Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Selamat balik kampung. Hati-hati dalam perjalanan. Moga hari-hari terakhir Ramadhan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya  (until to the fullest - bak kata mat saleh lah kan :) ). InsyaAllah kami balik Muar esok. Dan gerak ke Kota Tinggi dan raya kedua pulang ke Terengganu. Perjalanan yang panjang pastinya, namun demi meraikan pertemuan keluarga, di mana hari raya beginilah adik-beradik, saudara mara berkumpul, maka gigih juga lah bermusafir. Seronok juga bermusafir ni, banyak pengalaman baru, benda baru dapat dilihat dan dibelajar. Moga perjalanan kami berjalan lancar dan diredhai Allah swt. Saya juga doakan hari raya kalian berjalan lancar dan dalam redha Allah juga.

Aidilfitri itu sendiri membawa maksud kembali kepada fitrah. Banyak yang saya perlu muhasabah ini, banyak yang tersasar contohnya dalam pembelian baju raya anak-anak dan saya sendiri. Huhu beli secara berperingkat, akhir sekali sedar ia seolah melebihi keperluan. Mm..alasan takpelah setahun sekali je beli itu memang benar tapi, ia mengundang rasa insaf bila terkenangkan saudara seagama yang lebih memerlukan, bukan soal baju raya tapi soal apa nak makan untuk berbuka. Allahuakbar. Ampunkanlah hambaMu ini duhai Tuhan. Moga masih ada amal jariah yang kami lakukan dihitung sebagai timbangan kelak. Bab kuih raya, Alhamdulillah tahun ini berjaya mengurangkannya, pengalaman beberapa tahun ini asyik membazir memang memberi erti besar. Selain beli untuk dibawa pulang ke kampung, tinggal sebekas dua sahaja di rumah, itupun Aisyah dah hampir habiskan satu balang biskut samprit. I wonder bagaimana dia suka biskut tu? Tapi, saya pun suka juga biskut samprit Dahlia. Oh all time favorite tu kalau mak saya buat masa kecil-kecil dulu. So like mother like daughter lah kan..Hihi.

Banyak lagi sudut yang boleh diperbaiki, bukan dari segi material yang nampak sahaja. Cuba hitung pula berapa banyak bangun malam dan doa serta helaian Al-quran yang dibaca? Juga sedekah yang diberikan? Saya tanya pada diri saya sebenarnya ini. Allahuakbar. Bagaimana menghayati syukur pada segala nikmatNya ini? 

Jadi, bagaimana kita ingin kembali ke fitrah seorang hamba setelah menerima tarbiyah Ramadhan sepanjang sebulan ini? Moga lahirlah insan yang lebih baik dari sebelumnya agar dapat menjadi bekal sebelas bulan lagi yang mendatang sebelum ketemu madrasah Ramadhan lagi. Jika Allah masih panjangkan umur kita.

Salam Aidilfitri 1432H. Saya mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan saya sepanjang menulis di blog ini. Moga dapat ketemu lagi pada masa akan datang.


Thursday, August 25, 2011

Di Penghujung Ramadhan

Ya Allah, moga-moga dapat terus mengambil sebanyak mungkin rahmatMu di akhir Ramadhan ini. Masing-masing dah ingat nak balik kampung, kami juga tak terkecuali cuma belum 'lalu' lagi nak kemas baju, barang2 nak bawa balik kampung selama lebih kurang 10 hari ini boleh tahan juga banyaknya. Baju-baju belum lipat pun banyak lagi, sedikit keletihan akhir-akhir ini. Anak-anak saya tengah batuk dan selsema. Khadijah lah yang nampak teruk sedikit. Saya dah start bagi ubat, risau ia melarat lebih teruk waktu-waktu nak raya nanti. Bila balik kampung, susah nak cari klinik yang buka 24 jam. Moga-moga cepat baik lah anakanda berdua itu.

