Tuesday, March 17, 2009

Myopia

Adalah sukar untuk menenangkan hati, melawan gejolak rasa.
Adalah bohong jika saya katakan saya tidak risau, sedih dan buntu.
Ia berkenaan anakanda tercinta saya. Semalam kami pergi temujanji susulan klinik mata khadijah.
Dr maklumkan khadijah tiada masalah juling atau mata tidak fokus (Alhamdulillah). Adik pass ujian yang dilakukan. Namun kemungkinan adik akan mengalami myopia/nearsightedness dalam usia yang sangat muda adalah tinggi. Ia hanya kemungkinan namun ummi sudah cukup risau (ummi keterlaluan ke??).
Adik akan diperiksa semula 6 bulan lagi.

Ummi terkenang seorang anak kecil yang ummi jumpa di klinik kesihatan beberapa bulan lepas, rasanya dalam usia 2 tahun lebih telah memakai cermin mata kecil. Nampak kurang selesa.
Adakah anak ummi juga akan begitu?
Seharian ummi tertekan di ofis semalam.
Namun akhirnya ummi kembali berpijak di bumi nyata. Ummi masih ingat yang adik lahir tidak cukup bulan, dan a preemie baby memang akan ada macam-macam komplikasi baik dalam jangka masa pendek atau panjang. And she was lucky enough to be at this stage and her ummi is asking for more? for perfection? apalah ummi khadijah ini kan... (huhu..)

Alhamdulillah lah sekurang-kurangnya ia hanya masalah rabun mata sahaja yang boleh dikurangkan risikonya dengan mengambil langkah-langkah mengurangkannya dari awal. Walaupun ia tidak dapat memulihkan mata tersebut, tetapi rawatan awal itu mampu mencegah kepada pelbagai masalah mata yang lagi teruk seperti lazy eyes,glaucoma dan lain-lain. Doktor pakar tu cakap, masa masih panjang, adik akan terus diperhati kan sehinggalah dia besar. Katanya lagi, eloklah adik dah ada rekod di sini, sekurangnya bila tahu awal, langkah-langkah pembaikan boleh dibuat segera berbanding sekiranya bila 10 tahun lagi baru nak mulakan langkah awal, pada masa itu mata dah teruk. Tidak ada banyak lagi yang boleh dilakukan.

Ya ummi sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan tersebut adik, sabar yea. Kita akan sama-sama hadapinya. Percayalah yang ummi akan berikan sepenuh rasa, segalanya demi anak-anak ummi. Antara suggestions yang doktor berikan semalam agar untuk anak-anak kecil ini (tak semestinya preemie) adalah menyediakan pencahayaan yang mencukupi kepada mereka. Maksudnya jangan biarkan suasana kelam agar mata itu tidak perlu bekerja keras untuk menfokus sesuatu. Bila cahaya kurang, bola mata akan memanjang dan ini akan menjadikan mata lebih cepat rabun. Juga katanya ibubapa sekarang kan suka anak-anak membaca. Tetapi sebenarnya, jangan paksa anak fokus lama pada buku/ peralatan digunakan kerana apabila terlalu fokus, mata juga digunakan dengan sepenuhnya dan ia akan memberi tekanan pada mata tersebut. Doktor cakap kebiasaannya anak-anak yang aktif bermain ke sana sini itu kurang berisiko untuk rabun berbanding anak yang suka duduk fokus lama pada sesuatu benda.

Rasanya ummi juga kena ambil supplements berkaitan, juga memperbanyakkan menu vitamin A dalam makanan adik. Dan moga keajaiban itu ada bersama adik. Kita sama-sama doa ya.


Ini ada artikel (sebahagian je) berkaitan ummi ambil dari internet lah kan..

