Dah lama benar saya tak note down perkembangan anak-anak saya. Kira ni permulaan tahun, sebagai catatan pertama tahun inilah ni. Maybe saya boleh buat setiap 2-3 bulan sekali kan. OK saya cuba nanti.
Aisyah - 3 tahun 1 bulan.
Aisyah akan genap 3 tahun 1 bulan pada 26 Jan 2010 nanti. Dah makin matang sejak dah pergi school ni. Dari aspek kesihatan, berat dia ok dalam 15kg plus rasanya. Sakit pun jarang-jarang sangat. Kekadang, kalau adik selsema, tak jangkit dia pun. Seems immunity dia dah stabil rasanya. Selera makan, sekejap ok sekejap tak. Kalau time ok, maybe based on menu apa agaknya, dia makan bertambah-tambah, kalau dia taknak, huh janganlah paksa, nanti kita tension pula dia tak makan. Menu favourite mesti yang ada sotong, udang. Tapi dia amkan juga ayam, ikan dan sesekali daging. Sayur yang dia makan hanyalah brocolli, cauliflower, timun. Yang lain tak payah bagilah, harus kena reject. Tapi, saya gigih juga masak sayur hari-hari bekal kat mereka, tak tahulah sapa yang makan, harap-harap dalam kuah lauk tu contained sedikit zat sayur tu lah. Eh ada ke macam tu? (suka hati buat teori sendiri. haha..)
Aisyah kira dah hafal juga A-Z, Alif ba ta sampai habis. 1-10 dua2 bahasa dah boleh. Counting pun dah pandai. Kalau dia tengok benda, dia kira pastu tunjuk dengan jari dia. Setakat sampai 10 je lah baru. Bab menulis, dia kurang ssket, cepat boring nampaknya. Tapi, blame on me juga, memang jarang ajar dia menulis, banyak ajar dia membaca dan story-telling je. Dari segi vocab, dah banyak perkataan dia tahu, juga yang dalam dua bahasa. Yang basic-basic je lah. Sejak pergi sekolah ni, tahu pula bangun awal. Kalau dulu pukul 7 tu masing-masing liat nak bangun, sekarang ni 6.30 dah bangun dua-dua lak tu. Sempatlah dia ceria-ceria dulu awal pagi tu sebelum ummi dia bising suh mandi, pakai baju, makan. Hihi.. Satu je yang kekadang ummi tension dengan kakak, bila kakak nak ummi buat sesuatu, kakak nak waktu tu juga. Ummi cakap tunggulah sekejap, ummi tengah buat kerja lain masa tu, tapi kakak jerit-jerit nak juga, selagi tak buat apa dia nak, memang duk macam tu lah. Kakak, please have some patience ok...
Khadijah - 1 tahun 9 bulan.
Genap 1 tahun 9 bulan pada 12 Jan 2010. Adik, kita ada 3 months lagi nak lengkapkan tempoh penyusuan genap 2 tahun. Walaupun dah mixed feeding since 3 bulan lepas, saya pasrah. Apapun, moga adik dah benefited dari the past 18 months fully breastfeed dengan ummi ya. And ummi percaya, adik dah proved kannya di mana adik tak pernah sakit teruk sehingga kena masuk wad ke, sebab ummi selalu dengar, biasanya anak prem ni akan selalu sakit, ulang alik ke wad je nanti (sampaikan masa tahun 2008 - adik lahir tu, cuti tahunan ummi banyak tinggal sebab ummi saja reservekan kalau-kalau adik sakit, kena dok wad ke apa, tapi alhamdulillah sehingga ke hari ini adik masih sihat). Setakat demam, selsema dan sesekali batuk tu adatlah kan, tu semua untuk boost immunity adik tu. Masih lagi kena follow up dengan klinik paed, sekarang ni dah reduce jadi 4 bulan sekali. Berat adik, ummi rasa masih lagi 8kg plus. Ummi tahu adik makan banyak, tapi still berat tak naik banyak, maybe semua yang adik makan, turns jadi tenaga, tak banyak yang save jadi lemak agaknya kan. Ummi tak restrict certain foods untuk adik dah, semua makan asalkan junk food memang akan elak sesangat. Tapi, tak de daya nak menolak bila kita duk dalam group, pastu ada orang tu anak dia makan junk food dan bagi pada anak kita. Rasa nak larikan diri je..
