Berbanding semasa ke sana pada Februari 2009, cuaca di Cameron kali ini memang sangat sejuk. Biarpun kami ramai dalam rumah pun masih terasa sejuk. Tak nak pijak lantai, taknak basuh tangan kalau boleh. Sampai adik ipar cakap rasa macam nak tutup
air-cond tapi tak tahu suis mana nak tutup. Haha.. Kali ini berkesempatan melawat strawberry farm, ingat nak petik strawberry sekali tak dapat sebab strawberry tak sempat nak masak. Imagine ramai kan orang datang ke sini waktu cuti sekolah ini kan. Juga ke Ladang Teh Cameron Valley dan Ladang Teh Boh. Memang best lah ke ladang teh boh ni. Walaupun jalannya curam dan 6 km jauh ke dalam dari main road, tapi pemandangannya Subhanallah, memang cantik. Minum teh harga RM 20 satu teko kecik pun tak kisah. Dan paling mencabar bila kami balik ikut Tapah. Mujur suami berhenti di Lata Iskandar, sempatlah buang dulu rasa pening tu, dengan budak-budak ni tak duduk diam. Berbanding lalu Simpang Pulai, lalu Tapah lagi
worst. Jalan bengkang-bengkok sampai bawah.
Kali ini juga tak banyak bergambar sebab Khadijah sepanjang masa dengan saya. Lepas tu pula, Aisyah dengan Mak Gee dia je sentiasa, maka tak banyak gambar kami berempat. Layan je lah mana yang dah
edit ni ya.
|
Di Strawberry Farm. |
|
Aisyah dengan Mak Gee dia. Tak heran dah kat ummi. Masa nak tidur je datang masuk bilik cari ummi. |
|
Wah berlari riang dua orang tu. Di hadapan apartment yang kami sewa. |
|
Khadijah makan kek strawberry tu banyak kat Ladang Teh Boh. Habis comot. Boleh tahan sejuk kat sini, menggigil gak lah lepas tu hujan pula. Lagilah sejuk. |
|
Kami singgah lebun sayur. Comel sungguh tengok pokok bunga kubis tu. |
|
Elok pula diaorang duduk di tepi batas kebun tu. Perasan tak daun pudina depan mereka tu. Pekebun sana memang memanfaatkan setiap ruang yang ada. |
|
Ladang Teh Cameron Valley |
|
Khadijah, Zulaikha dan Aisyah |
Ok tamat kisah pergi Cameron Highland ya. Tak dijangka minggu lepas kami ke Petrosains lagi dan semalam ke Sungai Congkak.Kesian Khadijah, malam tadi dia batuk-batuk sampai tak boleh tidur. Pagi ni saya bekalkan ventolin inhaler pada dia. Moga-moga makin sembuh. Esok nak balik Muar pula.
No comments:
Post a Comment