Ini entry pertama kali melawat klinik gigi bulan Julai lepas. Nurse cakap kena datang lagi 6 bulan. Eh ummi nya tak sabar tunggu, sebab rasa macam dah lama, rupanya baru 3 bulan, jadi pagi tadi bawa anak-anak ke klinik gigi lagi. Sebenarnya, ada 2 perkara yang membuatkan nak cepat-cepat bawa anak-anak ini ialah pertama, risaukan gigi khadijah yang nampak macam ada karies (yang putih-putih tu), pastu kebetulan tengah cuti semster pendek, tak ramai orang di pusat kesihatan uni. maka, itu yang gigih bawa pergi. Bila saya semak entry lepas, rupanya baru je lagi mereka pergi. Takpelah, dah selesaipun.
Kali ini anak-anak sangat behave. Saya janji, siapa bagi nurse check gigi dia, nanti ummi belikan ais krim. Semua cakap nak. ok kita tengok macam mana nanti. Dan mereka buktikan mereka memang layak dapat ais krim tu. Mula-mula Aisyah dulu, nurse check gigi semua elok, bersih dan jumpa satu lubang kecil. Jadi, kena tampal. Risau dia tak nak, tapi rupanya dia ok je. Sekejap je dah siap. Lepas tu, turn khadijah pula. Dia tak nak baring sendiri, maka dia baring atas saya kat kerusi tu. Senak perut ummi, khadijah.. Bila check, jumpa satu gigi yang macam berlubang di bawah, ini gigi depan dia, nurse pun cuci dan tampal. Kemudian, nurse berus kan gigi dia, polish sket dan saya minta nurse tu tengokkan gigi yang saya risau macam nak reput tu. Nurse cakap itu kesan plak campur dengan karies, memang kalau biar, akan reput gigi tu di bahagian tunggul. Keseluruhan, nurse cakap gigi mereka sangat ok, teruskan memberus gigi dan pastikan sebelum tidur, since khadijah still minum susu guna botol susu, kena wipe gigi dia dengan kain bersih dulu supaya bakteria tak mudah membiak. Dan yang bestnya, hanya kena charge RM 30 untuk dua orang kanak-kanak itu (itupun boleh claim balik). Saya rasa murah lah, sebab tak pernah cuba di klinik gigi swasta pun sebenarnya.. :)
Gambar tak ambil kali ini sebab saya lebih concern kan biar anak-anak selesa dan rasa selamat dengan saya di sebelah mereka. Bila tanya Aisyah dan Khadijah, macam mana sakit ke jumpa nurse tadi? Mereka jawab tak dan Aisyah cakap 'seronoknya, ummi..' Wah sampai dah keluar perkataan seoronok tu memang dah kira sangat bagus lah kan. Jadi, 6 bulan lagi kita datang lagi ya.
Tapi, nak cerita juga lah sebelum sampai klinik tu, saya dok ulang kali cakap, jangan takut, bukan sakit pun nurse buat. Nurse cuma nak tengok je bla..bla.. Pastu Aisyah cakap, 'ala ummi masa kecik pun nangis juga jumpa doktor gigi kan'. Eh ummi pula yang kena. Ummi dia jawab dengan ayat cover lah kan, 'eh mana ada nangis, dulu nenek pun bawa ummi pergi klinik gigi jumpa doktor juga, sebab tu gigi ummi ok' (sorry ya aisyah, kalau nak tahu, dulu lagi horror tau jumpa nurse. Sekali nak tampal gigi tu rasa bergegar satu badan, tak macam sekarang, siap guna laser, tak sampai seminit dah siap, cantik pula warna putih ikut warna gigi, tak hitam macam dulu). Dia tanya lagi, 'kenapa gigi ummi besar?'. Nasib lah nak kena bersoal jawab dalam kereta dengan aisyah ni. Pastu explain lah 'gigi aisyah gigi susu, lepas ni bila umur 7-8 tahun kalau gigi susu ni patah, baru tumbuh gigi kekal macam orang dewasa sekarang ni..' pastu dia tanya lagi, 'lepas gigi kekal patah, gigi apa pula?' 'Kalau gigi kekal patah, dah takde gigi baru tumbuh, sebab itu kena jaga gigi betul-betul. Ataupun kena pakai gigi palsu. Kena pergi buat kat kedai'. Pastu mujur dah sampai klinik. Habis soal jawab kat situ. Bila dia jumpa abah dia kat klinik, dia cerita balik lah yang dia sembang dengan saya tadi. Wah dia belajar sesuatu yang baru hari ini saya rasa. Abah nya pergi naik motor, sebab nak terus pergi kerja. Kalau tak minta abah mereka ikut sekali, mahu kalut nak uruskan dua-dua. Itu mujurlah ok tadi, kalau ada drama, ha tak nak imagine lah...Ok lah lega nya rasa. mak nya yang over kan.. Jadi, anak-anak petang ni kita makan ais krim ya.. :)
No comments:
Post a Comment