Tuesday, January 25, 2011

Sayang Mereka!

Kekadang lihat gambar sahaja sudah mencukupi kan. Hihi..kali ini entry ringkas. Cerita bergambar sahaja.

Dua anak dara kecil itu posing depan pameran krismas akhir tahun lepas di Alamanda. Itulah gaya mereka tiap kali cakap nak ambil gambar.
Ok close-up sket.  Siap teleng-teleng kepala lagi tu.
Ini Birthday Cake Aisyah. Belum tunjuk lagi kan. Kalau ada rezeki tahun ini kita cari kek bentuk hati lak ya macam dipinta.
Saya geram kat budak kecil ni. Tak puas cium dia. Adik jangan besar boleh tak?
Suati hari di Taman Botani, Putrajaya. Baru sampai ni, masing-masing siap bertudung lagi.






Kakak cakap dia tak nak bergambar. Tengok tu, dah hilang tudung masing-masing. Yelah panas sebab berjoging. Masa ini awal lagi, belum pukul 9 pagi. Takpe, biarpun belum lengkap boleh bertudung, sekurang-kurangnya kena biasakan mereka. Biar mereka tahu dan terdidik dari kecil lagi supaya bertudung.

Saya suka tengok gambar ini. Khadijah tengah cakap telefon dengan Nenek dia. Entah apa yang dibualkan sampai dia ketawa begitu. Aisyah sabar tunggu turn dia pula. Tengah berehat selepas habis satu pusingan. Eh satu je? hihi eh taman tu luas tau. Kami siap lalu kawasan bukit tu. Sekali Khadijah cakap dia penat, suh dukungkan. Semput ok. Banyak kali juga gambar kami beriadah begini, mula-mula je excited ambil gambar. lepas tu dah tak heran dah masing-masing. Saya cari ada satu gambar tu kami berbasikal, tapi tak jumpa. lain kali kalau ada saya letakkan.

Saya dalam perjalanan ke Johor Bahru saat entry ni auto-publish. Atas urusan kerja sehingga Khamis nanti. Kurang risau kali ini nak tinggalkan mereka sebab dah beberapa kali tinggalkan mereka sebelum ini. Lagi pula, abahmak mertua dan adik ipar akan datang temankan suami dan anak-anak. Moga semuanya ok. Penyelidikan yang nak dibuat dan moga anak-anak juga baik-baik saja di rumah. Khadijah masih belum pulih dari batuk. Kesian dia kali ini sebab dah berminggu batuk. Ubat pun dah tukar botol baru. Tapi masih dalam kawalan sebab tak ada bunyi wheezing dan dia aktif je. Moga dia cepat sembuh.

4 comments:

Nieza Ishak said...

mirah,

zulaikha pun dah takmoh kena peluk cium ... sama jerk macam khadeja.

Dayah @ Real Ummu said...

dah besaq anak2 dara Mirah..comel2 belaka...

mirah said...

Nieza,
itulah kan bila anak dah besar. Tadi call mereka, tanya sayang ummi tak? semua jawab sayang dan tanya bila nak balik. Rindu katanya. Oh tahkah erti rindu itu anakku? hihi..

mirah said...

Dayah, a ah dah besar dua-dua. Tapi rasa tak puas pula rasa mereka kecil. Anak2 kecil ni memang comel. Samalah dengan anak2 Dayah tu..:)