Thursday, January 13, 2011

Klinik Pediatrik 10/1/11

Saya ingatkan perjumpaan dengan doktor di klinik Pediatrik ini akan seperti rutin yang biasa namun rupanya kali ini sedikit luar biasa. Bilamana menjengah ke bilik doktor tu, terkejut saya sebab tengok Dr. Rohaizah. Wah tak sangka berpeluang jumpa dengan dia lagi. Dr. Rohaizah inilah pakar pediatrik yang merawat khadijah sepanjang dia di NICU dulu. Sangat lembut orangnya, tegas juga tapi kata-katanya menenangkan hati lara ketika itu. Memang bernasib baik dapat jumpa dia sebab dia jarang di Klinik sebaliknya banyak di nicu dan wad. Inilah pertama kali Khadijah jumpa semula dengan dia setelah keluar NICU. Yang kelakarnya, khadijah pula lari taknak masuk bilik Dr. Maka kena dukung dan peluklah dia tak nak bagi dia lari. Kan banyak kali saya cerita yang Khadijah ni kan dah fobia jumpa doktor..Tapi sekejap je, lepas tu suruh salam semua orang, ok je dia.

Dr. Rohaizah cakap, saya nampak dia ok je, cantik je orangnya. Dan dia tanya kenapa dia takut jumpa doktor? why banyak kali dia kena jumpa doktor? Huhu saya cakaplah dia mungkin fobia sebab kerap kena jumpa doktor. Yelah sejak dari kecil, memang ulang alik appointment ke hospital dan klinik je. Lagilah masa kena masuk wad dulu. Saya bagitahu juga khadijah ok, bercakap dah banyak, ada pelat-pelat sket tu biasa doktor cakap. Cerita juga dia pernah kena pneumonia sebelum ni, tonsil dia bengkak, refer ENT. Bila doktor suruh dia nganga mulut, khadijah ok je nganga, siap sampai 2 orang doktor pelatih pun tengok sama, kesian dia lama kena nganga. Dr. Rohaizah cakap memang extra big tonsil dia. Dia recommend untuk tonsil lactemy juga seperti Dr. Shuba, pakar ENT tu cakap. Dia explain takde masalah jika buang tonsil tu, jika tak buang memang khadijah akan selalu tak sihat. Jika kadar sekarang ni sebulan sekali demam, memang kira dah boleh buang lah tu. Doktor juga cadangkan khadijah ambil jab pneumococcus. Kami memang dalam perancangan untuk itu. Kami sangka ianya merupakan lawatan yang terakhir sebab menurut doktor yang kami jumpa sebelum ini lebih kurang 6 bulan lepas cakap jika semuanya ok, kali ini akan jadi lawatan yang terakhir. Namun nampaknya tidak. Kena datang lagi 6 bulan. Tapi tak mengapa. Untuk kebaikan khadijah.

Elok je pagi tu dia sihat walafiat, malamnya terus demam. Bila check tonsil, dah bengkak merah sangat. Huhu adik ni, elok je pagi tadi doktor puji semua ok, dia demam pula. Cepat-cepatlah saya bagi ubat demam. Dr. Rohaizah pesan, jika dia demam, jangan biar lama, terus bagi ubat dan bagi antibiotik. Setelah 2 hari, Rabu dia nampak dah ok. Saya check tonsil dia pun, masih merah tapi white spot kat tonsil tu dah tiada. Pernah dulu saya bawa dia ke klinik sebab risau tengok white spots tu banyak kat tonsil dia, doktor cakap jangan risau, itu tandanya antibodi dia tengah fight kuman-kuman. Oh lega, ingatkan nanah ke apa kan. So, kali ini sedikit tenang, malam kedua dia demam, memang tak lena tidur dibuatnya, asyik monitor suhu dia je. Banyak saya belajar dengan anak-anak ni, bukan soal kehidupan dan kemandirian sahaja, pendek kata semua segi. Alhamdulillah.

Khadijah seronok main playground kat sebelah klinik tu.

5 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

alhamdullillah :) comelnyaaaaaaaaa khadijah.....cakkk:)

Nadiah Sidek said...

alhamdulillah..moga khadijah terus membesar sihat..

mirah said...

K mieja,
Thanx.. memang geram rasa nak gigit je dia.. Dia suka berlakon menangis, pastu siap buat lakonan sambil gosok mata, sambil cakap 'ummi..ummi..' konon-konon nangis lah tu.

Nadiah,
Thanx juga. Mudah2an begitulah.. Amin.

Anonymous said...

Salam

anak2 saya pun jumpa Dr Rohaizah. Tapi bukan kat H. Serdang. Kami pi H.Pusrawi tpt Dr Rohaizah buat locum

Ni kes mak dia tak mau tggu duduk lelama kat KK or spital.hahaha...

mirah said...

salam yus,

oh ya ke. Pusrawi kat kl tu ke?
tp best kan jumpa dia. kami biasa g annur atau az zahrah sbb dekat. boleh lah try g pusrawi lak lps ni. nnt tanya hubby tm cover ke tak..hihi