Aisyah dan Khadijah siap sedia nak berterawih di masjid.
Sorry gambar ni gelap dan blur. Baru balik dari masjid. Siap ada makanan moreh kat masjid tadi kat tangan mereka. Kami pergi naik motor je, seronok anak-anak dah habis terawih, abah dia pusing-pusing sekitar perumahan tengok lampu kelip-kelip.. hihi
 Kita masih ada peluang untuk raikan Ramadhan yang semakin berlalu ini. Apa yang penting, tingkatkan amalan, banyakkan zikir dan sedekah, jauhi kemungkaran dan mencari keredhaanNya. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang dirahmatiNya. Amin.

Friday, August 19, 2011

Kisah Ramadhan ini

Hari ini dah Ramadhan yang ke-19 pun. Baru gigih nak taip entry ini. Alhamdulillah Allah masih beri nikmat puasa tahun ini. Aisyah ada hari dia puasa separuh hari, pernah ada sampai pukul 5 petang pun, dan ada juga dia tak puasa. Kami tak tegas sangat berkenaan puasa ni pada dia sebab lihat umur dia baru 4 tahun 8 bulan. Percubaan untuk puasa tu dah ada, kira insyaAllah lah tahun depan boleh dia puasa penuh sehari pula. Iyalah macam mana dia nak tahan puasa sampai tiba waktu berbuka, kejut bangun sahur pun tak nak bangun. Oh dia sungguh drama queen tau bab kejut bangun pagi ni. Kalau tersilap mood, harus dengar dia menangis dulu dan sampai ke sekolah pun pernah merah-merah hidung mata semua. Saya mengalah betul dengar dia menangis pagi-pagi ni, hah serah kat abah dia je. Hihi..

Alhamdulillah setakat ini belum menyinggah bazar ramadhan lagi lah. Lauk-pauk memang masak sendiri, bukan apa kalau beli kan sahur nak kena masak gak, sama je penatnya, baik masak untuk berbuka pastu boleh buat sahur sekali. melainkan kalau berbuka dengan mee/ nasi goreng, jadi kena juga lah masak sahur tu. Satu lagi, sebab lauk tu juga untuk bekal Khadijah pergi rumah pengasuh dia. Ha kan banyak implikasinya tu kalau tak masak. Maka, gigih dan redha je lah masak, untuk suami dan anak-anak juga kan. Suami pernahlah beli kuih kat gerai masa adik-adik ipar datang berbuka di rumah tempoh hari. Sebenarnya, ok je pun masak. Balik kan 4.30 pm, ambil anak-anak paling lambat pun 5.15 petang dah sampai rumah. Pastu keluarkan lauk basah, rendam air. Solat Asar, lepas tu mulalah masak. Setakat 2-3 jenis lauk tu InsyaAllah sempat. Tapi, riuh rendah juga lah dengan anak-anak nak itu, nak ini, tak campur minum air tumpah, makan berterabur lagi tu. Kalau takde abah mereka tolong layan mereka, harus rasa nak menangis juga melayan karenah anak-anak ni terutama Khadijah lah.

