Hihi... orang lain dah maju ke depan, saya masih lagi nak cerita hal 2010. Iyalah sebab perkara masih belum cerita, gambar belum tayang lagi, maka kena lah gigih juga kan. Disember lepas merupakan bulan yang amat sibuk buat kami, selain bercuti-cuti juga sibuk bekerja. Mula-mula ke Bukit Tinggi, langsung ke Janda Baik. Keesokannya, ke Bukit Cerakah, Shah Alam nak tengok rumah salji kononnya. Ini pun sebab Muaz
request. Menghabiskan sehari di KLCC dan bergembira di Petrosains. Nak kena pergi lagi sekali sebab tak habis pusing dan cuba semua mainan di Petrosains tu. Kemudian ke Melaka atas urusan kerja tapi bawa anak-anak sekali. Seronok mereka mandi kolam, sayangnya gambar takde sebab abahnya sibuk melayan si kecik dua orang itu. Kemudian kami ke Cameron Highland sebagai penutup tirai. Rasanya kalau dilihat kembali, hanya ada satu hujung minggu yang lapang. Itupun bukan duduk rumah tapi keluar juga cuci mata dan poket sekali.
Huhu.. Seronok memang tak tergambar, ditambah pula dapat berkumpul dengan keluarga besar kami. Masing-masing dah lihat bajet untuk percutian tahun 2011 pula. Jalan-jalan pertama kali akan ke Pulau Mutiara lagi sekali. Akhir tahun 2009 dah ke sana juga. Takpe, kami suka jalan-jalan ni, biar penat yang penting seronok dapat berkumpul ramai-ramai. Sebenarnya, ini permintaan mak saya nak pergi melawat sana, sambil melawat adik bongsu di sana. Nak tunggu dia konvo, mahu lagi 2 tahun agaknya. Sebab dari tahun lepas lagi mak dah sebut, maka insyaAllah kali ini mudah-mudahan dapatlah tunaikan.
|
Di Rumah Salji, Bukit Cerakah. Sejuk juga tapi dia bagi kita masa 3 minit je pun duk dalam tu. Nak masuk kena bayar RM3 ke RM5 seorang dewasa. |
|
Makan di Sogo Food Court. Ha licin pinggan aisyah, dia makan fries je, chicken chop nya kami yang makan. Hihi.. |
|
Petrosains KLCC, eh siapa yang syok main kat sana tu sebenarnya kan.. hihi.. :) |
|
Dengan sepit rambut baru beli di Econsave masa balik Muar, sebelum ke Melaka. Khadijah dalam kereta nak pergi kenduri. |
|
Di apartment di Hotel Mahkota , Melaka. Tengah layan kartun setelah penat mandi kolam. |
Entry ini dah lama draf, ingatkan nak masuk sekali gambar ke Cameron Highland, tapi saya kehilangan
cable kamera. Belum sempat nak cari, jadi sebelum
entry ini jadi lagi basi, maka saya terbitkan sahajalah. Sebab saya nak kongsi cerita khadijah ke klinik paediatrik untuk kesekian kalinya pula.. hihi..
7 comments:
rajinnnn nyer mirah bawak anak jalan2.... kagum sgt...
dah besar ek khadijah...mcm anak dara cute dier
lia, ini je lah quality time kami. Kat rumah skrg ni, anak2 byk masa dlm rumah, sbb depan rumah tu jalan besar, takde space mereka nak beriadah di luar. Weekend biasanya kami byk di luar, kalau tak ke playground, gi taman botani.
a ah mmg dah besar pun. nak masuk 3thn dah.. :)
salam kak mirah,
serupala, kami pun baru pi melaka..tp this yearla..duk kat mahkota gak..hihi bila tgk gambar teringat br je pegi..best pi sana,tapi len kali nak duk hotel murah sket..
bilala nak jumpa akak ni ek..
salam
rafiza, bulan april nnt ada lg function di melaka, maka berangkut lagilah kami nampaknya semua. kali ni ke renaissance pula.
a ah tu lah bila nak jumpa ya. nnt ada lapang sket, kita plan lunch sama kat alamanda hari jumaat ke. Nak tak? hihi tapi esok tak blh la..
hahaha..bagus juga idea tu, tp tggu gajila ek (uhuk2)..
renaissance tu belah mana pulak, kemi ni duk pusing2 melaka tu mcm tak jumpa byk hotel..duk cari2 seri coasta, lepas dh check in mahkota keluar ke bandar semula br terperasan hotel tu..alahai..
Rafiza,
ok ok nanti kita set lunchdate ya.
nak cakap belah mana tak reti lak. tp bukan kat tengah bandar sangatlah.
Post a Comment