Sunday, February 14, 2010

Melaka 1

Kami di Melaka sejak semalam.
Wah sungguh banyak perubahan berlaku di sini sejak kali terakhir menjejakkan kaki beberapa tahun lepas. Kami menginap di apartment since kami datang 2 family, family kakak, family saya, makabah dan adik-adik.

Tapi, kakak dan abang ipar dah balik dengan 2 anak saudara. Unexpected. Sebab anak saudara yang kecil, umar fawaaz memang kurang sihat, minggu lepas dah admitted then dah boleh keluar, nampak dah sihat tapi pastu demam balik. Since trip ni dah lama planned, maka kami semua proceed lah pergi. Nak dijadikan cerita, petang semalam, keadaan fawwaz nampak worse, dia menangis je tak senang duduk, by the way umur dia 9 bulan. Then, kami proceed bawa dia ke mahkota medical centre, dah tu je yang nampak. Doc checked, dia advised ambil darah sebab nak tengok ada infection ke tak sebab demam on off dah lama kan. Resultnya, memang darah fawwaz ada infection, so doc suruh admit. Tapi his parents decided nak bawa balik rawang dan admit kat hospital selayang je sebab dekat dengan rumah. Doc suh balik segera. Maka, baliklah mereka dan tinggal muaz, abang yang sulung dengan kami.

Fawwaz dah selamat masuk wad awal pagi tadi. Kena on antibiotik. Kami tak baliklah sebab kalau balik pun, tak ada banyak boleh dibuat, mereka di wad lagipun. So hari ini akan habiskan masa menghiburkan anak-anak dengan anak saudara ni, bawa jalan-jalan sekitar Banda Hilir ni. Ada yang nak naik cruise, ada nak naik bas, ada yang nak pergi zoo. Huhu macam-macam request. Malam tadi sempat pusing-pusing night market kat sini, tapi tak beli apa, bercampur takde mood sebab dah penat, budak-budak pun dah mengantuk.

Ok nanti kita sambung ya.



Salam cuti-cuti malaysia dari melaka :)

2 comments:

Dayah said...

cuti2 malaysia...bestnya..dh baik budak berdua tu??

mirah said...

dayah, ya cuti2 malaysia lagi.. kali ni ke melaka. Alhamdulillah anak2 sihat je..