Children are born with a considerable amount of farsightedness which is intended to automatically diminish with time and finely adjust the eye's refraction as they learn to focus on the world around them. It diminishes because the constant focusing effort for all distances causes the eye to lengthen. Excessive close work causes the eye to continue lengthening through the point of normal vision and into myopia. When your child's refraction has diminished to +0.5 diopters, it is time to take action, because the ideal refractive status is between +0.5 and 0 diopters. A minus refraction, indicating myopia, is abnormal. To determine this refractive status, you have the option of going to a vision specialist for an eye examination.

Itu contoh image yang myopic people nampak. Sumber: http://www.myopia.org/savechild.htm

Note: untuk rekod sendiri, power mata adik sekarang ini ialah 25. Baby normal sepatutnya tidak setinggi ini, mungkin dalam bilangan angka tunggal sahaja.

12 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Dugaan nih, sabar yer mirah... Tapi, belum confirm kan, ader possibility mata Khadijah normal kan?

BTW, saya sokong mirah ambil supplements tambahan... Hopefully sedikit sebanyak dapat membantu Khadijah...

mirah said...
This comment has been removed by the author.
mirah said...

Thanx arnie,
It's not going to be normal.

Cuma blh delay the kebarangkalian utk jadi lebih teruk je. Cuma mengharapkan adanya keajaiban lah. Takpe, orang lain pun ada yg rabun kan, tp bezanya khadijah mungkin dapat cepat je. doa sama k..

Ya mirah akan consult dgn doc utk prescribe supplement apa yg sesuai. Skrg pun tgh mkn pramilet dgn calcium pills.

Nieza Ishak said...

Jangan risau-risau sgt Mirah...
Berdoa jerk banyak2 ...

mirah said...

thanx nieza.
ya dah tak stress hari ni sbb tu blh tulis blog..hihi..

Dayah @ Real Ummu said...

Mirah..ujian tandanya Allah sayang..mungkin kita rasa itu tak baik untuk kita tapi Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita..

psl suplement tu saya teringat produc t PermataHijrah..tapi takpasti la sesuai ke tak utk bayi/budak2. cuba Mirah masuk website dia.juga dengar di radio IKIM setiap Jumaat 5.15pm ke atas. formula dirumus oleh tabib and seorg doktor. Doc YAsmin . dirog ada bagi rawatan percuma jugak.mmg khas utk mata.ubat titik,supmenet makanan dll.

panjang pulak.try la surf and cari malumat psl permata hijrah ni..maafla klu maklumat yg saya bagi tu salah sbb tak pasti utk kanak2 buleh ke tak..

mirah said...

Dayah, thanx yea. ya saya percaya ujian itu tanda kasih sayang Allah. Biasalah sebagai hamba biasa, kekadang tak mampu berfikir dgn waras. Bila dah tenang ni, baru lah dapat kekuatan dan pastinya ia bukan titik akhir utk mata khadijah.

InsyaAllah saya akan berusaha untukkebaikan dia. ya ada juga dgr psl permata hijrah tu, dah lama gak berminat sbb saya sendiri pun rabun.. Tp blm berkesempatan nak jenguk website tu. InsyaAllah akan dilawati nanti.

Thanx again yea dayah.

Anonymous said...

semoga ibu lebih tabah.kita kna tunjukkan yg kita cool n confident wp dalam hati..fuh,Tuhan jer tahu!!!

mamalisa said...

thanks for drop by..anak2 ni amanah Allah, isnyaAllah kita sebagai ibubapa dapat melaksanakan tanggungjwb kita sebaik mungkin...salam perkenalan..org Trg yer?duk mane?saya besut.

mirah said...

idzaris79,
thanx sudi singgah dan bagi comment. ya mudah2an hati ini sentiasa tabah.

mirah said...

mamalisa,
thanx juga sudi singgah sini.
eh saya pun duk besut juga. Sama lah kita. Kihkih entah2 kenal ni kn..
saya kat kg paya rawa.

lia said...

mirah... Allah sayang mirah 2... dat y Dia turunkan ujian yg mampu mirah tempuhi.. InsyaAllah khadijah jugak anak yg kuat, dia mampu utk tempuhi dugaan penciptaNya ini.... sabar ya...