Friday, February 19, 2010

Ke hospital lagi?

Semalam baru check bila tarikh khadijah ada appointment kat hospital lagi, rasa macam dah lama tak pergi. Apakah?? bukanlah maksudnya saya suka pergi hoapital, tapi maksudnya alhamdulillah lah kira keadaan khadijah ni bagus lah sebab tu dah jarang appointment di klinik pakar. Yang pasti, setakat ini ada 3 appointment untuk tahun 2010. Paling awal, 19 april ni di klinik paediatrik. 22 September di klinik opthamologi (mata) dan last sekali 28 oktober di klinik audio (telinga).

Di klinik paed tu macam biasa lahnak tengok perkembangan dia, pastu kena jumpa dietician. Oh sungguh saya paling malas nak jumpa dietician. Saya dengar dia suggest tapi saya tak ikut sangat. Huhu.. bukan apa, saya tahulah pattent makan anak saya kan. Ya tapi ada juga nasihatnya saya gunapakai ok. Untuk klinik mata, masa last visit, dr cakap mata khadijah ok, dia suh datang next appointment ni untuk test power mata dia je. Nak tengok samada mata dia ada power ke tak. Kalau ada, maybe kena pakai cermin mata awal rasanya, tapi harap-harap tak lah kan. Untuk telinga pula, masa check hari itu, setelah diberikan ubat tidur, telinga sebelah kanan response 100% cepat, tapi sebelah kiri achieve juga 100% cuma delay a bit, nak habis time frame dia bagi which is 2 minit kot, baru lah dapat 100%. So audiologist tu suh datang nak check semula this year.

Saya bersyukur dengan perkembangan khadijah sehingga ke hari ini. Kalau ikutkan sejak dia lahir April 2008 dan sepanjang tahun 2009, memanglah banyak appointment dia. Hampir tiap bulan gak lah. Sampai suatu masa dah muak menunggu kat klinik tu. Hihi..bukan apa, menunggu yang lama, jumpa doktornya paling lama pun 20 minit je, paling cepat 5 minit.

Syukur juga khadijah tak jadi admit tempoh hari..

Saya rasa ini gambar khadijah masa raya tahun 2008. Lupa sudah, tengok tu, dulu dia minum EBM takat guna botol kecil tu je, sekali minum hanya 2 oz je, masa ni umur dia 5-6 bulan kot..

Ini gambar dia dalam tak sihat baru-baru ini, saya agak berat dia akan turun sebab makan pun tak lalu sangat, tapi saya tetap rasa dia makin berat, sebab saya tak larat nak dukung dia lama-lama.. takpe, kita tunggu check up dia kat klinik kesihatan bulan mac nanti untuk confirmkan berapa berat dia ya...

2 comments:

Dayah said...

dah lain muka dia bila besar..nak pulak dah berambut panjang sekarang..makin comel

mirah said...

Dayah, a ah memang lain kan.
Dia dengan aisyah sangat lain, aisyah muka bulat, dia muka bujur panjang gitu...