Alhamdulillah juga tahun ini dapat berterawih di masjid. Aisyah dengan Khadijah teruja bila bawa ke masjid. Mereka pandai behave lah, setakat ini ok lagi lah. Saya pilih saf belakang dan solat paling hujung sebab Khadijah dengan Aisyah akan solat sebelah saya. Tunggang langgang tak kisah, eh tapi mereka ikut imam juga tau. Aisyah ok lah dia dah hafal semua bacaan dalam solat, maka dia proper sikitlah solat, Khadijah je lah kekadang nak terbalik saya pun ada, kaki dia tu aktif betul. Hihi.. Dan saya pesan kita lepas habis solat Isyak, kita solat terawih 4 kali tau. Kami buat 8 rakaat je. Jadi, setiap kali habis 2 rakaat tu, Khadijah akan tanya, ummi, tinggal berapa lagi? siap dengan kira dengan tangan dia. Comel je dengan telekung masing-masing. Satu yang nenek belikan, satu yang atuk dia belikan. Bila dah masuk hari ke-19 ni, mereka agak hilang tumpuan nak solat, biasalah anak-anak kecil mana boleh fokus sesuatu benda tu lama-lama kan. Beberapa malam ini, mereka dah mula cari kawan nak main. Saya ajak solat dulu, then baru bagi mereka main. Aisyah boleh lah dengar cakap, Khadijah dia ikut kepala dia je. Takpelah yang penting kenalkan pada mereka pada masjid itu lebih utama. Saya percaya mereka dah terbiasa dan boleh behave di masjid sebab kami biasa bawa mereka mendengar kuliah atau ceramah di masjid dan juga pengalaman di masjidilharam yang baru lepas. Dan saya pakaikan khadijah diapers juga bila ke masjid walaupun sebenarnya dia dah diaperless sejak sebulan lepas, cuma hanya pakai bila waktu tidur sebab dia masih belum boleh mengawalnya masa dia tidur. Sebab saya risau kan tengah-tengah solat nak kena bawa dia ke tandas pula, kan mencabar tu. Lagi pula, kami buat 8 rakaat je, dalam pukul 9.30 malam tu dah balik kebiasaannya.

Saya seronok di masjid berdekatan rumah kami ini kerana tidak menghalang kanak-kanak ke masjid sama. Anak-anak perlu dibiasakan dari kecil untuk solat di masjid atau surau. Ingat lagi masa saya kecil-kecil, ikut abah pergi solat terawih dan kekadang solat subuh berjemaah di surau dekat rumah kami. Saya sungguh seronok waktu itu walaupun ke surau sebab nak jumpa kawan-kawan je, tetapi kebiasaan itulah membuatkan saya terasa dekat dengan rumah Allah, menjadi kebiasaan di kampus dan alhamdulillah sekarang juga. Saya masih ingat, jika hari jumaat kan, di surau adakan solat subuh dengan sujud sejadah, dalam perjalanan ke surau, sempat hafal bacaan zikir tu dengan abah. Betapa pantasnya masa berlalu. Saya rindu  zaman kanak-kanak itu.


Monday, August 15, 2011

Hari Sukan Taski Aisyah 2011

Hari Sukan Taski Aisyah ini berlangsung pada 17 Julai 2011. Mula-mula tu saya risau juga Aisyah tak nak bagi kerjasama sebab kami kan baru balik dari PD sebelum tu, Aisyah kena paksa bangun dan dia tidur je dalam kereta. Sampai padang, kena kejutkan dan muka dia masam je. Ah sudah. Pastu tanya dia nak makan tak, belikan dia nugget. Alhamdulillah dia habiskan nugget tu, tapi muka masih masam macam takde mood. Saya tinggalkan dia di khemah sukan taski dia dan bawa Khadijah beredar nak bergosip berjumpa dengan rakan-rakan mak pula. Hihi.

Sukan tersebut dimulai dengan perarakan masuk anak-anak pelajar. Sebab dah mula sedikit lambat, maka cepatlah panasnya, Masing-masing gelisah. Aisyah main 2 jenis sukan je. Selipar gergasi, rupanya acara tu ialah dia kena pakai selipar orang dewasa. Dan satu lagi acara lari susun cawan ke apa. Lupa. Acara ni dia kena pass cawan pada kawan dia dan yang last kena bawa ke garisan penamat. Alah simple je kan.. Hihi..

In action. Tengah pass over selipar tu.
Yeay! Menang tempat kedua.
Ini sedang pass the cawan pula.
I won 1st place! Tengok, dah nampak smiley face kan.
Dengan kawan-kawan sekelas dia.
Aisyah bersama pingat dan hadiah dia dengan Khadijah yang juga tak sihat masa tu.
Ok Khadijah nak interframe juga. Peace semua.. :)

Khadijah masa ni tengah mild selsema, dan ada benjolan pada leher sebelah kanan dia. I bet memang sakit sebab dia tak bagi kita sentuh langsung. Malam itu juga bawa pergi klinik, Doktor cakap bukan beguk etc, cuma virus attack kuat sangat, antivirus tengah fight tu. Dia cakap akan beransur surut. Ambil masa 3-4 hari juga nak surut. Syukur juga sakitnya semakin baik.

Thursday, August 11, 2011

Port Dickson TM's Resort

Saya skip sambungan entry umrah itu dahulu ya. Bagi chance entry lain pula, entry Ramadhan pun belum sempat tulis lagi. Apapun, moga ada yang baik dari perkongsian ini.

Kami ke TM Resort di Port Dickson ni 2 minggu sebelum puasa lepas. Buat tempahan awal, saja bawa anak-anak jalan-jalan dan mandi kolam. Sejak sebelum pergi Umrah dan selepas baliknya belum sempat rehat dan dah lama tak bercuti. Kali ini bawa keluarga mentua pula. Not bad lah resort ini, terletak di Teluk Kemang. Pantainya pun cantik, kebetulan masa kami pergi tu, di dataran sebelah resort tu ada buka gerai jualan. Dan yang paling gembiranya anak-anak lah, mereka mandi kolam 2 jam lebih baru naik sampai kecut-kecut badan. Boleh pula pada sebelah malamnya mereka tidur lambat. Itupun kena paksa tidur sebab esoknya adalah hari sukan Aisyah. Maka, kami kena balik awal pagi dari PD untuk sampai sebelum pukul 8.30 pagi di Serdang. Kami tempah semalam je, masuk Sabtu dan keluar Ahad. Tapi, lepas subuh Ahad tu kami dah keluar, tinggal ahli keluarga yang lainlah stay sampai tengahari.

Cuma, kami berpendapat makanan yang dijual di sekitar kawasan itu kurang sedap dan menarik. Kami sampai sana dalam pukul 3 petang lebih, dengan tak lunch lagi, jadi dah daftar masuk terus cari kedai makan. Tak kenyang sebab frust dengan nasi goreng yang diminta. Pada malamnya pula, kami piknik dalam rumah je sebab mak mentua bawa lauk-pauk dan masak nasi di situ. Masa ini, saya tengah tak sihat. Beberapa hari sebelumnya pulun bawa balik kerja ke rumah dan buat pada awal pagi. Cukup 3 hari stay up tengah malam, saya dapat pakej batuk, selsema dan hilang suara. Huhu pastu malam tu pula adik ipar bawa beberapa biji durian, saya makan 2 ulas buat hilang rasa teringin tu, esoknya takde suara nak bagi sokongan moral pada Aisyah main sukan. Hihi..

Seronok mereka main air. Pelampung tu dah berbulan beli masa tengah sale. Yang Aisyah punya tu ok lah besar, yang Khadijah punya kecil sedikit tapi sesuailah dengan dia. Cuma yang besar tu lagi best floating power dia.

Khadijah suka buat peace ni.
Mereka buat swimming pool tu macam kolam sendiri, ditambah pula tak ramai orang masa ni. Seronok mereka main air. Saya tak join pun, malas nak basahkan baju. Tak kuasalah dengan badan tak sihat masa tu.
 
Sekali tengok macam private swimming pool belakang rumah je kan. Hihi..
InsyaAllah nak datang lagi ke sini. Masing-masing rasa singkat sangat percutian itu. Tunggu lepas raya dan selesai beberapa perkara lagi ni ya anak-anak. nanti kita datang lagi. takpe, abah dapat separuh harga, kita kena ambil peluang tu. Kan abang, kan? :)

Wednesday, August 10, 2011

Umrah bersama Anak-anak 3

Untuk entries sebelumnya:
http://nmirah.blogspot.com/2011/07/umrah-dengan-anak-anak-1.html
http://nmirah.blogspot.com/2011/08/umrah-bersama-anak-anak-2.html

Marathon saya menulis entry ini.

Moga pengkisahan melalui gambar itu lebih jelas dan santai dilbaca. Saya cuba untuk recall semula sejarah dan nama tempat/ masjid yang dilawati. Susah juga rupanya. Mujur ada sedikit yang sempat dicatit. Betullah daya ingatan kita ni mudah hilang, saya hampir lupa banyak benda tentang umrah ini. Memang wajar saya cepat-cepat tulis.

