Friday, November 28, 2008

Summary

Dalam tak menang tangan menyusun jadual utk sepanjang miggu ni, seperti saya mentioned dlm entry lepas, banyak juga perkara yg sungguh terkesan di hati saya. Rupanya kesibukan ini juga membuatkan akal kita jadi semakin aktif berfikir, membuatkan diri makin kuat dan cekal. Ummi bersyukur walaupun mungkin pertolongan tak seberapa, ummi masih mampu uruskan ayah ngah@tok abah sepanjang dia di sini. Juga dapat menjalankan tuntutan dan tanggungjawab diberikan dengan baik. Btw, production susu juga mantain, yang ni memang ummi pun tak sangka, dalam kelam kabut itu, ummi managed pump susu mcm biasa, adalah hari yang skip jadual tapi mesti pump juga di waktu lain. Utk updates, setiap kali ummi perah dapat lah dlm 5-6oz. Alhamdulillah lah. Ummi paste kan gmbr stok susu shingga minggu lepas. Stok bulan 8 dah habis, skrg tgh nak habis kan yg bulan 9 sebab akan expired pd bulan depan.


Allah sentiasa bersama dgn orang2 yang sabar, yang sentiasa mengingatiNya kala senang dan susah.
Dia permudahkan urusan ummi untuk menguruskan dua anak kecil itu sendirian sepanjang minggu ini dan semuanya berjalan dengan baik. Adik pun macam faham2 je, lepas mandikan dia maghrib tu, dia akan minum susu dan tidur. Jadi sempatlah ummi mandi dan solat dgn tenang. Aisyah pun not bad, ok juga, cuma ada lah waktu-waktu dia moody, dia mengamuk juga tapi masih ummi terima dgn akal waras ini. Abah hampir tiap2 hari dalam minggu ni blk kul 3am. Sempat jumpa anak-anak sekejap je di waktu pagi. Takpelah, ummi pun kena cuba memahami tugas abah. Projek ni pun penting utk prospek keje dia akan datang.

Moga-moga kita sentiasa hadapi hari mendatang dengan tenang dan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Seringkali terdengar ayat ini dibualkan akhir-akhir ini 'Tuhan sedang 'berbicara' dengan kita'. Ya memang benar.

Sekian.

9 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Wow! banyaknya stok EBM ..hihihi... cepat2 pusingkan balik stok jangan sampai ada yang expired..sayang hasil penat lelah pumping tu=D

Mommy Harith Hannah said...

mirah,
takutnya tgk stok ebm yg kat tepi pintu fridge tue... tak jatuh ker tue? hehhe... saya plak yg risau...

btw, agree dgn ayat2 mirah yg last tue... recently, feels that "Allah bayar tunai".. maksud saya, apa yg kita buat, be it baik atau buruk, pasti akan di balas segera (from my own experience), xperlu tunggu lama2...
Allahu akbar!

mirah said...

mimi, tu lah kena cepat2 habis kan. Byk juga stok bulan 9 sbb dlm puasa hari tu susu kira byk gak lah. InsyaAllah sempat ni.

Arnie,
hihi org lain pula risau ehh..
mirah mula tu risau gak, tp sebenarnya ok je, jgn hempas pintu tu dah lah. Sbb tak cukup space, kna letak kat situ. kalau susun btol mlo, brapa je blh muat.

Bila kita rasa bahawa Allah itu dekat dan hadir dalam setiap ruang kita, baru kita tau nikmat dan menghargainya kan.
Ada hikmah di sebalik semua kesusahan itu..

lia said...

wahhh...sungguh byk stok EBM.... suka nyer lia tgk...(tumpang hepi utk ibu lain he3)

bg lia lak, yg Allah xbayar tunai 2... may b sbb nk duga lg hambaNya ni... mcm lia la 2 he3 tp still, Alhmdlh Allah byk tlng lia utk tetap full bf amsyar. syukur....

mirah said...

thanx lia..
ya lia, kalau Allah tak makbulkan doa kita skrg, bukan bermakna Dia tak endahkan permiintaan kita, ataupun tiada kasih sayang Dia pd kita. Semuanya pasti ada hikmah sbb hanya Dia yang tau sbb kita semua ni milikNya jua.

ReMyZiEy said...

er blog ini cam tak sesuai untuk org bujang je..

mirah said...

boleh je ramzi, utk bekalan ilum persediaan bila dah tiba masanya nnt..
nanti buat entry baru, skrg tak sempat k..

sayangibu said...

mamamirah...tahniah sbb berjaya mengumpul stok dgn jayanya..suka tengok stok byk2 tu...:)

ummu_naqeebah said...

tahniah mira dapat fully b'feed baby. terkenang masa akak dulu collect ebm utk habil. samapi tumpang fridge kat lab. mmm, untuk jimat space akak dulu pakai sarong aiskrim. heheheh jimat cuma agak nipis.tapi tak leh terus rendam air panas. kena defrost dulu. tapi kira bykla jimat space nyer