Saturday, January 30, 2010

Masih tak sihat...

Kami di Muar ni. Anak-anak saya masih belum sihat. Haih bersilih ganti demam, kejap baik, esok demam semula, bergilir-gilir pula tu. Oh ya malam tadi, kami bawa khadijah ke An-Nur sebab badan dia panas sangat, sampai hospital, doktor check suhu dia 38.9 C. Saya cakap yang masa kat rumah, badan dia lagi panas. Dia terus masuk ubat ikut punggung. Lepas tu, doktor cakap khadijah nak kena ambil gas, hah terkejut saya. Memang dia batuk, selsema juga. Saya tak benarkan doktor buat sebab saya rasa keadaan dia tak seteruk itu, doktor cakap ok tapi dia suh monitor, kalau hari ini masih tidak baik, dia suh datang hospital lagi.

Pagi tadi, mereka ok, bila dah petang ni, masing-masing dah kepenatan. Selepas bagi ubat tadi, semua dah tidur. Badan dah kurang panasnya. Probably, esok kami akan ke hospital an-nur semula. Doakan mereka cepat sembuh. Doktor cakap kalau sampai ahad belum baik, dia minta datang untuk check darah.

Anak saudara saya juga tengah sakit, tetiba kena admitted kat hosp selayang suspected pneumonia. Moga cepat sembuh juga. Sungguh unexpected.

Friday, January 29, 2010

Ada juga..

Berbalik kepada entry sebelum ni, ada juga si kakak buat kat adik. Tapi tu time dia geram sangatlah contohnya macam malam tadi, khadijah kacau dia tengah tampal-tampal kertas, dia ambil pensil, dia ketuk juga kat bahu adik kena tak kena juga lah sambil mulut bunyi..'eeii... eeii..' maksudnya dia tengah geram lah tu. Cepat-cepat saya cakap aisyah, no. Dia berhenti. Sama juga masa hari tu, adik dia tetiba merangkak, dia pergi nak duduk atas adik, wah menjeritlah saya. Dia berhenti pastu saya tanya dia 'Aisyah tak sayang adik ke?' Dia jawab 'sayang..'. Saya tanya lagi 'habis tu kenapa buat macam tu kat adik, kesian kat adik, adik kan kecil, aisyah kan berat, nanti patah pinggang adik, aisyah nak ke? dia jawab lagi 'tak nak..'. 'Nak adik masuk hospital ke?' saya provoke lagi. Aisyah jawab 'No..'. Ok kalau taknak, aisyah jangan buat lagi ok? Promise? Dia jawab 'ok, promise'.

Mendidik anak dengan cara yang betul ni memang sukar. Saya mengakui yang ada waktunya saya naik angin juga. Tapi, seboleh mungkin cuba mengambil sesuatu keadaan itu dengan tenang, sabar dan berhemah. Sebab dua-dua dah kira toddler, approach pun kena lebih kurang sama. Kena treat dengan sama pun ya juga kekadang. Adik nak seperti kakak dapat, kakak pun nak juga sama macam adik. Aisyah akan marah kalau barang mainan dia masa kecil, kita cakap tu adik punya. Dia akan cakap; No, ni aisyah punya. Kenalah kita betulkan ya lah, kakak punya, tapi kakak dah big, bagi adik pinjam ya. Kalau berebut buku dah perkara biasa. Adik pun taknak mengalah tu.

Aisyah dah pergi sekolah sejak semalam. Seronok dia.
Esok kami nak balik Muar. Dah lama tak balik sana, mesti atuk diaorang rindu dengan cucu-cucu. Ya lah walaupun tak balik, dah jumpa masa pergi bercuti ke Bukit merah tempoh hari.

Selamat Berhujung Minggu kalian..

Wednesday, January 27, 2010

Kena buli..

Cuba teka sapa yang kena buli?


