Wednesday, February 25, 2009

ebm stocking and update nightmare

Ummi rasa dah lama tak update pasal production susu untuk bekalan adik. Tapi kamera masih lagi belum hantar baiki, tak dapat lah ummi nak kepilkan gambar-gambar dalam entry ini dan seterusnya memandangkan hanya itu sumber mengambil gambar kami. Heheh handphone kami semua tak canggih siap berkamera macam ramai yang pakai sekarang ni. Ummi masih pakai handset lama yang dibeli akhir tahun 2005, fuh lama betul kan rasa pakai handset ni, tapi tahan lasak sebab selalu kena baling dengan aisyah, jatuh dan sebagainya. Hansdset abah ada kamera tapi abah tak beli memory stick utk save picture, jadi still samalah kan takde camera. Ehh melalut ke lain pula ni.. :P

Alhamdulillah buat masa ni, production di tahap baik sahaja lah kot, setiap sesi dapat lebih kurang 4-6 oz. Kekadang dapat 7-8 oz juga, kekadang dapat 2-3 oz pun ada, biasanya tu kalau pump selepas adik dah direct bf. Frozen stoks ada lah dalam 30x5 oz bekas, jadi total dalam 150 oz. Takde lah banyak mana kan tapi ok lah bagi keperluan khadijah setakat ni. Bekal harian khadijah dalam 12-15 oz, kekadang habis, ada masa ada balance 2-3 oz. Biasanya ummi akan bekalkan sebotol yg frozen ebm dan dua lagi fresh ebm. Khadijah baru 10 bulan plus, wah masih panjang perjalanan nak capai usia adik 2 tahun. Moga-moga terus ada rezeki buat adik hingga saat itu. Milk booster?? Ummi ni memang malas amat sekarang ni nak amik apa2 yg dikategorikan boleh tambah susu. Soya ada minum tapi kurang, oat pun sama, supplement pun kadang ingat ambil lah, time malas, tgk je lah botol tu..huhu.. Just mantain minum air banyak dengan makan tak skip je, di samping doa yang tak putus. Tapi, kena berusaha gak ni kan sebelum kemeruduman tetiba berlaku. jangan di sangka panas sampai ke petang, baik siap sedia payung dulu kan.. (opps ummi melalut lagi..). Kawan-kawan, tolong bagi motivasi pada diriku ini yea.. :)

Oh ya abah dan ummi botakkan kepala adik. (lagi sekali rugi ni sebab tak dapat snap gambar, rasanya ini lah last time nak tengok adik botak) takkan nak cukur lagi lepas ni,kan. takpe takpe akan ummi usahakan ambil gambar kenangan ini. Aisyah cakap kepala adik macam upin ipin tu. Haha pandai kakak. Adik dah makan 2x sehari sekarang ni, di malam hari pun banyak gak minum. Wah cepat2 bertambah berat yea dik.

Pasal nightmare aisyah tu, dah dua malam dia tak mengigau langsung. Kalau dia bangun pun, minta susu je takde nangis-nangis dah. Apa yang dah berlaku?? Ummi pun tak pasti. Kebarangkalian pertama, memang dia berhenti sendiri atau kebarangkalian kedua, sejak ummi bacakan ayat kursi dan 3 Qul pada dia. Dua malam bertutur-turut sebelum dia berhenti mengigau tu, tiap kali dia mengigau ummi akan gosok badan dia dan bacakan ayat kursi dan juga 3 Qul beberapa kali sehingga lah dia lena. Kalau benar ada 'benda lain', mungkin ia dah pergi lah tu. Itu sekadar usaha, yang Maha Tahu itu Allah jua. Dan ia hanya kebarangkalian yg ummi buat, mungkin tidak tepat sama sekali.

