Rasa nak pergi lagi tempat ini..
|
Pulau Perhentian |
|
Batu-batu karang |
|
Saya pun join mereka snorkeling tau. Sebab jika lama-lama duk atas bot tu, mahu muntah rasanya mabuk laut. |
Tetiba rasa mood nak bercuti pula. Tapi, sudah tentu lah tak boleh nak pergi pulau sekarang ini, laut tengah bergelora, dah nak masuk musim tengkujuh. Beberapa gambar di atas masa kami ke Pulau Perhentian tahun lepas. Seronok tau, terasa-rasa sejuk air laut tu, pastu subhanallah cantiknya makhluk Allah bawa laut itu. Tapi satu bila teringat balik, masa aktiviti kejar penyu tu, masa tu memang tengah laut, bila pembantu bot tu cakap ok terjun sekarang siapa yang nak tengok penyu, memang terjun lah kan, berenang punya tak sedar, bila naik ke permukaan, tengok saya tertinggal jauh sorang-sorang kat belakang bot. Panik jap. Tapi, kawal diri, sebab jika tak, mahu tenggelam tak dapat berenang dan kawal pernafasan. Nak jerit confirm lah tak boleh kan, nak lambai-lambai pun tangan nak menguak berenang, dah lah skill berenang tahap amatur lagi, Alhamdulillah panjang umur lagi. Sebab itu belajar berenang ni bagus kan, ia menjadikan kita mampu kawal diri, fizikal dan pemikiran kita. Saya ingat nak enrol aisyah belajar berenang, pastu nak join sekali, tapi tidaklah nampaknya untuk saya sehingga tahun depan. Untuk aisyah, insyaAllah lah kot.
Satu lagi tempat nak pergi lagi ialah Cameron Highland. Dah beberapa kali pergi pun macam tak puas. Sebab apapun tak tahu, sebab sejuk je kot.
|
Di ladang Teh Boh. Masa ni hujan renyai-renyai. Tudung aisyah tertinggal dalam kereta sebab dia naik kereta atuk dia, maka kena pinjam topi pakcik dia. |
|
Anak-anak saya dan sepupu mereka. Ini masa awal tahun ini. Tahun 2009 pun kami dah ke sana. |
Kenapa bercerita pasal cuti ni ya? Agaknya, dah penat kot ni dah nak hampir akhir tahun, biasanya ada
family trip ke mana-mana kan. Untuk tahun ini, tak pasti lagi. Tengah merancang. Sudah lama rasa tak ambil cuti. Yang pasti, sebab kami suka berkumpul bercuti ramai-ramai, maka destinasi dalam negara masih menjadi pilihan utama. Dan memudahkan untuk yang ada anak-anak kecil ni. Dan paling dekat, nak balik kampung untuk cuti raya haji nanti. Seronoknya..
Guys, apa perancangan akhir tahun kalian?... :)
2 comments:
Nak pegi medan hujung tahun ni... yeay..
bestnya tu kak. Kami plan g bandung bln 3 thn dpn, tp nampak gaya mcm saya tak dapat join mereka..Huhu bukan rezeki saya kali ini agaknya..
Post a Comment