Oh ni nak cerita pasal anak-anak saya lah ni. Si adik suka benar buli si kakak, contohnya tetiba pergi tarik rambut kakak, tak pun ambil barang ketuk kepala kakak, atau juga, bila kakak baring, dia akan pergi duk baring juga atas kakak, ada juga kakak tengah elok-elok main/ baca buku, dia pergi duduk atas riba kakak. Haa macam mana tak menjerit si kakak tu? Mula-mula saya biar je dulu, tak pun suruh aisyah bangun pergi duduk tempat lain, tapi kalau dia buat juga, saya pergi dekat khadijah, saya pukul sket tangan dia, tak pun saya angkat dia letak tempat lain. Adakala dia sengih-sengih buat tak tahu je, ada waktunya, dia menangis sebab dia tahu saya marahkan dia. Alah tapi sekejap je insaf nya, pastu dia buat lagi. Huhu tak padan dengan kecik kamu ni dik... Mujurlah si kakak tu tak membalas balik. Dan yang terkini, dia dah berjaya panjat sendiri kerusi makan yang orang dewasa duduk tu, turun je belum, kaki tak sampai. Ahaks..kena extra cautious lah ummi lepas ni, tak leh leka takut dia terjatuh je..

Dua-dua tengah tak sihat. Aisyah tengah demam, batuk, selsema. Pakej terus. Dah banyak hari makan ubat tak kebah, on off je demam, dah 3 hari juga dia tak pergi sekolah. Khadijah pula tengah batuk dan selsema. Bila timbang dia tadi, berat 8.5 kg. Naik lah sket dari bulan lepas, tapi akhir-akhir ni sangat susah makan. Dulu dia suka dan makan banyak, sekarang ni, dua tiga suap je. Maka, dan dan tu jugalah saya gigih hari-hari bagi dia minum multivitamin. Biasanya dalam multivitamin kan ada lysine yang boleh enhance selera makan anak kan. Ubat-ubatan tu dah sangat banyak kat rumah, tinggal suap je sebenarnya tapi sebelum ni saya nampak mereka makan berselera je, saya biarlah dulu. Dah jadi macam ni, baru menggelabah lah saya.. Bukan apa, saya tak nak expose kan banyak artificial vitamins ni pada mereka kalau boleh, since mereka boleh dapat dari menu harian mereka kan, tapi tu lah since masing-masing tak sihat dan selera makan pun menurun, kena lah juga bagi. Tambah lagi macam aisyah, dia terdedah lagi banyak risiko mendapat penyakit common macam selsema, batuk, demam ni sebab dia berjumpa ramai kawan di sekolah. Common lah kan these 3 basic illnesses ni cepat spread among toddlers yang berada di environment yang sama, kan.

Sebelum ni saya boleh dapat free je supply mutivitamin, vitamin C etc. Sebab PKU cover kan, tapi sekarang ni klinik panel dah tak benarkan beli vitamin lagi, eh bukan tak bagi, tapi kena beli sendiri, tak boleh masuk bil. Sebotol vitamin C Appeton harga RM 15 kat klinik panel. Suka hati je sebelum ni, pergi je minta beli vitamin. Haha satu keselesaan dah ditarik balik. Di PKU pula saya tak pasti. Beberapa bulan lepas, saya bawa anak-anak pergi, khadijah dapat sebotol syrup multivitamin Appeton gak, aisyah pula dapat sebotol vitamin c. Lepas tu, pergi lagi, tapi kali ni dengan doktor lain lah, dia bagi juga vitamin tapi 6 biji je. Hihi.. tak tahulah kalau sekarang bagaimana. Kos sara hidup meningkat. Semua kena beli sendiri nampaknya. Klinik panel suami ok lah, unlimited payment untuk sehari. Macam saya, maximun RM45 sehari. Saya ada cita-cita (angan-angan je dulu tak pe kan) untuk anak seterusnya nak bersalin kat private, eceh mentang-mentang company suami cover kan. Tu kalau lah.. kalau je, belum pasti lagi.

Ok ok saya nak stop dulu, dah lari jauh benar dari tajuk nampaknya..
Moga anak-anak saya cepat sembuh. Sakit ini juga ujian, tanda ingatan Allah pada kita, especially buat umminya yang harus lebih bersabar menangani karenah anak-anak. Adatlah anak tengah membesar, sakit itu sebagai penanda aras kesihatan mereka kan...

Sunday, January 24, 2010

Terima kasih Dayah!

Anak-anak saya sedang menikmati tidur petang. Aman rumah. Hihi.. saya sebenarnya nak buat entry khas untuk Dayah yang hadiahkan saya buah pala, brooch dan fridge magnet yang comel untuk blog giveaway nya, tapi hasrat lama tertangguh sebab sibuk pun ya sepanjang minggu lepas, pastu the only camera phone yang saya ada agak tidak berfungsi sebab handphone saya telah jatuh lagi untuk kesekian kalinya menyebabkan fungsi skrin nya agak out ok. Susah sungguh kalau nak baca, tulis sms mahupun juga nak mencari nombor telefon, sekadar jawab panggilan je ok lagi. Kesian kat saya, kan.

