Ummi dah bertenang ni..
Namun betullah motherly instinct ni cakap kan.
Cerita ini pasal aisyah ya. Dua tiga hari ini, aisyah mula batuk dan complain kat ummi cakap tekak dia sakit. Wah ummi pun jadi heran, kecik2 dah tahu sakit tekak eh.. Tiba-tiba pula tu. Ummi monitor je dulu, nak kata batuk teruk, tak pun. Gelagat dia pun aktif sahaja, tak duduk diam. Ada je benda dia nak buat sampailah tertidur.
Cuma sejak dua malam terakhir ini, kami perasan nafas dia berbunyi bila dia tidur, disusuli dengan batuk sket2. kami ingatkan sekarang kan musim hujan sejuk je, ingatkan biasa je lah tu. Tapi, pagi ini ummi cakap kat abah macam nak bawak aisyah pergi klinik, since ummi pun nak pergi minta supplements dan calcium pill yang dah habis. So abah cakap ok lah.
Masuk jumpa doctor, dia cakap aisyah prone to have an asthma. Terkejut lah ummi sampai blurr what should i do?? Boleh gitu? Doc cakap kena neb ni. Ummi pula macam eh kena ke?ummi cakap kalau taknak tak boleh ke doc? Doc tu cakap kalau tak kesian pada aisyah. Jadi, dalam sekejapan itu, ummi setuju (dalam blur+rela) aisyah kena neb. Tapi, dia kan mana pernah kena, meraung satu klinik lah tadi, siap tendang ummi, staf situ lagi.Tak sampai 2 minit pun, doc tu cakap stop lah since dia tak bagi kerjasama. Kesian aisyah, bila nangis tu lagi kuat bunyi wheezing tu..
So doc bagi 4 jenis ubat, ubat demam, batuk, ventholin (utk cair kahak rasanya) dan antibiotik. Doc cakap hari jumaat ptg datang lagi, kalau masih takde perubahan, aisyah akan kena admit ke hospital. Berkerut-kerut dahi ummi bila keluar klinik tu.
Siap hantar aisyah balik rumah pengasuh dia, bagi ubat, saya pun balik semula ke pejabat. Ikutkan dapat mc, tapi memandangkan ada kerja perlu diselesaikan, lagi pula esok pagi nak pergi hospital lagi bawa adik untuk check audio. Rasa tak patutlah nak off petang ni dengan kerja banyak itu. Usai solat, pengasuh mereka telefon. Suspen ummi menjawab nya. Kakak tu cakap aisyah muntah kahak, nafas pun macam tak lepas.
Alamak apa patut ummi buat ni? Tapi ummi mantain cool je lah kan, suh kakak tu tenangkan aisyah dulu, lagi 5 minit ummi call semula. Ummi called then kakak tu cakap aisyah dah ok. Siap boleh main lagi. Aisyah muntah kahak je yang keluar berketul-ketul (oh ummi can't imagine bagaimana rupanya itu). Mungkin kesan ubat dimakan tadi.
Ummi doakan kakak cepat baik. Tak payah kena neb/ makan ubat bagai2 itu. Or the worst kena admit hospital. This is your very first time, hope you'll be fine very soon. Aminn. Ada sesiapa nak kongsi dengan saya handle situasi anak-anak begini? Saya siap telefon kakak minta panduan apa nak buat since anak-anak tak pernah kena macam ni.
p/s: Dalam kete tadi, buat saya fikir, saya nak kerja di sini je sebab masa agak fleksibel. Kalau kerja lain, belum tentu dapat lari keluar bawa anak pergi klinik, hospital bagai kan. Oh jauhnya fikiran ummi melayang kan.. :p
9 comments:
alhamdulillah dia muntah kahak..budak2 bukan senang nak kuarkan kahak..kalau kahak tu dah kuar..insyaAllah,she'll be better
anak2 akak 3 org ada asma...mmg trauma bila ingat balik time diorg kecik2 dulu..
Alahai kesiannya aisyah..hopefully aisyah cepat sembuh sepenuhnya ye...
K ina, oh macam tu ya..
hopefully aisyah cepat baik tu.
thanx akak..
mimi, thanx. Ya harap dia beransur baik tu.
Mirah, Ian pun kena asthma. Dpt 2 inhaler. Time mood ok, spray pun relax jer.. Time dtg angin dia, meraung tak ingat
susah hati la kalau anak2 xsihat....
lia doakan smoga aisyah cepat2 sihat ya...
Salam,
Cuba try bagi Aisyah Scott Emulsion..
Damia aritu pun dah kene asthma.. Tp baru nak start.. Dia dah kene pakai inhaler..
Acu masa tuh bingung gak.. Try tanya pendapat kengkawan.. Ade sorg kawan nih yg suggest soh bagi Scott Emulsion kat Damia..
So far, Alhamdulillah, Lepas seminggu Damia amik Scott Emulsion, batuk dia kurang n now dah hilang terus...
2 minggu lepas g jumpa paed dia paed dia kata kahak dalam lung damia dah clear...
Daripada 2 jenis inhaler yang damia kene guna, skrg neh tinggal yg 1 jenis jek damia pakai, yang warna oren tu..
Next month Dr kata kalo dia dah confirm ok baru leh decide utk stop terus or x inhaler tu..
So far, skrg dah nampak damia ok balik compared to sebelum nih dia nampak lemah & x nak makan...
Tryla, insyaallah...
jiey, oh ya ke. Sampai 2 inhaler tu. Setakat ni aisyah cuma prone tu ada asma je lah. Doc ckp belum lagi.
Lia, memang susah hati sangat ni. Pergi keje pun tak leh nak fokus.
acu aza damia, aisyah mmg dah mnum scott emulsion. Cuma sejak beberapa hari lepas stop dulu, sbb ubat dia je dah 4 jenis. Tp mlm td abah nya dah kasi semula.
Salam Mirah,
Nak kongsi crita, my son 2 kali admitted due to bronchitis. Silap gak sbb trus bawa gi spital..yerlah risau batuk teruk sgt. My son kena buat fisio & Neb utk kluarkan kahak, memang sedih klo tgk...meraung2.
Skang klo dia start batuk..malam2 saya akan sapu vicks (yg khas utk kanak2) kat tapak kaki, so far ok, tak derlah bepanjangan batuk dia.
Salam kenal,
fiza
Mirah-good luck utk ptd tu..
tp mmg tough keja ptd ni, tgk pada penempatan jugak nanti..
kalau kena kat tempat akak ni..mmg keja berlambak... tp best le jugak kalau dpt posting kat obersi, leh anak sekolah international school..eheheh
khadijah dah tembam, alesya hari tu demam, turun berat banyak jugak, dia tak minum, makan nestum, skrng baru ok sikit...
Post a Comment