Friday, August 19, 2011

Kisah Ramadhan ini

Hari ini dah Ramadhan yang ke-19 pun. Baru gigih nak taip entry ini. Alhamdulillah Allah masih beri nikmat puasa tahun ini. Aisyah ada hari dia puasa separuh hari, pernah ada sampai pukul 5 petang pun, dan ada juga dia tak puasa. Kami tak tegas sangat berkenaan puasa ni pada dia sebab lihat umur dia baru 4 tahun 8 bulan. Percubaan untuk puasa tu dah ada, kira insyaAllah lah tahun depan boleh dia puasa penuh sehari pula. Iyalah macam mana dia nak tahan puasa sampai tiba waktu berbuka, kejut bangun sahur pun tak nak bangun. Oh dia sungguh drama queen tau bab kejut bangun pagi ni. Kalau tersilap mood, harus dengar dia menangis dulu dan sampai ke sekolah pun pernah merah-merah hidung mata semua. Saya mengalah betul dengar dia menangis pagi-pagi ni, hah serah kat abah dia je. Hihi..

Alhamdulillah setakat ini belum menyinggah bazar ramadhan lagi lah. Lauk-pauk memang masak sendiri, bukan apa kalau beli kan sahur nak kena masak gak, sama je penatnya, baik masak untuk berbuka pastu boleh buat sahur sekali. melainkan kalau berbuka dengan mee/ nasi goreng, jadi kena juga lah masak sahur tu. Satu lagi, sebab lauk tu juga untuk bekal Khadijah pergi rumah pengasuh dia. Ha kan banyak implikasinya tu kalau tak masak. Maka, gigih dan redha je lah masak, untuk suami dan anak-anak juga kan. Suami pernahlah beli kuih kat gerai masa adik-adik ipar datang berbuka di rumah tempoh hari. Sebenarnya, ok je pun masak. Balik kan 4.30 pm, ambil anak-anak paling lambat pun 5.15 petang dah sampai rumah. Pastu keluarkan lauk basah, rendam air. Solat Asar, lepas tu mulalah masak. Setakat 2-3 jenis lauk tu InsyaAllah sempat. Tapi, riuh rendah juga lah dengan anak-anak nak itu, nak ini, tak campur minum air tumpah, makan berterabur lagi tu. Kalau takde abah mereka tolong layan mereka, harus rasa nak menangis juga melayan karenah anak-anak ni terutama Khadijah lah.

Alhamdulillah juga tahun ini dapat berterawih di masjid. Aisyah dengan Khadijah teruja bila bawa ke masjid. Mereka pandai behave lah, setakat ini ok lagi lah. Saya pilih saf belakang dan solat paling hujung sebab Khadijah dengan Aisyah akan solat sebelah saya. Tunggang langgang tak kisah, eh tapi mereka ikut imam juga tau. Aisyah ok lah dia dah hafal semua bacaan dalam solat, maka dia proper sikitlah solat, Khadijah je lah kekadang nak terbalik saya pun ada, kaki dia tu aktif betul. Hihi.. Dan saya pesan kita lepas habis solat Isyak, kita solat terawih 4 kali tau. Kami buat 8 rakaat je. Jadi, setiap kali habis 2 rakaat tu, Khadijah akan tanya, ummi, tinggal berapa lagi? siap dengan kira dengan tangan dia. Comel je dengan telekung masing-masing. Satu yang nenek belikan, satu yang atuk dia belikan. Bila dah masuk hari ke-19 ni, mereka agak hilang tumpuan nak solat, biasalah anak-anak kecil mana boleh fokus sesuatu benda tu lama-lama kan. Beberapa malam ini, mereka dah mula cari kawan nak main. Saya ajak solat dulu, then baru bagi mereka main. Aisyah boleh lah dengar cakap, Khadijah dia ikut kepala dia je. Takpelah yang penting kenalkan pada mereka pada masjid itu lebih utama. Saya percaya mereka dah terbiasa dan boleh behave di masjid sebab kami biasa bawa mereka mendengar kuliah atau ceramah di masjid dan juga pengalaman di masjidilharam yang baru lepas. Dan saya pakaikan khadijah diapers juga bila ke masjid walaupun sebenarnya dia dah diaperless sejak sebulan lepas, cuma hanya pakai bila waktu tidur sebab dia masih belum boleh mengawalnya masa dia tidur. Sebab saya risau kan tengah-tengah solat nak kena bawa dia ke tandas pula, kan mencabar tu. Lagi pula, kami buat 8 rakaat je, dalam pukul 9.30 malam tu dah balik kebiasaannya.

Saya seronok di masjid berdekatan rumah kami ini kerana tidak menghalang kanak-kanak ke masjid sama. Anak-anak perlu dibiasakan dari kecil untuk solat di masjid atau surau. Ingat lagi masa saya kecil-kecil, ikut abah pergi solat terawih dan kekadang solat subuh berjemaah di surau dekat rumah kami. Saya sungguh seronok waktu itu walaupun ke surau sebab nak jumpa kawan-kawan je, tetapi kebiasaan itulah membuatkan saya terasa dekat dengan rumah Allah, menjadi kebiasaan di kampus dan alhamdulillah sekarang juga. Saya masih ingat, jika hari jumaat kan, di surau adakan solat subuh dengan sujud sejadah, dalam perjalanan ke surau, sempat hafal bacaan zikir tu dengan abah. Betapa pantasnya masa berlalu. Saya rindu  zaman kanak-kanak itu.


2 comments:

Pensil Magik said...

salam mirah,
seronok sgt baca entry mirah bawak anak2 pegi surau utk terawih.. su belum berkesempatan lagi sebb masih ada yg kecik2.. jadi mmg susah lah.. buat juga di rumah walaupun kadang2 tak sempat.. harap2 taun depan dapat mantapkan lagi.. aisyah dah puasa ye .. bagusnya.. bijak2.. moga jadi anak soleh ya aisyah dan khadijah.. mirah balik mana raya ni ?

mirah said...

salam su,
takpe, mmg masa ada baby mcm tu lah. Kena berkorban, dapat buat sendiri kat rumah pun takpe.

Aisyah belum puasa penuh lagi. Kekadang separuh hari je, kekadang tak puasa pun ada. Hihi tapi dia dah tahu lah macamana puasa tu.

Raya ni mirah balik muar pastu balik trg. Su pula balik ke mana?