Friday, July 29, 2011

30 tahun

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur saya hingga mencecah 30 tahun hari ini. 30 tahun sudah berlalu, berapa hari lagikah yang tinggal sebelum kembali dijemput pulang? Allahuakbar. Moga pengakhiran yang husnul khatimah yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah. Ada orang kata, welcome to the 3 series.. hihi angka itu tidak penting, yang penting hati dan iman. Moga saya juga tergolong dalam mereka  yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Mencecah usia 30-an ini, apa yang saya harapkan ia lebih mematangkan saya, lebih mendekatkan diri saya pada Allah. Sejauh mana kita pergi dan berjaya, ingatlah semua itu dalam kehendakNya. Moga saya juga sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur. Moga saya berjaya menjadi anak yang baik, isteri yang solehah, ibu yang baik pada anak-anak, kakak dan adik yang baik pada ahli keluarga, sahabat yang baik dan pekerja  yang baik. Saya masih belajar tentang kehidupan, maka bantulah saya dalam menjalani kehidupan ini.

Saya ingin kembali ke sini...
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya, berikanlah saya kekuatan dan kesabaran menghadapi kehidupan sehari-harian, murahkanlah kami dengan rezekiMu yang halal dan diberkati. Matikanlah saya dalam iman dan kalimahMu yang agung Lailahaillallah.. Amin ya rabbal alamin.


4 comments:

Nadiah Sidek said...

happy birthday kak! nadiah pun insyaAllah tahun depan ikut jejak langkah akak jugak..masuk kelab 3 siri! hihi..

Shima Md. Zahar said...

selamat ulang tahun..

saya pun rindu hendak kembali kesana.. insyaAllah..

lia said...

selamat hari lahir...

gembira sbb ada kawan blogger da jejak kaki d sana... semoga d mudahkan laluan kami pula...

mirah said...

Nadiah, terima kasih.
Betullah umur itu hanya angka. Hanya iman dan takwa membezakannya.. :)

Shima,
terima kasih.
InsyaAllah, moga Allah berikan lagi kita kesempatan.. :)

Lia,
terima kasih.
InsyaAllah akan tiba giliran Lia pula.. :)