Kepada Dayah, terima kasih banyak2 ya di atas hadiah tersebut. Pandai anaknya, Shukrina pilih nama auntie kan. Maafkan saya yang tidak dapat nak kongsikan gambar hadiah tersebut dengan kawan-kawan bloggers lain. Tapi, sebab nak juga tayang hadiah tu, saya check balik kat entry lama Dayah dan jumpa gambar2 hadiah tu, so saya nak share lah yang Dayah bagi pada saya adalah fridge magnet warna hijau tu dan brooch warna silver. Aci lah kan. Dan satu lagi, buah pala kering. Thanx again Dayah.

Gambar taken di entry ini.


Dayah, moga Allah memberkati Dayah dan keluarga. Terima kasih lagi sekali.


Thursday, January 21, 2010

Chomel

Kedai chomel organizing this giveaway. Saya teringin nak join sebab saya berkenan kat nursing cover tu. Juga felt and fabric ABC tu. Tapi sebab kena pilih, saya pilih lah nak nursing cover tu. Setakat menyusukan khadijah 21 bulan ni, percaya tak saya takde nursing cover, main cover-cover dengan tudung je kalau kat luar, mujur pakai tudung labuh sket. Kenapa tak beli? Emm..entahlah saya pun tak pasti. Mungkin sebab saya tak jumpa nursing cover kat kedai nyata, sebab saya macam choosy sket nak beli benda melibatkan material kain ni kan, kalau takde depan mata, macam payah nak pilih, mungkin juga sebab belum jumpa design yang berkenan, tapi biar apapun, saya tetap nak try giveaway ni sebab boleh dapat percuma, kan, kan.. :). Corak kainnya pun menarik, sampai saya pun tak sure nak corak yang mana. Tak percaya, tengok bawah ni ok.

Saya rasa nak kain yang corak paling bawah sekali. Cantikkan corak bunga agaknya(nampak sipi-sipi je), boleh match dengan semua baju. Oh saya berharap akan ada satu nursing cover untuk guna semasa menyusukan khadijah kat luar, kekadang kalau ramai sangat people kat public, saya terpaksa elakkan menyusukan khadijah, pity her, kan. Bila dah time kat luar, barulah terasa pentingnya nursing cover ni, tapi pastu hilang macam tu je intentionnya. Saya nak, saya nak. Serius ni.

Imagining myself wearing nursing cover ni. Cantik kan.
Tambah pula kalau dapat before cuti raya cina, kami ada family trip ke melaka, mesti berguna nursing cover ni..

Jadi, apa lagi kalian, cubalah try buat giveaway ni. Klik ke sini. Hadiah sangat best dan menarik tau, ni saya list kan kat bawah. Gigih saya masukkan juga gambar hadiah ni suh mak-mak yang ada teringin nak join sama. Alah adat menang kalah bertanding tu biasalah kan. Rezeki masing-masing. Tapi, saya confirm nak hadiah nursing cover kat atas tu. :)

Chomel Paci ClipChomel Nursing Clip

Chomel Fabric Alpahbet (A to Z)

Chomel Felt Alphabet (A to Z)


Chomel Burp Cloth


Ok enough said. Cepat-cepat lah join ya, deadline penyertaan 31 jan 2010.


p/S: pagi tadi hari inovasi institut, tapi saya tak cukup bertuah sebab dah lah tak menang award, cabutan bertuah pun tak dapat. Thanx yus aka roomate yang sudi share hamper biskut dia. :)


Wednesday, January 20, 2010

minggu yang sibuk

Lama tak update blog. Minggu ni memang sibuk sebab jumaat ini ada majlis di institut. Masing-masing bekerja keras ni. Bila cuba selaraskan masa untuk adakan mesyuarat, setakat ini yang lapang hanya pada akhir bulan februari. Huhu tak boleh, tak boleh, dah lambat sangat tu. Saya tengah arrange kan beberapa mesyuarat, seminar dan beberapa deadline lagi yang perlu diambil kira. Kekadang, bila kita rasa masa sangat singkat, sebenarnya ia membuatkan kita makin bijak menguruskan masa dan peluang yang ada, kan.

p/s: sempat tulis entry baru sebab dah lepas satu tugasan. Oh ada lagi tugasan lain kena buat petang ini.