Berkaitan itu, ummi ada nak share satu kisah lama yang berlaku pada diri ummi sendiri. Beberapa tahun yang lepas, masa di zaman aktif berprogram di kampus, ada suatu waktu itu, kami pergi buat prog di sebuah kampus univ di utara tanahair. Saya ingat lagi pergi dengan keadaan sihat sejahtera. Dah habis program hampir seminggu juga di sana, kami balik lah naik bas kampus. Dalam perjalanan itu, ummi rasa sakit dan berat sangat kaki sebelah kiri ni, tetiba pula. Tapi ingatkan lenguh ke, sejuk ke apa, jadi takde risau apa lagi. Bila dah balik semula ke kampus sendiri, masih juga belum baik. Tiap kali melangkah rasa sakit, siap kena angkat kaki tu bila nak naik tangga/ turun kereta. Rasa berat amat dan mencucuk. Sapu minyak pun tak jalan. Ni dah start rasa lain macam pula. Pada suatu ketika, saya balik ke rumah kakak di gombak(masa tu dia stay sana), pada malam nya, bila saya nak tidur tu, sambil gosok kaki dengan minyak panas tu, saya baca 3 Qul dan cakap dalam hati, kalau ada 'benda2' lain ni, keluar lah, ya Allah hilangkan lah kesakitan ini. memang tak tahan dah tu sebab dah berminggu sakit. Dan kuasa Allah, esok pagi saya bangun pagi, memang totally different. Tak rasa sakit apa langsung, siap boleh melompat lagi. Serta merta hilang. Memang sangat magik rasa saat itu. pastu rasa seram pun ada, sebab adakah memang ada 'benda' ikut saya balik dari kampus cawangan itu??

Apapun, kita hanya insan kerdil. yang maha kuasa itu hanya Allah yang Esa. Terima kasih lah ya Allah kerana hilangkan sakit itu dan aisyah juga tidak lagi mengigau, dan kami dapat lena yang berkualiti.
this is aisyah the nigthmare girl..heheh..

sekadar gambar tempelan - aisyah layan tengok fish di strawberry park, CH

p/s: nanti ummi update lagi pasal aisyah, let's observe her until next week k.

Monday, February 23, 2009

Mini gathering Susuibu .com

Semalam ummi berkesempatan join gathering SI. Ummi terngin sangat nak pergi sebab ada discussion pasal clothdiaper(CD). Plan ummi nak beli CD ni asyik tertangguh di atas rasa ragu-ragu kerana masih belum melihat sendiri depan mata, jika ummi pun belum confident, bagaimana nak convince kan abah,kan. Bila tanya abah, abah setuju. Ummi suprised gak bila abah sudi nak join program gathering macam ni, means ia satu permulaan cukup baik dalam niat nak tahu lebih lajut pasal CD ni.

Seronok sangat gathering ni, sempat gak borak dan dengar explanation dari mama/ puan Kamariah SI, then discuss pasal clothdiaper tu, sungguh mengujakan sampai ummi dah beli satu cd. Heheh satu je dulu untuk permulaan, btw abah dah approved beli lagi. So tak sabar lah ummi nak meng'order' ni... :). Yang pasal baby wearing tu, ummi sempat tengok dari jauh, anak2 ku dah kepenatan, ada soalan nak tanya tapi tinggal tak tertanya sebab tak dapat nak pergi lagi dekat.

Tema warna merah, tapi ummi takde baju warna merah, jadi ummi pakai je lah baju yang ada. Anak-anak pakai pink, abah je pakai warna merah, jadi lah tu wakil kan. Ummi takde snap gambar, tapi browse kat blog kawan-kawan SI, terjumpa lah page ni. Rupanya ini page mr photographer semalam. Adalah beberapa keping gambar yang ada gambar ummi.. cantik gambarnya, ummi suka tengok.. katanya tu sebahagian saja, nanti kalau ada lagi, boleh update. Berminat gak nak print ni since cameraku kan rosak lagi..


Sedang khusyuk mendengar sue diyaluna memberi penerangan..

ummi sedang perhatikan orang dapat hadiah cabutan bertuah rasanya. Khadijah dah lena di pangkuan ummi..



Mm..ummi suka those pictures.. :)
Ummi tak perasan pula ada orang amik gambar semalam, adakah ku terlalu fokus dengan penjelasan dari sue diyaluna. Thanx banyak2 yea sue.. :)

Friday, February 20, 2009

slight increase & nightmare..

Ummi bawa adik pergi klinik kesihatan pagi tadi. Sebenarnya, seperti diduga, ummi telah terlepas pandang tarikh check-up adik ni, sepatutnya 11/2 lepas, kena buat appoinment baru lah untuk hari ini. Hari ini memang dalm sejarah sebab dapat balik pukul 9 pagi. Biasanya pergi kul8 pg, pukul 10 lebih baru selesai. Berat adik tak banyak beza dari masa timbang di hospital hampir sebulan lepas iaitu 5.6kg. Previous was 5.5kg. Adakah berat adik menyusut sedikit masa demam tempoh hari? Mungkin lah kan.. Nurse tu suruh tambah kan meal time adik since age sekarang ni dia perlukan banyak kalori utk produce tenaga, since khadijah ni memang tak boleh duk diam sekarang ni, sangat aktif ya.

So, ummi tengah duk berfikir dengan serius ni untuk mempelbagaikan lagi menu makanan adik. Kita cuba hujung minggu ni k adik. Yang musykilnya, bila kat umah, adik makan ok je dengan ummi, tapi bila di rumah pengaush, makcik cakap adik nangis-nangis bila makan, tapi habis lah portion yg diberi tu...kenapa yea?? pening ummi dok fikir nih.. Appaun, be a good girl yea dik, ummi tak sabar nak tengok adik jadi lagi chubby walaupun sekarang ni pun ummi rasa adik dah besar...


Aisyah?? Ohh she's still having nightmare at night tau. (since balik dari cameron ni, hampir tiap malam mesti bangun menangis..). Ummi tanya kenapa tak jawab pula. Wah penat kakak, abah dengan ummi pujuk kakak sampai tidur semula, sampai mesti bila bangun pagi ummi rasa pening-pening lalat gitu. Kenapa aisyah tetiba having nightmare ni sedangkan tak pernah pun sebelum ini. Ada sesape nak berkongsi dengan saya??

Thursday, February 19, 2009

Tag - My first born

Dan yang ini nak jawab tag arnie pula. Tetiba sahaja hari ini mood nak jawab tag.. :)

Here you go mommies - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself! Let's see how much you remember!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
No. Tapi kami excited + berdebar bila dapat tahu i got pregnant.

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
Oh sudah semestinya. Or else, i wont be telling you all here k..

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Nervous pastu baru happy..

4. HOW OLD WERE YOU?
25 years old

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Mula-mula tu, perasan period macam ada spot sket je. Eh pelik pula sebab tak pernah macam tu. Pastu buat UPT, +ve then nak confirm kan lagi, baru pergi klinik.

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Of course suami lah kan..

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Ya, sangat beria nak tahu..

8. DUE DATE?
24 Jan 2007

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Evening sickness ada lah kot. Hehe sebab bila petang je rasa nak muntah. Satu sebab mungkin perut masuk angin. Bila dah muntah, baru lah boleh makan. Adalah dua minggu juga pastu dah ok. Tapi, sepanjang pregnant tu memang tak selera makan sangat.

10. WHAT DID YOU CRAVE?
Nak kata mengidam beria mungkin tidak lah tapi teringin nak makan ketam. Bila balik kg, mak masakkan ketam, pastu tu lah last makan.

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Takde apa rasanya. Semuanya ok, still boleh masak tapi takde selera sangat nak makan.

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Girl

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
We were hoping that our first child is a boy, tapi bila dah scan nampak girl, kami excited juga. Tak kisah sangat pun, tu semua bukan urusan kita nak tentukan.

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Dalam 7-8kg.

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
No.

16. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
No.

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Ada. Kena UTI. Mujur tak lama lepas ambil ubat, dah ok.

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Serdang

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
About 2 hours kot..

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My husband.

