Friday, February 12, 2010

news update..

haha abaikan lah tajuk yang ala-ala berita terkini tu. wont bother to change it sebab malas nak fikir. Cerita je lah semua, senang kan.

awake.
Ya saya terbangun di pagi hari ini sebab:
1. purposely nak update blog err..
2. sebab sebenar, tgh on machine basuh, baju sekolah aisyah ada dalam tu, haruslah tunggu sampai siap ni...huhu
3. konon nak buat fail meja, entahkan berjaya ke tidak. kita tengoklah nanti..

sepatutnya update blog jatuh no. 3 kan, tp tak kira lah, nak update juga dulu...

eh pastu saya ada hajat nak sapu lantai rumah juga ni, makabah saya sampai esok pagi, rumah tunggang langgang, eh takdelah teruk benar, cuma rasa lagi baik kalau dapat sapu dulu sekali.

esok saya cuti, tapi nampak gaya kena ke pejabat juga sekejap? ke separuh hari? saya ada banyak kerja, yang tak sempat nak buat, tapi saya nak buat sebelum cuti panjang ni, at least the people boleh siapkan part mereka. Dealing with people ni kadangkala unpredictable, kalau dengan kertas je, boleh lah hold ke, kiv dulu, tapi kalau dengan orang, masa itu sangat berharga. Err pointnya time management penting. Saya kena buat juga. Dalam hati kena redha. Sebab tu kena less mengomel. oh trying nih..trying..


recovering.
Alhamdulillah anak-anak saya semakin baik.
Aisyah was ok when entering the 2nd week dia demam, batuk, selsema.
Khadijah lah lama sampai almost 3weeks, 6 kali pergi klinik/ PKU ok. Kat rumah ni macam-macam ubat ada, yang dah buang pun banyak juga. Tapi, mendebarkan juga kali ni, since demam dan batuk mereka especially khadijah yang on off dan wheezing yang teruk, inilah the worst time dia sakit.

admitted.
Ya, she's nearly admitted kat hospital tau. Tapi, maknya ni selfish masa tu, ok ceritanya macam ni. Kronologi ok. Last week, hari rabu, setelah 4 kali ke klinik dan dapat neb sekali, keadaan khadijah belum ok, Boleh dengar paru-paru dia wheezing, saya contact Dr Azyati aka Kak G yang rawat dia masa di NICU dulu. Mujur ada hubungan baik dengan dia, so kak g suggest bawa jumpa dia kat Az zahrah, dia buat locum kat sana. So rabu malam tu kami pergi. Dalam hati dok fikir, janganlah adik kena admit. Ha sekali Kak g cakap, better admit je lah khadijah ni. Bunyi kuat sangat ni, akalu kat hospital dia akan neb every 2 hours dah kalau ada patient macam ni. I was like ha? alamak, saya berterus terang je lah dengan Kak g, boleh tak kalau tak admit malam ni, dia dah suh pilih nak masuk az zahrah ke hospital serdang. Dia suggest hospital serdang sebab rekod dah ada, tapi admit kat az zahrah pun ok. Lulus untuk coverage.

Saya cakap kat Kak g, saya ada urusan penting di pejabat esoknya (khamis). Saya cakap kalau saya takde, habislah institut saya. Haha ada exaggerate sket, sebab saya takdelah sepenting itu kat pejabat, tapi since bos saya di luar negara, dan ada audit esoknya, ada bahagian saya kena siapkan, jadi saya memang tak boleh cuti esoknya, paling tidak petang ok lah boleh excuse. Huh kena sekali dengan kak g, dia cakap mama khadijah ni... Huhu it made me feels so bad ok. The whole night tu tidur tak lena, esoknya pun, sebab fikirkan saya lebih pentingkan kerja dari kesihatan anak. I was so sorry. Mujur suami tak desak saya. Thanx abang sebab memahami.. Saya minta kat kak g, boleh tak bagilah ubat dulu dan saya janji bawa khadijah jumpa dia semula jumaat untuk admit kat hospital serdang. Kak g bagi ubat singulair utk dihabiskan selama 6 minggu. Ubat ni rupanya biar kahak keluar ikut najis dia. First dose memang dah nampak kesan. Sempat kena neb juga malam tu. So khamisnya, saya tawakal je lah tinggalkan anak kat rumah pengasuh, sambil pesan kalau keadaan dia makin teruk, call lah saya.

Jumaatnya, saya siap kemas 2 beg, beg saya dgn khadijah lah kan prepare kalau kena admit. Kira pergi menyerah diri nih, lepas jumaat, suami balik bawa kami ke hospital serdang. Jumpa kak g, bila dia check, alhamdulillah bunyi wheezing dah berkurang. Memang saya pun agak macam tu, sebab saya memang monitor je khadijah. Tidur malam asyik terjaga je observe dia sepanjang 2 minggu ni. Tired ok tapi what to do.. Kak g cakap tak payah admit lah, continue ubat je lah. Syukur. Leganya kami. Ubat singulair tu supply for 2 weeks dah rm98, imaginelah kena continue sampai 6 minggu. Mujur pmcare cover, siap ada orang tu riak lagi sebab dia punya coverage unlimited, while mine is limited to rm45 per day :) takpe kasi chance lah kan..

So alhamdulillah, hari ni keadaan khadijah dah ok, tapi continue je lah makan ubat. Sampai satu ketika, dia kena makan 4 jenis ubat dalam satu masa, dia macam fobia dah tiap kali nampak umminya pegang syringe, terus lari dan nangis. Biasa ok je makan ubat. Kesian tengok, sekarang bagi dia ventolin dgn multivit je. Ok lah, takde aksi kena peluk, kepit, paksa macam sebelum ni.
masa ni hari jumaat 2 minggu lepas, badan dia panas sangat, sampai dia dah melepek je baring. Malam tu bawa pergi An nur, terus Dr bagi ubat ikut bontot. Suhu 38.6 c masa tu, maknanya kat rumah lagi panas lah sebab masa bawa di ke hospital, badan dia memang sangat panas.

muka budak baru baik demam, batuk, selsema. Dah makin kurus dik, dah lah sekarang suh makan pun taknak. Siap tutup mulut dengan tangan tu.. bijak bijak..

ha ni gambar dengan kakak aisyah, tengah makan kismis. Nampak bulat je muka kakak, dengan rambut serabai taknak ikat, ajak gunting pun taknak, tapi pergi taski boleh pula ikat rambut sebab nak pakai tudung. Apa-apa je lah kakak ya..

Oklah, baju yang dibasuh pun dah siap. Saya kena stop ni, kerja pejabat yang sebenarnya belum buat lagi. Mampukah bertahan lepas ni? kihkihkih..

Selamat berhujung minggu dan berehat ya kalian.
Moga dalam rahmat Allah sentiasa.
Setiap masalah itu pasti ada penyelesaiaanya.

3 comments:

Ana Suzana said...

sian anak2..harap2 mereka sihat dan kembali aktif spt biasa..aminnn.. =)

hajarus said...

betul la semoga diorang sihat seperti biasa...

mirah said...

ana, thanx.
alhamdulillah dah sihat ni..

hajar, thanx..