Friday, January 2, 2009

Aisyah @ 2 years old.

Entry ni patut ummi buat lama dah tapi tunggu nak upload gambar dulu. Apapun takpelah, janji ada kn..
Ingat lagi last friday ummi ada cakap nak bawa aisyah jalan2 pergi alamanda? Hmm..ni nak report sket, a trip tu turned out jadi a brief visit jer. Huhu.. sebabnya aisyah not in the good mood. Bila dalam kul 2 ptg ummi nak amik dia, kakak pengasuh tu bagitahu yg aisyah belum tidur lagi hari ini. Ummi dah agak dah, kalau belum tidur ni, maknanya mood kurang elok sket ni. Tp ummi bawa juga dia pergi sebab dah janji kn. Dia dah nak tidur dalam kete tu, tp ummi cakap jangan lah tidur dulu. Dipendekkan cerita, ummi bawa dia pergi playground kat sebelah parkson tu, spent abt 15-20 mins, pastu ummi ajak dia pergi carrefour lak. Dia taknak, haa menangis lah kawan tu kat situ. Ummi dukung dia,pastu masukkan dalam troli, masuk carrefour tp still mood dia tak baik. Jadi, ummi decide bawak dia balik je lah sebab dia nampak penat. Sebelum balik, stopped kat McD beli set happy meal chicken utk aisyah and prosperity burger utk ummi. Dalam kete on the way balik, aisyah dah tidur dgn bekas air kat tangan dia. Kesian sungguh rupa kawan tu.

Kesimpulannya, trip tu hanya mengambil masa sejam sahaja dan ummi tak sempat nak tengok, beli hadiah utk aisyah. Dan ummi surrender (buat masa ni k) untuk bawa aisyah jalan2 berdua lagi sbb ummi tak larat nak dukung dia kalau tetiba dia jadi luar kawalan. Huhu... Di bawah ni, beberapa kpg gambar aisyah masa di playground alamanda tu..


Sedang leka tu..


Wah serius nyer dia.. Aik marah kat ummi ke?huhu.. apapun, ni lah rambut baru aisyah.. Nampak lah muka dia lagi bulat dengan haircut yg sebegitu rupa. Ummi tak de idea fesyen apa boleh dibuat dgn budak 2 thn tu.. :)


She looks tall gak kn..


This is the 2 years old birthday girl on 26 Dec 2008.

Oh sebelum ummi terlupa, alang2 dah upload gambar ni. Ni ummi attach kan sama gambar sebelum aisyah potong rambut, tgh makan ais krim yea.. Dapat makan ais krim sbb ummi nak pujuk dia dari berhenti bagi pokok minum. Oh aktiviti yg ummi ajar dia beberapa minggu lepas ialah minta dia bagi pokok minum or kata lainnya siram pokok lah kan.. Dia cooperative, sangat suka lah kan tlg ummi. Dan mulut dia akan sibuk cakap 'ummi, mana cawan(bekas dia nak isi air bagi kat pokok tu)?' sambil berlari2 ke dapur, 'ummi, aisyah nak bagi pokok minum', 'ummi, dah siap'. Pastu bila abah dia balik, dia cakaplah 'abah, tadi aisyah bagi pokok bunga minum'. Hmm.. aktiviti yg sangat baik utk dia sebenarnya, sambil kenalkan penting bg air kat pokok, boleh ajar counting juga, control her self motor dgn pegang bekas elok2 utk aim supaya air masuk ke pasu yang betul.

Dan aktiviti tu berlangsung dgn keadaan ummi dukung adik, wah mencabar juga. Dan ada satu episod ni, dia tak nak berhenti ulang alik ambil tadah air dalam bekas pastu siram pokok tu sampai ummi dah takde idea nak pujuk apa lagi, last resort, ummi umpan lah dgn ais krim. Apa lagi, laju je berhenti. Huhu... aisyah aisyah. Jadi, di bawah ni gambar dia dgn ais krim tu lah yea..


tengoklah tu sangat comot makan ais krim. Perasan tak baju dia yg basah tu, ha itu kesan main air tadi lah yea.. Dan perhatikan juga rambutnya yg panjang sebelum dipotong tu..

Adik macam terliur je tgk ais krim tu kan.. Dan adakah anda perasan aisyah pegang teether adik dia tu. Suka juga kekadang tu kacau adik dia..

Sekian.

12 comments:

lia said...

aishah nmpk mcm big girl bler da potong rambut la... kalau xckp dia 2thun, mesti lia ingat da 3-4 tahun...

btw, hepi belated birthday aisyah... semoga jadi anak yg solehah ok...

sayang sikit... muahhh...

mirah said...

owh thank you lia.
a ah ramai ckp dia x macam umur 2 thn, tambah lagi dh byk cakap skrg ni..

Ina Hashim said...

hepi buffday aisyah..moga jadi anak yg baik & solehah...

mirah...aisyah nmpk mcm budak dah besar..tak mcm budak umo 2 thn

mirah said...

tq k ina..

berat dia je dh nk 13kg, tu nmpk chubby jer.. mcm budak besar kn.. padanlah dgn panggilan kakak tu. Dia suka cakap dgn adik dia bahasakan diri dia kakak, cthnya 'jangan lah, ni kakak punya...'
geram je kat dia... hihi

Mommy Harith Hannah said...

Happy (belated) 2nd birthday Aisyah!!! *hugs*

Wah, ader geng laa adek Humaira (nama pon dah samer nie), geng lahir hujung tahun (bulan 12)...

Puteri Satu said...

salam perkenalan dari akak n family....1st time akak visit blog ni..very nice...comelnye aisyah...rambut potong sendiri ye...gudgirl dia ye nak menahan momy dia potongkan rambut...salam perkenalan dari akak ye..

mirah said...

arnie, ye lah blh geng dgn hannah humaira tu.. :)
Tu lah suka dia je nak keluar akhir tahun, ingat lagi just a few days before raya haji gave birth tu aisyah and sehari sblm raya haji, kami konvoi blk kg dgn parents semua lah...

hihi kenangan kenangan..

mirah said...

kak puteri satu (oopss sory tak tahu nama lagi..:))

salam perkenalan juga.
Thanx sudi drop by. Ya rambut potong sendiri. Kalau bwk pegi kedai, sure lagi dia tak nak rasanya.
Sebelum dapat gunting rambut tu, selalau ckp kat dia jom lah ummi gunting rambut, dia ckp tak nak. Ok lah ckp suh abah gunting, dia nak. Bila suh abah gunting betul, tak nak pula dia.. huhu..

Tetiba je hari tu, mood tgh baik kot, dapat 2 kali lak tu gunting dan trim rambut dia smpi jadi lagu tu... hihi..

~Umi.Sufira~ said...

Happy belated birthday Aisyah! semoga jadi anak yang solehah penyejuk hati ibu dan ayah! ewah..first time wish gini..special untuk aisyah..hihihi..

ReMyZiEy said...

salam kak mirah.. wah suda besar aisyah :) adiknya sihat ke?

mirah said...

thanx mimi... amin, mudah2an aisyah membesar spt tu lah...

mirah said...

salam ramzi, yea aisyah sudah besar, dah nk jd anak dara.. hihi..
alhamdulillah khadijah sihat, nnt akk update ttg dia di next entry yea... :)