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
My hubby, bidan and nurses. Doctor takde pun.

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Naturally.

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
No.

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
2.2kg

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
26 Dec 2006. About a month earlier from the due date.

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Aisyah Humaira' binti Muhammad Faisal

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
2 years and 1months plus.

Ok dah siap :)


Tag - work station

mm..nak jawab tag k ina lagi nih. Tag yang tahun lepas punya huhu..
Maaf yea k ina sebab peram lama nih, gambar di bawah ni dah ambil lama, pastu nampak macam berserabut pula meja ku itu (ye lah masa ambil gambar tu, saya tengah sibuk dengan macam2 events di institut), ingatkan nak ambil gambar baru, tapi digi camera ku itu masih belum sempat dibaiki. Jadi, meja bersepah pun bersepah lah kan.. hehe..


Dari pandangan di kerusi saya.

Haha..jangan terkejut yea tengok divider wall saya yang penuh dengan unsorted kertas pada masa tu ok.

Dan akhir sekali, ini gambar dari pandangan depan sebelum sampai ke meja saya. Kami share bilik berdua, jadi saya pilih duk bahagian dalam sikit so that saya boleh buat pumping session tanpa ada orang perasan. kalau ada yang meluru masuk pun time tengah pump ebm, still sempat cover..hehee..

Kesimpulannya, saya suka ofis saya ini. Walaupun sepatutnya setiap pegawai dapat bilik sendiri, tapi memandangkan institut kami ini kecil dan masih menumpang bangunan jabatan lain, sebab itu lah kena berkongsi. Apapun, best juga berkongsi, sekurangnya takde lah sunyi sangat.

Tuesday, February 17, 2009

Di setiap kesusahan, pasti ada kesenangan..

Saya terkesan tiba-tiba selepas membaca entry ini di Saifulislam.com.
94_5-6
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]
Itulah janji Allah Subhanahu wa Ta’aala terhadap setiap cabaran yang kita baca ia sebagai suatu kesusahan dalam hidup. Bahawa kesusahan itu bukanlah sebuah beban. Ia adalah sebuah persediaan untuk menyambut kebaikan dan kesenangan. Syaratnya hanya dua:
94_7-8
Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)” [Alam Nasyrah 94: 5-6]
--------------------------------------------------------
Saya terkenang masa-masa susah saya, terkenang susah payah menuntut ilmu, terimbau sukarnya membawa lalu kenangan kehilangan saudara tercinta, dan buat kesekian kalinya terkenang saat-saat sukar bersama khadijah. Namun, kekuatan itu juga hadir dalam resah rasa, buntunya fikiran. Mujur sang Pencipta masih titipkan rasa 'kehambaan' dalam diri ini menyebabkan hanya kepada Dia jua lah hambamu ini kembali.
Abah selalu berpesan, amalkan lah baca surah alam nasyrah ini. Terutama di kala ingin menjawab peperiksaan/ temuduga. Ya memang selau kubaca tak semestinya pada perkara tersebut. Kerana yakin pada janji Allah 'yang di sebalik kesusahan itu, ada kesenangan' membuatkan hati ini sering mencari-cari hikmah di setiap apa yang berlaku. Sukar. Ya ia memang sukar. Tetapi siapa kita untuk berkata sebaliknya.
Saya juga manusia biasa yang tidak akan pernah berhenti buat silap, berbuat dosa padaNya. Namun sentiasa diri ini memohon agar jangan lah diberikan peluang mengulangi kesilapan sama. Betapa sudah banyak nikmat yang diberikan, mudah-mudahan diri ini akan sentiasa bersyukur.

