Thursday, January 6, 2011

Kaunseling Pertuturan

Ya saya bawa khadijah ke sesi kaunseling pertuturan (speech therapy) isnin baru ni. Temujanji selama sejam bermula pukul 10 pagi. Lepas settlekan aisyah masuk sekolah dia, bergegas ke hospital pula. Dan temujanji itu berlangsung selama 20 minit je lebih kurang sebabnya kaunselor tu cakap saya nampak anak awak ok je, dah you sebagai emak pun cakap ok, lagi lah saya. Erkk. Internet was down, so she couldnt retrieve rekod khadijah, dia tanya saya apa masalah khadijah sampai kena refer pada dia. Saya explain lah yang khadijah ni lahir prem, got extra big tonsil, snoring, easily caught with flu and selalu sangat tak sihat. Dia tanya lagi, dia boleh cakap tak. saya jawab boleh, cuma biasalah ada pelat. Dia cakap ok je budak umur 2 tahun 8 bulan masih pelat dan tak dapat sebut certain huruf.

Dia cakap hanya jika ada certain huruf sampai sudah dia tak dapat nak sebut, taknak makan nasi or solid food tapi nak minum susu je, then itu patut datang jumpa dia semula. Ok, untuk elak dari kena buat tonsil lactemy (bedah buang tonsil) khadijah tu, dia syorkan rawatan alternatif Islam macam bagi minum madu, habbatussauda dan nak lagi mudah minum jus tok guru sebab dah ada combination. opss dah promote lak kan. Dia cakap lagi anak dia pun pernah kena macam ni, dia tak nak operate dan cuba kaedah tu, alhamdulillah ok. Dia kata tak bagus bagi anak drugs banyak-banyak. memang pun. Saya bagitahu lah khadijah pernah kena pneumonia, haa dia cakap sebab drugs dah accumulated dalam badan. Apa kaitan eh? oh sebab banyak sangat ubat, jadi badan jadi tak resistant kot.

Mak mana nak bagi anak dia makan dadah sesuka hati kan. Sekarang ni pun, kami dah kurangkan ubat-ubat khadijah tapi masih lagi bila tidur bunyi tu kuat sangat, sampai saya terbangun tengok dia, ok ke adik ni, cuba ikut helaan nafas dia, rasa macam pendek dan tak puas tarik nafas pun ada. Padahal sekarang ini, khadijah tengah sihat, takde selsema, takde batuk. Makan pun berselera juga. Kalau fikirkan hal dia, memang risau je, bayangkan tengah tidur, pastu dengar anak bernafas bunyi tersekat-sekat, reaksi dia biasanya akan alihkan badan dia. Saya rasa salah satu sebab dia suka amat tidur meniarap sebab bagi kelegaan pada dia kot.

Ok dari segi pertuturan, saya positif anak saya boleh bercakap. Khadijah dah boleh buat ayat panjang, sampai boleh express kan perasaan dan boleh bercerita walaupun pelat. Kekadang dia berebut nak bercakap dulu dengan si kakak. Ada je akalnya, sekarang ini kalau telefon berbunyi, dua-dua mesti akan ambil turn bercakap. Few weeks back, dia dah boleh sebut huruf 'T' setelah lama gak tak boleh sebut contohnya perkataan 'atuk', dia akan sebut 'akut'. Tapi sekarang dah ok. Ayat paling suka dengar dia cakap ialah 'Ummi, kita nak ke mana' - ayat bila nampak semua bersiap-siap atau naik kereta (memang sebut dengan jelas, takde pelat). Saya yakin khadijah sebenarnya ok, cuma masalah yang saya risau sangat pasal tonsil dia itu je.

So, done dengan kaunseling pertuturan tersebut, takde next follow-up. Tunggu jumpa pakar April nanti berkenaan dengan tonsil dia tu. Dan dan tu juga semalam abahnya belikan jus tok guru. Apa salahnya kita mencuba kan. Nanti nak minta mak bawakan minyak habbatussauda pula, aih saya pun takleh telan minyak tu, bolehke khadijah nak minum ni.

p/s1: rupanya saya ada banyak drafted entry, nanti saya edit dan publish satu-satu ya.
p/s2: saja hari ini gatal tangan tukar template, tapi masih rasa tak cun. Nanti lah lain kali godek lagi.

4 comments:

Pnut said...

terbalik pulak dengan Alesya, dia tak boleh sebut K, tapi T ok
nak itut... tatak... ehehehe

harap khadijah ok-ok je...
take care ek...

mirah said...

k pnut,
oh mcm tu pulak eh..hihi..
khadijah ni byk mulut tau, asyik dgr dia membebel je, kekadang dia baca buku sndiri tp buat ayat sendiri lah tp blh faham. Cth dia ckp 'ni ummi dia, kucing tu minum susu.. dll'.

Yg penting mmg selalu encourage dia bercakap. Ya doakan dia ok ok je kak.

Pnut said...

oh kalau macam tu, khadijah lagi advance dari alesya.. alesya pelat-pelat lagi...

maybe si bongsu yang kompem bongsu, di dimanjai.. dan akak pun bukan ibu yg rajin mengajar..eheheheh..

mirah said...

saya pun tidak byk masa spend ajar dia baca buku, cuma dia fast learner. bila ajar si kakak, dia pun biasanya dengar dan ikut juga. 1,2,3 sampai 10 tu BI dgn BM mmg dah lancar. ABC - Z pun almost semua dah ingat, kekadang tertukar tukar juga.

saya rasa sebab dia ada kakak dan selalu envy kat kakak dia, maka dia menang tak nak kalah dalam apa pun benda. Yg kakak buat, dia akan ikut, yg kakak tak suka, itu juga lah yg dia buat. Kekadang benda yg dia tak suka tp kakak makan, dia kan cuba gak makan.

Tapi, akhir-akhir ni saya perasan, saya tak byk spend masa belajar dgn khadijah ni, supposednya basic shapes, color dia dah patut kenal, tp saya tak start buat lagi, sebab sara rasa dia baby lagi. Hihi sentiasa rasa dia kecik walaupun dah nak masuk 3thn sebab dia pun takde lah besar sgt badannya..