Monday, January 11, 2010

Update perkembangan anak-anak

Dah lama benar saya tak note down perkembangan anak-anak saya. Kira ni permulaan tahun, sebagai catatan pertama tahun inilah ni. Maybe saya boleh buat setiap 2-3 bulan sekali kan. OK saya cuba nanti.

Aisyah - 3 tahun 1 bulan.
Aisyah akan genap 3 tahun 1 bulan pada 26 Jan 2010 nanti. Dah makin matang sejak dah pergi school ni. Dari aspek kesihatan, berat dia ok dalam 15kg plus rasanya. Sakit pun jarang-jarang sangat. Kekadang, kalau adik selsema, tak jangkit dia pun. Seems immunity dia dah stabil rasanya. Selera makan, sekejap ok sekejap tak. Kalau time ok, maybe based on menu apa agaknya, dia makan bertambah-tambah, kalau dia taknak, huh janganlah paksa, nanti kita tension pula dia tak makan. Menu favourite mesti yang ada sotong, udang. Tapi dia amkan juga ayam, ikan dan sesekali daging. Sayur yang dia makan hanyalah brocolli, cauliflower, timun. Yang lain tak payah bagilah, harus kena reject. Tapi, saya gigih juga masak sayur hari-hari bekal kat mereka, tak tahulah sapa yang makan, harap-harap dalam kuah lauk tu contained sedikit zat sayur tu lah. Eh ada ke macam tu? (suka hati buat teori sendiri. haha..)

Aisyah kira dah hafal juga A-Z, Alif ba ta sampai habis. 1-10 dua2 bahasa dah boleh. Counting pun dah pandai. Kalau dia tengok benda, dia kira pastu tunjuk dengan jari dia. Setakat sampai 10 je lah baru. Bab menulis, dia kurang ssket, cepat boring nampaknya. Tapi, blame on me juga, memang jarang ajar dia menulis, banyak ajar dia membaca dan story-telling je. Dari segi vocab, dah banyak perkataan dia tahu, juga yang dalam dua bahasa. Yang basic-basic je lah. Sejak pergi sekolah ni, tahu pula bangun awal. Kalau dulu pukul 7 tu masing-masing liat nak bangun, sekarang ni 6.30 dah bangun dua-dua lak tu. Sempatlah dia ceria-ceria dulu awal pagi tu sebelum ummi dia bising suh mandi, pakai baju, makan. Hihi.. Satu je yang kekadang ummi tension dengan kakak, bila kakak nak ummi buat sesuatu, kakak nak waktu tu juga. Ummi cakap tunggulah sekejap, ummi tengah buat kerja lain masa tu, tapi kakak jerit-jerit nak juga, selagi tak buat apa dia nak, memang duk macam tu lah. Kakak, please have some patience ok...

Khadijah - 1 tahun 9 bulan.
Genap 1 tahun 9 bulan pada 12 Jan 2010. Adik, kita ada 3 months lagi nak lengkapkan tempoh penyusuan genap 2 tahun. Walaupun dah mixed feeding since 3 bulan lepas, saya pasrah. Apapun, moga adik dah benefited dari the past 18 months fully breastfeed dengan ummi ya. And ummi percaya, adik dah proved kannya di mana adik tak pernah sakit teruk sehingga kena masuk wad ke, sebab ummi selalu dengar, biasanya anak prem ni akan selalu sakit, ulang alik ke wad je nanti (sampaikan masa tahun 2008 - adik lahir tu, cuti tahunan ummi banyak tinggal sebab ummi saja reservekan kalau-kalau adik sakit, kena dok wad ke apa, tapi alhamdulillah sehingga ke hari ini adik masih sihat). Setakat demam, selsema dan sesekali batuk tu adatlah kan, tu semua untuk boost immunity adik tu. Masih lagi kena follow up dengan klinik paed, sekarang ni dah reduce jadi 4 bulan sekali. Berat adik, ummi rasa masih lagi 8kg plus. Ummi tahu adik makan banyak, tapi still berat tak naik banyak, maybe semua yang adik makan, turns jadi tenaga, tak banyak yang save jadi lemak agaknya kan. Ummi tak restrict certain foods untuk adik dah, semua makan asalkan junk food memang akan elak sesangat. Tapi, tak de daya nak menolak bila kita duk dalam group, pastu ada orang tu anak dia makan junk food dan bagi pada anak kita. Rasa nak larikan diri je..

