Wednesday, January 27, 2010

Kena buli..

Cuba teka sapa yang kena buli?


Oh ni nak cerita pasal anak-anak saya lah ni. Si adik suka benar buli si kakak, contohnya tetiba pergi tarik rambut kakak, tak pun ambil barang ketuk kepala kakak, atau juga, bila kakak baring, dia akan pergi duk baring juga atas kakak, ada juga kakak tengah elok-elok main/ baca buku, dia pergi duduk atas riba kakak. Haa macam mana tak menjerit si kakak tu? Mula-mula saya biar je dulu, tak pun suruh aisyah bangun pergi duduk tempat lain, tapi kalau dia buat juga, saya pergi dekat khadijah, saya pukul sket tangan dia, tak pun saya angkat dia letak tempat lain. Adakala dia sengih-sengih buat tak tahu je, ada waktunya, dia menangis sebab dia tahu saya marahkan dia. Alah tapi sekejap je insaf nya, pastu dia buat lagi. Huhu tak padan dengan kecik kamu ni dik... Mujurlah si kakak tu tak membalas balik. Dan yang terkini, dia dah berjaya panjat sendiri kerusi makan yang orang dewasa duduk tu, turun je belum, kaki tak sampai. Ahaks..kena extra cautious lah ummi lepas ni, tak leh leka takut dia terjatuh je..

Dua-dua tengah tak sihat. Aisyah tengah demam, batuk, selsema. Pakej terus. Dah banyak hari makan ubat tak kebah, on off je demam, dah 3 hari juga dia tak pergi sekolah. Khadijah pula tengah batuk dan selsema. Bila timbang dia tadi, berat 8.5 kg. Naik lah sket dari bulan lepas, tapi akhir-akhir ni sangat susah makan. Dulu dia suka dan makan banyak, sekarang ni, dua tiga suap je. Maka, dan dan tu jugalah saya gigih hari-hari bagi dia minum multivitamin. Biasanya dalam multivitamin kan ada lysine yang boleh enhance selera makan anak kan. Ubat-ubatan tu dah sangat banyak kat rumah, tinggal suap je sebenarnya tapi sebelum ni saya nampak mereka makan berselera je, saya biarlah dulu. Dah jadi macam ni, baru menggelabah lah saya.. Bukan apa, saya tak nak expose kan banyak artificial vitamins ni pada mereka kalau boleh, since mereka boleh dapat dari menu harian mereka kan, tapi tu lah since masing-masing tak sihat dan selera makan pun menurun, kena lah juga bagi. Tambah lagi macam aisyah, dia terdedah lagi banyak risiko mendapat penyakit common macam selsema, batuk, demam ni sebab dia berjumpa ramai kawan di sekolah. Common lah kan these 3 basic illnesses ni cepat spread among toddlers yang berada di environment yang sama, kan.

Sebelum ni saya boleh dapat free je supply mutivitamin, vitamin C etc. Sebab PKU cover kan, tapi sekarang ni klinik panel dah tak benarkan beli vitamin lagi, eh bukan tak bagi, tapi kena beli sendiri, tak boleh masuk bil. Sebotol vitamin C Appeton harga RM 15 kat klinik panel. Suka hati je sebelum ni, pergi je minta beli vitamin. Haha satu keselesaan dah ditarik balik. Di PKU pula saya tak pasti. Beberapa bulan lepas, saya bawa anak-anak pergi, khadijah dapat sebotol syrup multivitamin Appeton gak, aisyah pula dapat sebotol vitamin c. Lepas tu, pergi lagi, tapi kali ni dengan doktor lain lah, dia bagi juga vitamin tapi 6 biji je. Hihi.. tak tahulah kalau sekarang bagaimana. Kos sara hidup meningkat. Semua kena beli sendiri nampaknya. Klinik panel suami ok lah, unlimited payment untuk sehari. Macam saya, maximun RM45 sehari. Saya ada cita-cita (angan-angan je dulu tak pe kan) untuk anak seterusnya nak bersalin kat private, eceh mentang-mentang company suami cover kan. Tu kalau lah.. kalau je, belum pasti lagi.

Ok ok saya nak stop dulu, dah lari jauh benar dari tajuk nampaknya..
Moga anak-anak saya cepat sembuh. Sakit ini juga ujian, tanda ingatan Allah pada kita, especially buat umminya yang harus lebih bersabar menangani karenah anak-anak. Adatlah anak tengah membesar, sakit itu sebagai penanda aras kesihatan mereka kan...

7 comments:

fiza said...

Adik, jgn buli kakak lagi tau...ahaks...

Get well soon to aisyah & khadijah (^_^)

rafiza said...

salam kak mirah,

hmm, boleh tahan adik nih..kakak pulak baik, pandai ummi didik kakak..

sy pula tak retila nak buat cemana kat kakak..tapi so far makin ok..ada timenye dia kacau adik..lebih2 lagi kalau walidnya ada..lain macam sikit..mcm over manja n minta perhatian pulak..
padahal bila walid kerja luar elok je..(takdela elok memanjang, tapi bila kita kasi remark 'jgn' tu selalunya dia faham n buat something else..)
tapi bila walid ada, sy jd pening sikit, kakak tiba2 nangis jerit2 tengah malam..kalau jadi tu mmg sy surrenderla..bg terus kat walidnya..

hmm..

mirah said...

Fiza,
thanx. Hari ni aisyah dah pergi sekolah. Nampak sihat sket tu..

mirah said...

Rafiza,

Kakak ada juga kacau adik, tapi jarang lah. Nanti kalau sempat akak tulis entry lain ya.

Maybe sebab aisyah dah besar, selalu remind kan dia kan kakak, dia pun behave like a sister now. Kalau adik nangis time saya tgh buat benda lain. Dia akan pergi kat adik tanya 'kenapa adik? sakit kat mana? ok fuss fuss (tiup tempat yg sakit tu lah).. ok ok dah dah eh..'

Biasalah tu fatimah nak perhatian time walid dia ada. Kena pandai tackle lah ya..

rafiza said...

haahla kak
kelakar tau, bila umminya nak marah adik atau piap adik, nnt kakak akak buat balik style garang kat sy, dia ala2 bagi remark jugakla "ummi!!' tak pun, "ummi!!janganla!!" dgn pandangan dan jelingan dia tu..heheh..jgn main2..
takpun kalau tangan sy dah sampai kat adik tu, adik nangis diala pujuk, "alalala..meh sini meh.." time tu mmg gelakla..terharu pun ada gak..

Nadiah Sidek said...

hihi..boleh tahan juga ye si adik menyakat kakak

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