Minum air zam-zam. Ini perkara wajib tiap kali sampai dan sebelum keluar dari masjidilharam. Ada air zam-zam sejuk dan biasa. Kami bawa botol kosong dan refill di sini. Alhamdulillaah tak kering bibir.

Ini masjid tempat miqat di Hudaibiyah.
Ini kedai ais krim di bawah hotel kami menginap. Memang berkali-kali lalu depan kedai ni, hampir tiap hari juga anak-anak saya makan ais krim dan beli jus di kedai ini. Ia dibuka 24 jam ya. Saya surrender minum ais sebab sakit tekak di hari ke-3 di sana.
Pemandangan Kaabah di malam hari. Baru saya perasan saya tidak bawa kamera ke masjid sebab suami saya yang pegang kamera sepanjang masa. Tak dapat nak tunjuk bagaimana anak-anak selesa dan setia menanti kami solat.
Berlatarbelakang hotel kami.Not exactly di belakang tu, terlindung sedikit tapi kira dekatlah. Ini depan masjidilharam pintu 1 King Abd Aziz.
Di masjid di Tanaeim. Ini miqat di mana Rasulullah berikan pada Saidatina Aisyah bila, Saidatina Aisyah pernah mengadu pada Rasulullah, bila dia tak dapat nak buat umrah sama seperti sahabat lain sebab dah berada di Tanah Haram. Lepas tu Rasulullah katakan pergilah miqat di masjid ini di Tanaeim dan sempurnakanlah umrah. Masjid ini dekat lebih kurang 8km jika tak silap saya dari masjidil haram. Kami sempat pergi dua kali ambil miqat di sini.

Gambar random di kawasan selesai saei. itu yang mereka duduk tu batu di Bukit Marwa. Kawasan itu di'glue'kan? saya tak pasti istilahnya, tapi nampak jernih dan licin je batu-batu tu. Untuk elakkan rosak agaknya. Anak-anak saya gembiran sepanjang di sana. Kami rindu nak ke Kaabah lagi...

Sementara menunggu abah dan atuk mereka siap saei. Macam-macam ragam ada, tapi orang  sana tak kisahkan orang lain pun. Masing-masing terus buat ibadat seperti takde apa berlaku.

Shopping complex. Hihi tapi kami tak beli apapun kat sini.

Kat sini baru seronok shopping..hihi sebab boleh tawar menawar dan banyak pilihan juga. Cuma berdebu tu tak boleh elaklah kan. Elok bawa face-mask. Saya bawa tapi asyik lupa nak keluarkan dari beg tiap kali nak pergi masjid.


Jubah anak-anak yang saya pegang tu 20riyal satu. Anak-anak sedang menikmati fries.

KFC pun ada tapi boleh tahan mahal. Dinner plate 20riyal satu.

Ini pula di ladang unta. Dalam perjalanan kami ke Hudaibiyah. Anak-anak tidur dalam bas, maka tak sempatlah nak bergambar bersama unta-unta ini. Saya kesian nak kejutkan mereka. Melekat bau unta ini pada pakaian, memang balik kena tukar baju, telekung kalau nak selesa.

Susu unta segar. Saya tak cuba minumpun. Ada yang cakap rasanya best tak hamis macam susu kambing. Mm..dua-dua pun saya tak pernah cuba.

Siap untuk dijual. 5riyal sebotol.

Ini pula air kenicng unta. Boleh dibuat ubat. Ubat asma jika tak silap saya. Ada hadis sahih pasal ni katanya. Kena semak balik.