Dari segi vocab memang dah improve lah sekarang ni. Antara yang adik boleh sebut: Allah, abah, apple, atok, bee, cat, car, bus, dog, fish, Nak, Mi, ball, adik, kakak, nenek, mak dan beberapa lagi. Kalau kita suh dia sebut sesuatu tapi dia tak tahu, kita still boleh dengar dia sebut dalam tekak je, tapi tak keluar suara, contohnya, po ta to. Akan bunyi uu, uu, uu. Maksudnya akan dengar 3 suku kata juga, cuma bunyi tak keluar. Masih belum dapat panggil ummi, sekadar mi je. Tapi, kalau menangis, panggil abah. Abah tu ummi dan abah juga lah. Suka ikut apa kakak buat dan sebut. Aisyah yang rajin ajar dia bercakap, dia sebut pastu suh adik ikut. Sweet kan..

Parut di dada dan 6 lagi parut jahit di sisi kiri dan kanan dada dia memang takkan hilang nampaknya. Sampai sekarang, masih sangat jelas. Selalu aisyah juga tanya kenapa dengan dada adik. Mm..setiap kali ummi tengok tu, mengimbau kisah lama dia. Namun, bersyukur sangat sebab adik sihat sampai ke hari ini. Siapa sangka anak sekecil tapak tangan merely 1kg je berat, survived until now. Subhanallah. Terima kasih Allah atas nikmat ini yang memang buat kami makin tunduk pada Mu.

p/s: Sepatutnya entry ni publish semalam tapi saya save dulu instead of publish, sebab ingat nak upload gambar, tapi tak sempat nampaknya, dari saya peram lagi lama, baik saya publish je lah tanpa gambar. Huhu..

p/s 2: semalam bila saya ambil anak-anak petang, khadijah jerit panggil saya ummi..., biasanya dia jerit abah. Oh happy..happy.. :)


p/s 3: pagi tadi, dua-dua jatuh tangga, sempatlah beberapa anak tangga pastu jatuh kena lantai simen. Dua-dua nak ikut saya naik atas, biasanya ok je khadijah naik sendiri, tapi tadi aisyah pegang tangan dia sambil naik, tak stabil lah kawan tu, maka jatuh si adik, dikuti dengan kakak yang pegang tangan adik, dan last sekali kakak hempap adik. Oh menangis kuat masing-masing. Aisyah ok je, khadijah lah nampak merah dahi dia. Dah pesan pada pengasuh dia, kalau khadijah ada simptom lain dari hari lain, suh cepat-cepat call. Harap-harap semua ok. Amin.

p/s 4: banyak betul p/s saya kan.. :)

Saturday, January 9, 2010

Aisyah first week at school

Ya ya saya tahu saya seolah dah tertinggal keretapi, baru nak cerita pasal anak masuk sekolah. Maka instead of her first day at school, saya conclude jadi seminggu lah ya :). Aisyah was just fine. Sepanjang seminggu ni, apa yang boleh saya simpulkan ialah, dia dah boleh berdikari, yang mana menyebabkan saya terpaksa akur yang dia dah besar dan let her be in her own self. Maksudnya, saya cuba untuk biar dia pilih apa dia nak buat dan kita monitor sahaja. Sungguh saya tak sangka, suatu hari saya akan lepaskan dia berdikari, and it was on her first day at school. Terharu tau perasaannya. Masa isnin pagi tu, saya hantar dia dan pesan berbagai-bagai lah kan, pastu dia relax je masuk dan pergi serbu mainan. Dan cikgu pun cakap takpelah kalau parents nak balik, lagi lama tunggu lagi susah anak nak lepas nanti. So, me yang sangat risau ni pun dah tak tahu nak buat apa lagi, 'terpaksa'lah balik. Then, ada satu perasaan datang dalam hati cakap saya kena percaya pada anak saya. She will learn to be independent soon. Maka, saya pun headed ke ofis, sampai ofis tengok jam 8.20 pagi. Termenung gak sekejap ingat kat aisyah tapi cepat-cepat put away perasaan tu, macam tak sangka cepatnya proses tu pun ada. Eceh see mak nya yang over tau anak masuk sekolah. :) Kihkihkih... tu baru prasekolah..