Dari segi vocab memang dah improve lah sekarang ni. Antara yang adik boleh sebut: Allah, abah, apple, atok, bee, cat, car, bus, dog, fish, Nak, Mi, ball, adik, kakak, nenek, mak dan beberapa lagi. Kalau kita suh dia sebut sesuatu tapi dia tak tahu, kita still boleh dengar dia sebut dalam tekak je, tapi tak keluar suara, contohnya, po ta to. Akan bunyi uu, uu, uu. Maksudnya akan dengar 3 suku kata juga, cuma bunyi tak keluar. Masih belum dapat panggil ummi, sekadar mi je. Tapi, kalau menangis, panggil abah. Abah tu ummi dan abah juga lah. Suka ikut apa kakak buat dan sebut. Aisyah yang rajin ajar dia bercakap, dia sebut pastu suh adik ikut. Sweet kan..
Parut di dada dan 6 lagi parut jahit di sisi kiri dan kanan dada dia memang takkan hilang nampaknya. Sampai sekarang, masih sangat jelas. Selalu aisyah juga tanya kenapa dengan dada adik. Mm..setiap kali ummi tengok tu, mengimbau kisah lama dia. Namun, bersyukur sangat sebab adik sihat sampai ke hari ini. Siapa sangka anak sekecil tapak tangan merely 1kg je berat, survived until now. Subhanallah. Terima kasih Allah atas nikmat ini yang memang buat kami makin tunduk pada Mu.
p/s: Sepatutnya entry ni publish semalam tapi saya save dulu instead of publish, sebab ingat nak upload gambar, tapi tak sempat nampaknya, dari saya peram lagi lama, baik saya publish je lah tanpa gambar. Huhu..
p/s 2: semalam bila saya ambil anak-anak petang, khadijah jerit panggil saya ummi..., biasanya dia jerit abah. Oh happy..happy.. :)
p/s 3: pagi tadi, dua-dua jatuh tangga, sempatlah beberapa anak tangga pastu jatuh kena lantai simen. Dua-dua nak ikut saya naik atas, biasanya ok je khadijah naik sendiri, tapi tadi aisyah pegang tangan dia sambil naik, tak stabil lah kawan tu, maka jatuh si adik, dikuti dengan kakak yang pegang tangan adik, dan last sekali kakak hempap adik. Oh menangis kuat masing-masing. Aisyah ok je, khadijah lah nampak merah dahi dia. Dah pesan pada pengasuh dia, kalau khadijah ada simptom lain dari hari lain, suh cepat-cepat call. Harap-harap semua ok. Amin.
p/s 4: banyak betul p/s saya kan.. :)
6 comments:
harap takde pape la kesan jatuh tangga tu.
best tgk progress anak kan?
mamamiya,
harap2 begitulah, so far belum dapat call, ok lah agaknya tu. Tghari nnt pegi tgk dia.
a ah sekejap je rasa semua dah besar. Fuh..
sebab ummi selalu dengar, biasanya anak prem ni akan selalu sakit, ulang alik ke wad
ni mitos kan?? until kita lalui sendiri...
memang org kata baby prem selalu ada masalah, tapi anak-anak akak, dua-dua pun ALhamdulillah syukur tader masalah kesihatan.. syukur la sangat, mula-mula memang takut..
cousin-cousin akak pun ramai lahirkan baby prem.. semua dah besar panjang skrng, dan Alhamdulillah juga, memang dari kecil tader masalah kesihatan...
demam, batuk, tu biasa la kan..
akk, 1st vocab khadijah ms umur dia brp ye? safiyyah ni 1 vocab pun takde lg. kdg2 duk ajar dia 1-1 perkataan, dia gi gelak pulak. adeh, dia ingt kita duk main dgn dia agaknya :p. sblm ni duk dgr dia sebut perkataan 'abah' byk kali tp rsnya bkn 1st vocab dia kot sbb kitorg tak pernah ajar dia sebut abah. ayahnya pun dipanggil papa, bknnya abah..
K pnut, a ah seems like mitos atau mungkin juga kita bernasib baik. Ada juga saya dengar anak2 kawan yg prem ni ada mslh kesihatan. Rezeki masing-masing kan, apapun kita jagalah dgn sebaik mungkin.
nadiah,
akak pun lupa bla tp rasanya masa umur range 1 tahun - 1 thn stengah. First word, 'abah'. Sekarang ni dah byk vocab sket sbb rajin duk ajar dia dan dia pula suka ajuk kakak dia cakap. Takpe, ajar je, lelama dia dapat lah tu.
Post a Comment