Jauh termenung, saya teringat perihal sahabat ini, yang telah diuji keimanan dan kesabarannya dengan kepulangan anakanda tercinta ke pangkuan Ilahi. Arwah Adni Farhana juga lahir pramatang, namun beratnya jauh lebih berat dari khadijah. Pulang tanpa sebarang komplikasi. Namun, janji Allah itu tetap pasti. Arwah dijemput pulang dalam nyenyak tidur di usia 4 bulan. Bagai berhenti jantung ini seketika di saat menerima berita itu. Dan tenang lah anak itu di syurga Nya. Duhai walid dan ummi adni farhana, tabah lah kerana si anak itu telah menjaminkan syurga buat kalian, sedang tersenyum manis menanti kalian di pintu syurga...
Fikiran ini juga melayang terkenangkan sahabat maya yang hanya dikenali di dunia siber ini yang juga sedang dalam debar menghitung hari untuk melihat anakanda tercinta pulang sihat dan ceria. Walaupun hanya sekadar membaca luahan rasa di blog nya, ia turut mencengkam naluri keibuan ini. Seakan dapat dihayati setiap detik mereka melayani amir yusuf. Moga kalian juga terus diberikan ketabahan, kekuatan dan ketenangan. InsyaAllah diri ini sentiasa mendoakan yang terbaik buat anakanda amir yusuf.
----------------------
Masih banyak di luar sana sebenarnya perihal mereka ini sedang diuji keimanan oleh Tuhan. Saya dan anda juga senantiasa Dia berikan kesukaran itu sebagai satu cara mendekatkan diri kembali kepadaNya. Cuma, watak dan jalan cerita nya berbeza. Perihal di atas cuma ide spontan yang datang setelah saya membaca entry ustaz hasrizal tersebut. Sekadar berkongsi rasa. Wallahuallam.

Monday, February 16, 2009

romantic movies


Err.. to be frank, ummi dah lama sungguh tak tengok movie. Cinema memang tak pergi lah, Cd pun tak de nak tengoknya. Tak sempat ok kawan-kawan.. Walaubagaimanapun, ummi try gak lah nak jawab tag berkenaan romantic movies ni dari k ina hashim. Kalau ikut rules kena list down 5, puas ummi pikir, hanya dua yang masih kekal terkesan di hati ummi saat ini. Haha.. kira aci lah kan k ina eh..

Rules:
Please copy the following rules in your post (as usual)
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn't have to be in order..as long as you love the movies, it will be fine.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag.

My choice of romantic movies:


Memandangkan ummi list down pun tak cukup kuota, jadi tak nak lah tag orang lain pula. hihi...

p/s: k ina, ada satu lagi tag workstation blm jawab ni. Nanti eh... :p

Trip to Cameron Highland

Nak cerita pasal pergi cameron last weekend ni. Memang puas hati lah trip kali ni, cuma khadijah je kurang sihat. Sebelum pergi lagi dia dah selsema, tapi sikit je, pastu ummi bawa dia pergi klinik, dengan harapan Dr boleh prescribe dia ubat kot lah dia jadi makin teruk,kan. Tetapi, keadaanya memang jadi lagi worst bila makan ubat tu, mata jadi bertahi je, sian ummi tengok. Pastu nenek cakap dah lah bagi adik makan ubat tu, mungkin sebab ubat tu kuat sangat, menyebabkan adik panas dalam. ummi stop bagi, dalam sehari selepas itu, baru lah mata dia tak bertahi dah. Ummi did call Dr R yang prescribed ubat tu, dia cakap 'eh, bukan sebab ubat tu. Mungkin dia kena jangkitan'. Dr suh juga bagi ubat tu macam biasa. Ummi confused time tu, tapi ummi ikut gerak hati dengan stop bagi ubat tu. Sebab kesian tengok keadaan dia tak selesa macam tu.

Apapun, secara keseluruhannya percutian tersebut sangat bermakna. Kami pergi dua buah kereta; makabah, ummi satu family dan kakak satu family.
Cuaca pun baik je, sejuk sangat takde lah tapi memang kena pakai sweater lah budak2 kecik tu. ummi tak pakai sweater pun, cuma malam memang tidur menggigil lah, nak pijak lantai pun malas, mujur ada stokin. Kurang lah sket sejuknya.

