Thursday, August 25, 2011

Di Penghujung Ramadhan

Ya Allah, moga-moga dapat terus mengambil sebanyak mungkin rahmatMu di akhir Ramadhan ini. Masing-masing dah ingat nak balik kampung, kami juga tak terkecuali cuma belum 'lalu' lagi nak kemas baju, barang2 nak bawa balik kampung selama lebih kurang 10 hari ini boleh tahan juga banyaknya. Baju-baju belum lipat pun banyak lagi, sedikit keletihan akhir-akhir ini. Anak-anak saya tengah batuk dan selsema. Khadijah lah yang nampak teruk sedikit. Saya dah start bagi ubat, risau ia melarat lebih teruk waktu-waktu nak raya nanti. Bila balik kampung, susah nak cari klinik yang buka 24 jam. Moga-moga cepat baik lah anakanda berdua itu.

Aisyah dan Khadijah siap sedia nak berterawih di masjid.
Sorry gambar ni gelap dan blur. Baru balik dari masjid. Siap ada makanan moreh kat masjid tadi kat tangan mereka. Kami pergi naik motor je, seronok anak-anak dah habis terawih, abah dia pusing-pusing sekitar perumahan tengok lampu kelip-kelip.. hihi
 Kita masih ada peluang untuk raikan Ramadhan yang semakin berlalu ini. Apa yang penting, tingkatkan amalan, banyakkan zikir dan sedekah, jauhi kemungkaran dan mencari keredhaanNya. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang dirahmatiNya. Amin.

4 comments:

Nurull 101 said...

comelnye ank2.. umur diorang dah bape tahun...bila awk start bwk ank2 ke masjid? saya teringin nak ke masjid. Tp ank belom diaperless lagi. Sbb saya baca, makruh ank yg tak potty train ke masjid...

mirah said...

thanx nurull,
anak2 saya 3 dan 5 thn. Anak yg kedua tu, tgh potty train, tapi bila pergi masjid, saya pakaikan diapers juga.

Sebenarnya, boleh bawa anak kecil ke masjid, carilah barisan akhir dan duduk paling hujung jika nak anak duk sebelah kita. Kalau anak boleh solat sendiri kat blkg, lagi baik. Sebenarnya, ikut tuntutan agama yang betul, anak-anak kecil patut duduk di barisan depan kita. Ok saya beberapa kali dgr ustaz stress kan perkara ni. Mula-mula imam, kemudian makmum lelaki di belakang dia, kemudian golongan yang khunsa, kemudian anak-anak ekcil dan akhir sekali baru saf wanita. Maaf saya lupa mana ustaz tu quote.

Tapi, knowing masjid kita kat malaysia ni kan, ramai yang tipikal bila bawa anak kecil ke masjid, tapi saya bawa juga, untuk beri pendedahan pd anak2. Jika di masjidilharam tu, orang tak kisahpun anak-anak tu menangis ke, tidur ke sebelah mak dia. Kalau tgh solat tu, memang boleh dengar suara kanak-kanak menangis je, tp takde sapa marah pun..

Nurull, cubalah bawa anak ke masjid.. :)

lia said...

lia pon sama, x pernah g bawak AMsyar p solat kat masjid... x konfiden nak handle

Nurull 101 said...

i'allah...maybe tahun depan, ank sy dah masuk 3 thn.. saya cuba bwk ke masjid...tp mmg betol ckp awk, kat masjidil haram mmg ramai je budak2 kecik. Even baby2 pon ada. Ada yg tgh smyg tu, ambik dan letak balik ank dia. Tp, tataula plak mazhab ape die pakai kan.. ehhe.. anyway, thanks for the info