Ini kak long lah. Adakah juga pengaruh dari rumah pengasuhnya di mana 4 daripada 5 orang anak kakak yang mengasuh mereka itu adalah lelaki jadi terpalit lah juga 'kekasaran' itu pada aisyah. Ya ke?? huhu.. Should consider hantar taska ke?

13 comments:

diniedinar said...

salam kenal. tumpang baca & kongsi pendapat yea.. pd sy tu perangai normal knk2.maksudnya dlm usia 2 thn tu diri dia dah develope rasa cemburu, nakkan sesuatu, nak perhatian, rasa ingin mencuba which is positive.sy pernah terbaca dlm satu artikel, bdk yg kreatif & bijak ni mmg suka buat benda cth sepah mainan,conteng dinding, menggodam bnda2 yg dia minat.. tu tanda otak dia sentiasa berjalan. byk idea. kita ibubapak ni kena sabo je la..

mirah said...

salam k diniedinar.
Ya saya sentiasa melihat gelagat aisyah dlm positif mode namun, sebagai manusia biasa, datang juga angin geram tu kekadang. Bila dah lepas, then kenang balik baru lah timbul rasa sesal dan berfikir 'i should control myself better, apalah budak umur 2 thn tu nak faham,kn'.

Sebab tu saya ckp kena sentiasa nak cari butang pause. Huh mencabar juga ni..

Thanx yea kak berkongsi. Share lah lagi yea.. :)

Nieza Ishak said...

Mirah ..

sangat serupa dgn perangai suffiya skrg .. bikin nieza pun peninggg ... marah banyakali pun rasanya dah malas.

Betul .. mereka masih kecik tp kita macam treat derang dah besar, mungkin sbb derang ada adik ..

ibunano said...

A'kum akak, salam kenal. Saya pernah terbaca dulu, kalau kita nak larang anak-anak buat sesuatu yang kita tak suka, sebaiknya elakkan juga perkataan JANGAN. Sebab bila kt guna perkataan tu, budak-budak jadi curios, kenapa JANGAN, kalau dia buat apa jadi?? So dia pun buat lah. Jadi kena ada cara lain yang lebih baik untuk larang anak-anak. Hopefully info ni bergunalah untuk akak+juga kita semua...

nas said...

i understand what u r 'looking for' actually...i was there and still there...

since i'm here, doing 24 hours thing with the kids...and would say am passing 1 level of parenting stage..will share with you my exprience...

am thinking of writing them but hard to find a very good mood where i can put everything in words.

insyaAllah, for the sake of my fourth one too... :)

mirah said...

Nieza, ya marilah kita sama-sama belajar ilmu parenting ni agar lebih baik dalam mengurus anak-anak kan..

ibu nano, salam kenal juga. Thanx. Payah kan tak nak guna perkataan JANGAN, dulu selalu juga bertahan, sekarang ni rasanya dia dah tahu apa itu JANGAN. Memang sentiasa cuba tak gunakan tp dalam hal tertentu memang tak blh elakkan lah

mirah said...

Thanx k nas.
Ya share lah lagi. Mirah mmg tengah cari sumber ni. Cuma tak larat nak google kat internet, sakit berpinar mata nak baca. Prefer baca buku real. Heheh skrg tgh baca scream free pun, byk kali stop dalam sehari sbb sakit mata nih..

moga kita dapat jadi ibu yg lebih baik untuk anak-anak kita nanti. Btw, is it #4 is coming soon?

Shinta Musraika said...

salam.. slamat berkenalan.

the way u citer anak awak ni macam menagih perhatian sebab tu dia macam extra nakal. biasalah bila dah ada adik.. dia tahu dia bukan lagi the only one :)

anak2 buah sy pon ada yg show act mcm tu.

nas said...

yup mira..mmg berpinar mata baca online. kat bookstore pun ada jual.

tp kalau berhajat nak beli, boleh tengok jugak buku2 ni

1. yes, please. thanks!
2. 1-2-3 Magic: effective discipline for 2 to 12 yo.

nanti kalau dah siap writing, i'll buzz u. insyaAllah.

mirah said...

Shinta musraika,
yup maybe that's one of the factors. Cuma i need to cari solution lah macamnae nak handle the situation sebab mmg kena bagi perhation more on adik since she's small lagi kan.

For the long term, kena tahu nak tackle anak-anak ni ddari awal, sebab tu kena cari knowledge sebelum terlambat....heheh thanx dropped by and give comments.

mirah said...

K Nas, thanx 4 the suggestion. Yes i will search for those. Plan nak pergi mph lunchtime hari ni, tak boleh pergi bawak anak-anak on weekend sebab tak boleh concentrate nak pilih buku, dok sibuk mengejar aisyah dalam bookstore tuh. haha..

lia said...

mirah... lia amik idea nk didik anak dari komen2 depa ya he3...

mirah said...

oh lia, mana yg baik tu amik lah. Jgn segan2 yea.. Ilmu ni lagi dikongsi, lagi berkat...

note: tgh baca buku screamfree. Will update later.