On 1st day (sabtu), kami gerak dari serdang dah lewat, drop by kat rawang then terus je sampai r&r tapah. Stop makan tengahari di sana. Kami akan exit ikut simpang pulai. Sampai di Brinchang, lebih kurang 5.30pm. Unpack barang dari kereta nak bawa naik hotel (2 trips ok abah kena angkut, punyalah banyak barang huhu..). Alkisahnya, hotel kami booked tu bilik yang ada 2 katil double, hanya ada di tingkat 3 sahaja. Maka, mengah juga lah kami semua ni panjat turun tangga2 tu. Kira ok lah satu bilik semalam cuma RM85. Tapi ummi perasan masa hari check in tu, harga bilik dah mencecah RM148 per night. Banyakkan beza.

Selepas dah settle check in, kami decided nak pergi pasar malam (orang cakap pasar tu hanya ada tiap sabtu malam je). Punyalah kami ni redah sebab tak nak terlepas peluanglah kata orang kan. Tapi hujan turun renyai-renyai. Ummi dah pergi tapi patah balik dengan abah dan anak-anak sebab risau mereka demam dan keadaan khadijah jadi lagi teruk. So makabah, kakak dan abg ipar dgn anak-anak mereka je lah yang pergi. Tapi rupanya sepanjang 3 hari kami di sana, pasar tu sentiasa ada je.

Kami banyak rest kat bilik hotel dan apartment (on 2nd day, kami menginap di apartment TM di tanah rata). Hanya pergi melawat ladang strawberry dan ladang teh cameron bharat valley. Selebihnya, banyak shopping je di Kea farm, psr mlm, psr tani. Semua benda jual items yang sama. Ummi takde lah shopping sangat, beli setakat cenderahati bwk balik utk kawan-kawan. Ni antara gambar-gambar di sana.

1. Masa baru sampai. Boleh tahan rasa sejuk nya. 2. Aisyah main dengan adik. 3. Asisyah ikut tokki pergi beli breakfast. Diaorang makan dulu kat restoran, pastu baru bawak balik makanan untuk kami..mahunya tak kelaparan kami, kan?? hihi..

4. Aisyah, tokki, ummi, adik (in the sling) dan nenek. 5. Di strawberry park. 6. Adik lena sungguh tidur dalam sling tu, ditambah dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa tu, tapi bila dah tenghari, panas juga k..

7. Aisyah teruja tengok fish dalam kolam tu. 8. Dengan nenek. 9. Abah layan aisyah dengan khadijah duduk-duduk atas mainan tu.

10. Dan buat kesekian kalinya interframe gambar abah dengan khadijah di sini yea. 11. Di sebelah itu, farm strawberry. Boleh pluck sendiri tau, tapi ummi tak dapat nak join sebab duk pikir, kalau masuk nanti, bukan penuh bakul pluck strawberry, kan sibuk duk mengejar aisyah lalu di bawah tray pokok strawberry tu. Harus jadi tontonan ummi nanti. Hehe..

Itu je lah gambar yang ummi ada atau kata lainnya sempat ambil sebab kamera kami tetiba rosak. Adakah aisyah telah menjatuhkannya?? atau memang dah sampai waktunya rosak??elok pula rosak tika di cameron dan memang sebelum rosak, aisyah adalah orang terakhir dilihat memegang kamera tersebut...haha. Harus melayang juga lah duit ummi nak membaikinya. Gambar seterusnya ada dalam digi camera tokki. Nanti lah ummi ambil. Moral of the story juga, tak boleh dah bagi aisyah main dengan camera itu lagi.

Thursday, February 12, 2009

Khadijah@10 bulan

Khadijah genap 10 bulan hari ini. Macam sekejap je pun ada kan. Ohh dia tengah alami selsema yang masih bersisa sejak minggu lepas. tapi, dia sangat behave sampai nenek pun cakap dia bagus. Bawa pergi jalan-jalan cameron pun takde meragam instead of adalah merengek-rengek dalam kereta susah nak tidur (ye lah kawan tu suka tidur meniarap, manalah dia selesa tak boleh nak meniarap atas riba ummi. Kat belakang pula, kak aisyah dah conquer..hihi).