Khadijah yang tengah tidur. Aisyah dah bangun tapi dia taknak turun.
Saya rasa mungkin ada lagi 2-3 siri sebelum entry Umrah ini berakhir. Berikan saya sedikit masa lagi untuk kongsi perihal perjalanan kami ke Madinah pula dan wrap-up keseluruhan perjalanan. Anak-anak saya sampai hari ini ingat mereka pernah ke Mekah dan cakap nak pergi lagi. Terutama Khadijah. Itu kata anak kecil, apatah lagi rasa hati kami yang dewasa ini. Ya Allah lapangkanlah rezeki kami dan jemputlah lagi kami ke rumah Mu ya Allah.

Friday, August 5, 2011

Umrah bersama anak-anak 2

Saya perlu segerakan sambungan entry ini sebelum saya terlupa semua kenangan di sana.

Umrah pertama. Kami siap sedia untuk ikut mutawif mengerjakan umrah lebih kurang pukul 10.30 malam waktu sana. Lebih kurang 3.30 pagi waktu Malaysia. Ustaz sarankan kami bergilir semasa tawaf nanti dan bawa kerusi roda semasa saei untuk tolak anak-anak. Jadi, saya, suami dan adik ipar buat tawaf dahulu. Abah dan mak mertua saya jagakan anak-anak. Mujur mereka baik-baik saja masa ni. Selesai tawaf, kami bergerak ke tempat saei tetapi tunggu abah dengan mak siap tawaf dulu. Mulalah bebudak ni duduk tak diam. Aisyah dah terlelap sementara menunggu tu, masa inilah bergunanya bawa bekal biskut, boleh buat mereka leka. Penat tak usah ceritalah sebab belum sempat nak rehat lama sesudah sampai dari airport tadi. Alhamdulillah akhirnya selesai jugalah umrah kali pertama kami. Moga Allah terima amalan kami.

Hari ke-2. Tiada program umrah diatur pada hari ini,jemaah disarankan berehat kerana esoknya akan miqat di Ji'ranah pula. Kami berehat dan menikmati keindahan di sekitar masjidil haram itu. Tenang sungguh rasa dapat solat di masjid tersebut. Mula-mula kami bawa anak-anak solat di bahagian bawah masjid, tapi terlalu ramai orang, diaorang ni pun tak selesa. Selepas itu, kami cuba solat di bahagian atas, lebih selesa, bebudak inipun suka. Jadi, memang tiap-tiap hari solat di bahagian atas je kalau bawa anak-anak ke masjid.

Tolak kerusi roda dengan anak-anak.. Saei yang pertama.
 
Alhamdulillah merasa menjejak kaki ke sana.
Pandangan masjidilharam di sian hari. Ini waktu pagi sekitar jam 7 pagi, gerak ke masjid untuk solat dhuha.
 Hari Ke-3.
Di hadapan Jabal Thur
Ramai peniaga jalanan. Kat sini berdebu sungguh. Boleh nampak debu tu naik. Kasihan anak-anak. Sebab itu kami sekejap je kat tanah lapang tu, kemudian terus naik bas.
Jabal Nur. Ada orang tengah panjat tu.
Di Jabal Rahmah, tapi tiada gambar kamipun. Berebut-rebut orang nak berdoa depan tanda tu. Sampai hitam separuh batu tu kan. Kat sini mujarab doa untuk dapatkan jodoh, panjangkan jodoh, dapat anak dan sebagainya. InsyaAllah.. Kerana di sinilah tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah diturunkan ke mukabumi oleh Allah.
 
Banyak juga jualan. Saya dan Aisyah. Khadijah tak naik, dia tunggu kat bawah dengan atuk dia.
Aisyah di Masjid di Ji'ranah. Miqat umrah di sana.
 
Sedang layan makan gula-gula lah tu masing-masing..




Ini gambar di Jabal Rahmah tadi. Dapatlah embil gambar dengan unta, itupun bebudak ni semua takut. 5 riyal untuk gambar yang diambil guna kamera sendiri.

Khadijah cuba melarikan diri dari naik unta tadi..

Saya sertakan gambar dan caption sahaja. Nak cerita lebih mendalam, memang keuntukan masa. Entry ini pun sudah berapa lama tertangguh. Nanti saya sambung lagi ya.

 Selamat menyambut Ramadhan dan Beramal.