Baru sempat nak update ni.
Penat belum hilang lagi. Kami balik dari melaka isnin tengahari lepas checkout. Mula-mula perjalanan ok je dari selatan nak ke KL kan, tapi mula jammed di seremban. Kami amik exit Nilai sebab nak singgah Nilai1. Apalagi shopping kain lah. Kononlah kan, tapi sungguh tak puas hati sebab kain-kainnya not up to our taste. Heheh ada over sket kat situ, frankly speaking memang tak banyak choice yang kami berkenan, ended up beli juga lah sepasang, dengan 2 helai kain nak buat blouse. Balik ikut Sepang, maka takde lah jammed.
Singgah UPM hantar adik sorang, pastu headed to Hospital Selayang, nak tengok Fawwaz dan juga hantar Muaz. Solat maghrib then headed balik Serdang, singgah makan kat kedai then balik rumah terus ala-ala nak pengsan dah. Sebelum balik tu, di Melaka kami sempat pergi river cruise sekitar bandar tu lah kan. Sebabnya si Muaz lah beriya-iya nak naik, so layankan je lah. About 45 minit cruise, dengan bayaran RM 10 untuk dewasa, dan kanak-kanak RM5. Boleh tahan kan. Sehari sebelumnya, Ahad, sempat melawat sekitar Dataran Pahlawan tu, A Famosa etc, naik bus tour pusing bandar melaka juga, ni pun Muaz yang nak, nak duduk atas bas takde bumbung katanya. Haih tak kuasa kami nak duk berpanas kat atas tu, kami duduk kat tingkat bawah je, aman dalam aircond. Hihi.. aisyah dengan Khadijah siap tidur dalam bas tu, lebih kurang 40 minit gak lah dia pusing, bayaran RM5 untuk dewasa, kanak-kanak separuh harga tapi anak-anak kami tak kena chrage pun :). Bila dah seelsai tu, punyalah seronok Muaz tu, tak habis-habis cakap dia seronok. Ya lah, since parents dia tak de, kasi chancelah kan.
Gambar-gambar memang takde, saya tak ambil gambar pun, semua dalam kamera adik saya. Tunggu dia bagilah, bila tu entah lah ya. Memang puas hati kali ini, memang berjalan, pastu makan. Tu je lah yang kami buat sepanjang di melaka. Shopping pun tak sangat, sebab tak banyak yang menarik pun, cuma beli gula melaka nak bagi pada pengasuh anak-anak je. Shopping beli kain di Nilai je yang tak seberapa tu.
TAPI..bagi mengubati hati yang lara. Chewwah ayat tak boleh blah lah ni.. semalam kami bawa makabah ke KL pula, mana lagi kalau tak ke Jalan TAR. Kami pergi Jakel, sakan beli kain kat sana pula. Saya pun sampai rambang mata, beli juga 2 pasang buat baju raya. Tengah ada promosi, jadi dapatlah harga sedikit murah. Beli juga kain cotton untuk buat baju raya anak-anak. Lepas tu, bawa mak beli tudung pula. Saya tak beli pun, belum satu keperluan mendesak. hihi yang pasti, kena belanja berhemah ok, gaji bulan ni dah dapat, kena tunggu akhir bulan depan baru dapat gaji lagi, kalau tak sedar diri tak tahu lah kan.. Lepas tu pergi Sogo pula, pun tak beli apa-apa kecuali kat bahagian supermarket kat bawah tu je. Bagi peluang diaorang cari barang sambil kami layan si Aisyah makan aiskrim kat bawah tu. Dari di melaka lagi dia tuntut nak ais krim.
Itulah kisah cuti raya cina kami. Penat belum hilang lagi nih, pagi tadi, khadijah menangis taknak turun dari carseat dia bila sampai ke rumah pengasuh. Pergi dengan tak mandi pun sebab masing-masing lena tidur lagi. Sampai saya bye-bye dia nak pergi pun dia menangis lagi, haih anak..dah seronok banyak hari duk rumah dengan ummi kan, pastu boleh bangun lambat, tu liat sket nak bangun. Aisyah pula lagi best, saya tinggalkan dia kat abah dia je, dia taknak bangun. Biar abah dia hantar pergi sekolah je lah.
Jalan pun lengang je pagi ni, ramai yang ambil extra cuti rasanya.
Kerja tetap kerja, ok lah stop dulu.
3 comments:
Saya pun pegi Nilai 3 hari Isnin tu bawak mak and adik jln2..
Nilai3 memang tak best, dah la panas. kainnya semua tak up to date langsung n mahal..baik beli kat kg jer..
last2 mak saya beli bantal kekabu jer..huhu...nak jln2 cuci mata ok la..
yus,
akak pg nilai 1. Sebelum tu singgah masjid, tp takde air. Huhu just imagine je lah kan..
Ya baik beli tmpat lain, tak berbaloi nak pg beli kat nilai.
Ha'ah la kak. saya pun ada singgah Nilai 1 g masjid. Pegi toilet takde air..huhu..dah "uh uh" baru tau takde air..nasib baik kat tempat wuduk ade air..Tapi kite tak jumpe lak time tu kan?huhu
Kat Nilai 1 tu maybe akak pegi Nilai Square kot?
Post a Comment