Perkembangan adik sehingga hari ini, masih lagi dalam proses nak merangkak. Baru angkat dada, ke depan sekali dua pastu jatuh semula. Tapi, kalau mengengsot tu memang dah laju, siap 360 darjah dah yea boleh pusing-pusing. Dah ada 2 batang gigi. Dah start makan tapi ala-ala tak nak juga. Tapi, ummi bagi juga lah walaupun dia makan sedikit je. Berat harus ada dalam 6kg kot. Next appoinment bila dah ek?? alamak ummi lupa,tapi rasanya dalam seminggu dua ni kat klinik kesihatan..(harus juga ummi cari balik kad adik ni).

Minum susu pun lebih kurang 12-15oz je pada siang hari. Itu jumlah bekalan ebm ummi pada pengasuh dia, kekadang habis, kekadang ada baki juga. Kalau direct feeding tu memang dah expert lah, so ummi tak risau dia akan keliru puting lagi sebab memang dia akan nak direft bf je bila kat umah. Botol susu tak layan k. Suara tak bunyi sangat, tapi ada juga lah jerit-jerit sesekali. It's true tau dia suka buku. Ummi boleh dudukkan dia atas riba, bacakan dia buku, dan tunjuk-tunjuk gambar, mata dia akan ikut jari ummi. Ummi kena lebih rajin spend masa untuk khadijah pula ni, tapi aisyah pun kena spend masa gak. Hmm.. kena ada wise time planning ni..

Rasanya itu je lah buat masa ni. Layan lah gambar latest adik ni k.


Adik masa di cameron, perasan kah mata dia nampak bengkak sket. Dia tengah selsema ni ditambah dengan mata bertahi tapi dalam picture ni takde lah eh..
Adik sedang tidur dengan lenanya... Sapa boleh teka khadijah tidur kat mana ni??(ada ke yang nak jawab ni?? hehe..)


Thursday, February 5, 2009

Time to update (edisi bergambar pula ya)...

Dah lama tak upload gambar aisyah dengan khadijah kan. Ok ni adalah antara aksi-aksi mereka sepanjang 2/3 minggu lepas.
Khadijah tengah makan bubur kosong + ebm. Ok lah dia makan tapi takde lah banyak. Rasanya padanlah dengan perut kecik dia itu. Dia macam enjoy je, siap nak suap sendiri tu.

Suap lagi.. Tapi, selepas ummi nampak khadijah dah suka makan, ummi cuba pelbagaikan menu dengan 1) bubur nasi + carrot; dia macam tak suka pula. Atau adakah sebab bukan ummi yang suap jadi dia tak nak?? (dia makan kat rumah pengasuh-tapi separuh pun tak habis), lepas itu ummi cuba pula 2) bubur nasi + sawi jepun + ayam + kentang; pun tak berapa nak makan juga. Ummi tengah berkira-kira nak buat bubur nasi + ebm semula nak tengok samada dia makan ke tak ni, sebab masa awal-awal, dia makan banyak tau... (ummi tengah confuse ni...)


Banyak nya awak makan, cepat-cepat besar lagi k..





Lihat lah ini aksi-aksi aisyah tengah asyik nak bagi pokok minum. Kalau dibiarkan ni, memang basah lenjun lah baju seluar tu. Seminggu sekali ummi bagi dia peluang bagi pokok minum, tak boleh buat hari-hari, nanti payah pula nak berhentikan dia nanti...

Dan ini gambar paling terkini lah ni. Sangat sedih tau ummi lihat (oh kalian, ummi bukan dera anak k..)


