Tuesday, January 4, 2011

Semak semula 2010

Tetiba rajin nak tengok balik azam tahun lepas.

Dari segi kerjaya, saya bersyukur dengan apa yang ada, cuma seperti saya mentioned atas tadi, serasa ingin mulakan langkah menyambung pelajaran pula tahun ini. Saya tengah intai peluang dan kesempatan ini. Dan moga cita-cita kami untuk memiliki rumah sendiri pada tahun ini juga tercapai. InsyaAllah. Selebihnya, moga Allah limpahkan rahmat kesihatan, rezeki yang halal dan diberkatinya serta memberkati seluruh ahli keluarga saya dengan rahmat dan kasih sayangNya sentiasa. Amin.
Juga boleh baca di sini. Dari segi kerjaya, macam biasa. Permohonan untuk RO belum berjaya, hanya calon simpanan tahun lepas. Alhamdulillah rumah dah beli tapi masih boleh belum siap rumahnya. InsyaAlalh dalam tahun ni harap dapat masuk rumah lah. Satu yang belum ialah yang saya highlight kan tu, nak sambung belajar. Kena usahakan juga betul-betul tahun ini. Ada 11 bulan lebih lagi. Mudah-mudahan berjaya. Iklan penjawatan baru bagi tahun 2011 dah keluar, tapi takde bidang kepakaran saya. Saya mohon juga tapi tidak menaruh harapan sangat. Tetiba rasa sukar. Rasa sedikit kecewa. Takpelah, yang bagi rezeki itu Yang Maha Esa kan, Dia pasti tahu setiap yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Moga ia memberikan momentum baru untuk saya meneroka tempat lain. Mungkin rezeki saya di tempat lain ke kan. Siapa yang tahu.


Makanya, tahun ini tiada azam khusus, banyak nak buat sebenarnya tapi the ultimate goals moga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah. Moga saya tidak jadi lupa diri, lupa Tuhan dan lupa yang hari akhirat itu pasti. Kematian itu sebenarnya adalah peringatan bagi orang yang mahu mengambil tahu tentangnya. Wallahuallam.



No comments: