Friday, October 7, 2011

Umrah bersama anak-anak - siri akhir

Untuk entries sebelumnya:
http://nmirah.blogspot.com/2011/07/umrah-dengan-anak-anak-1.html
http://nmirah.blogspot.com/2011/08/umrah-bersama-anak-anak-2.html
http://nmirah.blogspot.com/2011/08/umrah-bersama-anak-anak-3.html

 
Dalam perjalanan ke Madinah
Berselera makan ikan goreng setelah sekian lama tak jumpa lauk ikan. Seekor 10 riyal.

Di hadapan Bukit Uhud
Berlatarbelakangkan Bukit Uhud
Di Airport Madinah. Bersedia untuk pulang ke tanah air. Kami pergi dan balik menggunakan Saudi Air. Masa pergi semua ok, bila balik, kami dapat tiket berlainan tempat. Merata-rata kami anak-beranak terpisah. Mana boleh macam tu kan. Dan penerbangan dari Madinah akan transit ambil penumpang di Jeddah. Di Jeddah, masalah timbul apabila seats yang kami duduk adalah seats orang lain. Sebelum tu, saya bercakap dengan cabin crew yang kami keluarga dan bawa anak-anak jadi nak satu row kalau dapat. Dia janji akan selesaikan masalah kami. Dia ketua kabin ke supervisor, saya lupa dah tapi dia memang cekap. Kami berterima kasih pada dia sebab akhirnya kami dapat duduk satu row. Anak-anak masa tu tengah tidur, kami terpaksa angkat dan dukung sementara menanti urusan selesaipun mereka tak terbangun. Transit yang sepatutnya sejam jadi dua jam. Memang pengalaman tak boleh lupa.
Mereka tidur sepanjang perjalanan lebih kurang 7 jam lebih dan pada jam terakhir baru bangun. Masa ini mata saya semakin kemerahan. Infeksi rasanya sebab debu yang banyak di sana.
 
Tak duduk diam mereka ni. Biarkan saja sebab dah nak sampai.
Ok saya habiskan cerita umrah ini. Saya memang bukan seorang penulis yang baik. Di atas, beberapa keping gambar kami di Madiinah dan dalam perjalanan pulang. Apa yang saya nak simpulkan ialah, perjalanan menunaikan umrah dengan membawa anak-anak kecil itu bukan sesuatu yang mustahil ataupun menyusahkan. Percayalah, bila kita yakin pada Allah, Dia pasti permudahkan urusan kita. Anak-anak saya sampai sekarang asyik sebut seronoknya ke Mekah dan Madinah dan mereka nak pergi lagi. InsyaAllah moga Allah lapangkan lagi rezeki kami akan datang. 

Saya sendiripun rasa rindu sungguh untuk kembali ke sana, tambah-tambah lagi umrah tempoh hari tak sempat menziarah ke Raudhah. InsyaAllah..kami akan kembali ke sana lagi. Amin. Cabaran beramal pun terasa aman sahaja di sana. Tiada banyak benda nak difikirkan, dirisaukan. Bila ke masjidil haram, solat maghrib dan sambil menunggu solat isyak, dapat buat solat sunat, membaca al-quran dan juga di setiap waktu solat lain. Tapi, bila balik ke sini, nak istiqamah itu sungguhlah payah. Moga Allah berikan saya kekuatan untuk memperbanyakkan amal ibadat tak kira di mana berada. Amin.

5 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

seronoknya kalau anak2 behave tak jdk hal nak bawak jauh-jauh :):)

Pensil Magik said...

sangat "cemburu" dengan mirah dan anak-anak yang dapat menunaikan umrah.. tapi saya tetap seronok lihat mirah sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke sana.. bagus khadiajah dgn aisyah well behaved mereka ye .. :) kalau ada rezeki boleh pegi sekali lagi kan .. su dan keluarga pun harap dapat ke sana juga nanti.. amin.

mirah said...

K Mieja,
tengok mood juga kak diaorg ni. Tp still blh kawal lah. Contoh masa g bigbadwolf book fair baru2 ni. Khadijah nak tidur sangat dah, dia suh saya dukung, saya cakap tak boleh, suh duk atas carrier dgn abah dia, dia tak nak. Pujuk punya pujuk, agaknya mengantuk sgt dah kot, dia pasrah tapi itupun nangis-nangis, kenalah tepuk2 dia dlm carrier tu smpi dia lelap baru lah aman.

Sue,
InsyaAllah moga akan datang ada rezeki sue dan keluarga juga.. :)

Unknown said...

assalamualaikum..salam perkenalan..terima kasih kerana berkongsi pengalaman membawa anak2 kecil pergi umrah..sy pun bercadang mahu membawa anak kecil..tetapi dlm masa yg sama risau dgn keadaan mereka disana..

mqaizerm said...

Akum kak,kalo ms tawaf,blh dukung anak 2thn yg masih on diapers tak?