Saya perlu segerakan sambungan
entry ini sebelum saya terlupa semua kenangan di sana.
Umrah pertama. Kami siap sedia untuk ikut mutawif mengerjakan umrah lebih kurang pukul 10.30 malam waktu sana. Lebih kurang 3.30 pagi waktu Malaysia. Ustaz sarankan kami bergilir semasa tawaf nanti dan bawa kerusi roda semasa saei untuk tolak anak-anak. Jadi, saya, suami dan adik ipar buat tawaf dahulu. Abah dan mak mertua saya jagakan anak-anak. Mujur mereka baik-baik saja masa ni. Selesai tawaf, kami bergerak ke tempat saei tetapi tunggu abah dengan mak siap tawaf dulu. Mulalah bebudak ni duduk tak diam. Aisyah dah terlelap sementara menunggu tu, masa inilah bergunanya bawa bekal biskut, boleh buat mereka leka. Penat tak usah ceritalah sebab belum sempat nak rehat lama sesudah sampai dari airport tadi. Alhamdulillah akhirnya selesai jugalah umrah kali pertama kami. Moga Allah terima amalan kami.
Hari ke-2. Tiada program umrah diatur pada hari ini,jemaah disarankan berehat kerana esoknya akan miqat di Ji'ranah pula. Kami berehat dan menikmati keindahan di sekitar masjidil haram itu. Tenang sungguh rasa dapat solat di masjid tersebut. Mula-mula kami bawa anak-anak solat di bahagian bawah masjid, tapi terlalu ramai orang, diaorang ni pun tak selesa. Selepas itu, kami cuba solat di bahagian atas, lebih selesa, bebudak inipun suka. Jadi, memang tiap-tiap hari solat di bahagian atas je kalau bawa anak-anak ke masjid.
|
Tolak kerusi roda dengan anak-anak.. Saei yang pertama. |
|
Alhamdulillah merasa menjejak kaki ke sana. |
|
Pandangan masjidilharam di sian hari. Ini waktu pagi sekitar jam 7 pagi, gerak ke masjid untuk solat dhuha. |
Hari Ke-3.
|
Di hadapan Jabal Thur |
|
Ramai peniaga jalanan. Kat sini berdebu sungguh. Boleh nampak debu tu naik. Kasihan anak-anak. Sebab itu kami sekejap je kat tanah lapang tu, kemudian terus naik bas. |
|
Jabal Nur. Ada orang tengah panjat tu. |
|
Di Jabal Rahmah, tapi tiada gambar kamipun. Berebut-rebut orang nak berdoa depan tanda tu. Sampai hitam separuh batu tu kan. Kat sini mujarab doa untuk dapatkan jodoh, panjangkan jodoh, dapat anak dan sebagainya. InsyaAllah.. Kerana di sinilah tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah diturunkan ke mukabumi oleh Allah. |
|
Banyak juga jualan. Saya dan Aisyah. Khadijah tak naik, dia tunggu kat bawah dengan atuk dia. |
|
Aisyah di Masjid di Ji'ranah. Miqat umrah di sana. |
|
Sedang layan makan gula-gula lah tu masing-masing.. |
|
|
|
|
|
Ini gambar di Jabal Rahmah tadi. Dapatlah embil gambar dengan unta, itupun bebudak ni semua takut. 5 riyal untuk gambar yang diambil guna kamera sendiri. |
|
Khadijah cuba melarikan diri dari naik unta tadi.. |
Saya sertakan gambar dan
caption sahaja. Nak cerita lebih mendalam, memang keuntukan masa.
Entry ini pun sudah berapa lama tertangguh. Nanti saya sambung lagi ya.
Selamat menyambut Ramadhan dan Beramal.
6 comments:
bestnya dah sampai sana.
selamat menjalani ibadah puasa ya mirah
terngat zaman skolah menenagh dulu pergi ke sana menunaikan umrah dgn family... rasa rindu sgt nak pegi lagi...
tq for your entry. tatau kenapa, lepas baca entries umrah kamu, saya seakan berazam, nak target buat umrah next year.
selalu tiap2 tahun bajet nak bercuti, tapi tak terfikir nak buat umrah sbb takut anak kecik berdua.
but i somehow feel so touched with your entries and i believe allah knows best kalau kita niat nak bawak kids. :)
love your umrah entries so much. very helpful, macam pendorong juga ;)
Rozy,
thanx. ya juga untuk Rozy selamat berpuasa.
Nurull,
kamipun rindu nak ke sana lagi. Moga Allah kembali jemput kita ke sana. AMin.. :)
Shila,
U r welcome.
InsyaAllah niat yang baik itu Allah pasti mudahkan. Ya betul, saya tak nafikan saya juga risau bila mula-mula nak bawa anak, tapi lepas tu pupuk hati rasa redha dan tawakal. Alhamdulillah, ia tidak sukar sebenarnya pun.
Post a Comment