Sunday, February 28, 2010

mr crab

Sesekali dia panggil crab, sesekali dia panggil ketam. Sapa lagi kalau bukan aisyah lah tu..
Nak cerita ni, semalam masak ketam. Pertama kali masak sendiri nih -- sila jangan gelakkan saya ya.. :). Sebabnya teringin benar nak makan ketam, so belilah. Boleh tahan harga ketam ni rupanya ya. Siap google resepi dan re-confirm dengan mak. Kihkihkih.. inilah jadinya bila dulu masa mak masak tak pernah nak ambil tahu, eh bukan, saya tahu secara teorinya tapi belum pernah masak sendiri je. Pung pang pung pang, siap ketam masak lemak. Hubby cakap ok, siap bertambah nasi. Aisyah pun makan banyak juga. Khadijah macam biasalah, main sepahkan nasi je yang banyak..

Bila hubby cakap, eh bukan ke dulu masa pregnant kan aisyah, syg mengidam makan ketam? Ha ah baru saya ingat balik. Ya, saya teringin nak makan ketam masa pregnantkan aisyah. Kalau tu boleh dikatakan mengidam, ya lah kot. Tapi mengidamnya tak lama pun. Saya ingat lagi keluar dengan kawan-kawan di lab (masa tu saya tengah sibuk buat lab work master saya), pergi makan nasi lauk ketam, kat Padang. Ha farida, kalau awak baca ni, mesti awak ingat kan. Harap awak tak mengidam ketam macam akak pula ya.. :) . Lepas tu, saya sempat balik kampung suh mak masakkan ketam. Pergh banyak ekor abah saya beli ketam, mak saya buat ketam masak lemak dengan ketam masak merah kot, dua kali makan, lepas tu taknak dah. Mak tak bagi saya masak sendiri masa tu, kalau tak, saya dah beli juga agaknya.. hihi..

Susuibu Gathering Meeting (SGM)
Saya pergi SGM tadi kat Bangi. Ramai juga ibu-ibu lain datang. Tajuk pasal overcoming low weight gain. Banyak input saya dapat, tapi kesimpulannya, saya bagi kesimpulannya je lah ya, setiap anak itu perkembangannya tak sama. Juga faktor kenapa berat anak itu tidak naik dengan baik. Jadi, kita janganlah nak compare kan anak kita dengan anak sebaya anak kawan kita. Pertumbuhan mereka mungkin tak sama. Dan saya pun tidaklah risau sangat tentang berat khadijah yang naik perlahan je, tapi tetap berikan dia nasi, susu, dan makanan tambahan lain.

Eh anak saya dah bangun, nantilah cerita lagi ya.

9 comments:

rafiza said...

salam, kak mirah
tak sempat borak panjang..
macam tulah sy..en suami sibuk benar..sy pula bila en suami ada, mmg pegi mana2 dgn dia..terpaksala ikut jadual dia..
bila takda, kadang rasa macam tak betah nak keluar2 begitu..paling2 pun sy gi keluar beli barang je atau balik rumah parents..

mirah said...

rafiza, ha ah sekali akak toleh2 cari awak, dah takde. Tak sempat nak sembang panjang kan.

Ya nampak juga a wira tu busy, masa sampai smlm dah nampak dia tgh ckp handphone. Hihi.. tapi kira oklah dia nak temankan awak pg smlm.

Takpe, insyaAllah jumpa nanti lagi ya..

mirah said...
This comment has been removed by the author.
rafiza said...

akak hebat..siap ditemuramah lagi..haha..nak salam sblum balik, tapi akak bz diinterview..

mata akak merah..kurang tidur or tidak sihat..banyak tahajjud barangkali?

mirah said...

jgn lah ckp begitu..segan akak. K rita introduce akak pd reporter tu kerana nak share kisah khadijah - miracle baby yg lahir prem tu je, pastu dgn mslh bagaikan..

mata merah ni, mmg mcm ni kot, tmbh pula mmg saki baki batuk, selsema masih ada. Balik dr gathering tu, sakit betul kepala akak, panas agaknya kan. Anak2 pun tidur dlm kereta, nyaman aircond...

Dayah @ Real Ummu said...

takde gamabvr ke Mirah..nak tengok..

rafiza said...

akak, maaf.
buat akak segan pulak..

hehe mmg panas, en suami sampai2 berpeluh, terus cakap"abg nak balik mandila.." sudahnya sy sibuk sgm, dia sibuk bertalipon, balik tu singgah rumah makcik kt ramal dalam, makan laksa kelantan..pegi org kahwin pun mmg betul2 10 minit, then hantar en suami ke erl station..tak sempat buat apa2..haha, begitula sibuknya even weekend..tak taula sampai bila macam ni..

mirah said...

Dayah, gambar mmg tak amik langsung. Almaklumlah dgn hset mirah tu, dgn full hands 2 org anak itu. Abahnya tinggalkan kami settlekan sedikit keje, dah habis baru sampai. Fuhh semangat headcount aisyah all the time dgn keep occupied kan khadijah sbb tak bwk shoes dia, dia lak nak ikut kakak dia. Senget benget tudung ku... :)

mirah said...

rafiza, wah sibuknya kalian..
balik dr sgm tu semua terbongkang tidur. Akak dapat nap 10 min je sebab sakit kepala sangat. pastu dah terjaga dah tak leh tidur...