Dan rutin harian saya juga berubah. Saya hantar aisyah half day je, lunch hour kena lah keluar amik dia. Memanglah sangat malas ok nak drive keluar tengahri ni, i'd prefer stay kat ofis je, beli lunch pun kat area ofis je. Tapi, anak punya pasal kan, haruslah juga. Lepas ambil dia, then bawa ke rumah pengasuh dia. Since dia pun actually small lagi (tengok, maknya nak be protective lagi kan) kami prefer hantar dia half day je, petang dia dapat rehat kat rumah pengasuh dia. Dapat peaceful nap time dan refresh herself. Tak tahulah kalau lepas-lepas ni nak hantar dia full day. Kita tengoklah nanti.

Kesimpulannya:
Day 1: Tengahari masa amik dia jam 12, cikgu cakap dia ada nangis sekejap tadi, tetiba je jadi sensitif, tak tahu kenapa. Tapi bila cikgu pujuk, bagi mainan, dia ok semula. Saya rasa dia penat, ngantuk pastu teringat susu dia kot. Since biasanya waktu 11-12 tengahari, time dia nap kalau kat rumah pengasuh.
Day 2: Ok juga tapi ada menangis juga tengahari tu sekejap. Saya ambil dia jam 1 ptg. Dia tanya kenapa ummi lambat ambil?hihi agaknya dia tengok ramai parents ambil anak awal kot, tu dia tunggu ummi dia tak sampai-sampai.
Day 3: Siap pesan kat dia, ummi ambil aisyah jam 1 ptg lebih tau. Nanti, kalau ummi tak sampai lagi, aisyah tanya cikgu dah pukul berapa. Kalau belum pukul 1, jadi tak dapatlah ummi datang ambil aisyah lagi. Oh dia nangis juga, sungguh saya rasa dia penat. Masa ambil dia, muka monyok je macam ngantuk, bila nampak saya, dia terus datang peluk pastu teresak-esak menangis. Bila tanya kenapa, dia jawab aisyah nak susu. Haha aisyah, ye lah yelah balik rumah acik La minumlah susu ya.
Day 4: Dia dah tak nangis. Everyday tanya suka tak pergi school, dia akan jawab suka!
Day 5: Masa ambil dia, dengar suara menangis, macam kenal je, pastu dengar suara cakap, cikgu nak susu. Huhu anakku. Rupanya dia menangis sebab ada budak laki terlanggar dia kot, habis merah sebelah pipi aisyah, padanlah dia menangis pun. Minta susu yang tak tahan tu. Huhu aisyah, aisyah.. Agaknya dia nak console diri dia lah tu cari susu agaknya lepas menangis tu.

Saya memang pesan awal-awal kat dia, pergi school tak boleh bawa botol susu, balik umah acik La je boleh minum susu. Inipun sebagai step nak wean off dia dari bottle-fed one fine day nanti. Dia pun sangat suka minum freshmilk lately, beli susu tu memang dia je yang habiskan. Kesimpulannya lagi? hihi saya dan suami happy dengan perkembangan dia setakat ini. Suami dah cakap, kalau dia tak nak pergi school, jangan paksa. Tapi nampak so far ok setakat ini. Kalau ikutkan aisyah baru genap 3 tahun 26 dis lepas, jadi kami takdelah nak paksa dia, kalau dia enjoy kat school then apa lagi nak dirisaukan.

Ini masa ambil dia first day. Dia yang duk depan cikgu tu, tengah main jahit-jahit ke apa waktu tu.

Masa nak balik, nak naik car. Dia boring umminya nak ambil gambar pulak.

Ok itu sahajalah nak cerita pengalaman pertama kali menghantar anak ke sekolah. Maafkan saya yang sungguh sibuk minggu ni. Eh bukan minggu ni je, pendek kata kerja memanglah sentiasa ada dan asyik mengejar due date je, kalau dah sepanjang tahun asyik duk mengejar, penat gak lah kan. Apa nak buat, inilah punca rezeki saya untuk membantu suami, anak-anak dan keluarga. Kena redha, setiap kesenangan itu tidak akan datang bergolek. Kena usaha, barulah Allah bagi ganjarannya,

Selamat berhujung minggu kalian. Kami akan ke family day dept (ST, TM) suami esok kat Hulu Langat. Kot-kot ada yang pergi juga, jom kita jumpa di sana ya.

p/s: rupanya ini first entry saya bagi tahun 2010.