Khadijah kena gigit nyamuk?/semut? selasa lepas (3/2/09). Tapi ummi rasa nyamuk sebab ummi pun kena gigit juga. Padahal dah 2 kali sembut ridsect dah, cuma tak pasang ubat nyamuk elektrik je malam tu, bila ummi sedar tengah malam, tengok adik tidur gelisah je, pastu pasang lah ubat nyamuk. Bangun pagi tu baru perasan mata adik bengkak, pipi, hidung habis merah-merah... Alhamdulillah lah sejak semalam, bengkak, merah semua dah hilang. Lihat lah gambar di bawah ni yea.. cuma adik ada selsema sket-sket lagi.. huhu..

Muka saya baru bangun tidur..

Sekian edisi bergambar kali ini. Oh ya, ummi cuti esok. Tokki dengan nenek aisyah&khadijah datang. Dan kami ada family trip ke CH. Nanti ada kesempatan, ummi update minggu depan k.
Take care semua... thanx for reading!..

Monday, February 2, 2009

time to update..

Since rasa macam dah lama tak berblog, nak buat draf pun tak sempat. Tak tahu mana nak cerita dulu. Anyway, better lah ummi start dgn;

i) the latest check up adik kat klinik paed last two weeks. Berat adik increased to only 5.55kg, tak banyak naik tapi kira naik juga lah kn.. Ok lah tu.. Kali ini kebetulan dapat jumpa dengan Dr Azyati@kak g. Kak g ni antara doktor yang jaga khadijah masa dia di NICU dulu. Suka nya dapat jumpa dia. Kak g cakap berat ok lah ada peningkatan walaupun still bawah range sepatutnya, kena observe hingga tempoh 18bulan, kalau selepas tu masih tak capai berat sepatutnya, baru lah kira underweight. And again, kak g cakap kena banyak-banyak syukur sebab khadijah ni membesar dengan sihat tanpa masalah apa-apa. Dia bagitau, jarang sangat ia berlaku pada baby prem. Kebanyakan yang sama-sama duduk di NICU dengan khadijah dulu,ada yang tak survived, ada juga yang balik umah dengan komplikasi. Khadijah ni considered lucky sebab masa awal-awal tu dia kena neumatoraks and it's a life threatening case.

Dalam hati ummi ucap syukur banyak-banyak. Memang tak pernah lupa untuk bersyukur sejak khadijah disahkan pulih dari kritikal stage hingga lah sekarang. It was a miracle!!!. Ummi masih dapat ingat dengan jelas tiub-tiub yang bergantungan di sekeliling bed tray khadijah itu, keluar bubles, ada ketika ada cecair kunig bercampur darah. Ohh sakitnya ummi dapat rasa khadijah saat itu... Dan ummi percaya, dengan berkat doa semua... Allah berikan kesempatan hidup buat khadijah hingga ke saat ini. Syukur sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah..

Namun, kak g cakap khadijah masih perlu makan ubat, sekurangnya hingga umur setahun. Jadi next appoinment lagi 3 bulan. Moga masih ada perkhabaran indah nanti.

2) Aisyah dah makin banyak ragam, panjang akal, makin banyak vocab baru. Dah boleh sembang telefon dengan nenek dia. Words pronounciation dia pun bagus, beberapa perkatan je yang pelat, sebab tu sangat suka sembang dengan dia. Paling kelakar, bila dia sebut; 'ummi,ada another one'. Pertama kali ummi dengar aisyah sebut ni, apa benda lah ni sambil dia tunjuk-tunjuk kat depan. Bila ummi tengok, rupanya dia nak cakap ada another one car seat. Ada dua lah maksudnya. Memang ada dua pun, sebelum ni adik pakai carseat baby, sekarang ni dah besar, tukar ke carseat aisyah lah.

3) Alhamdulillah master study ummi habis on perfect time juga lah. Sebab weekend ni kami ada family trip ke CH. Kira rewards lah untuk diri ummi sendiri dan bawa makabah jalan-jalan. Dan ada satu lagi good news, big investment juga tapi hold dulu lah share kat sini.

Ummi masih dalam mood tesis ni. Kena struggle siapkan correction within this month walaupun diberi masa 60 hari. Lagi cepat siap, lagi bagus kan...