Thursday, June 25, 2009

I thought she'd reached 7kg already

Ya tajuk itu memang sudah sungguh jelas. Selasa lepas saya bawa khadijah pergi monthly check up dia kat klinik kesihatan. Saya yang excited nak tahu timbangannya dan dengan confident (seperti saya ada mentioned dalam beberapa entry lepas) berat dia dah cecah 7kg. But to my suprised, penimbang itu hanya recorded 6.6 kg. Terkedu ummi, nak. During her previous check-up, her weight was 6.4 kg (a week after that, pergi hosp timbang lagi 6.3kg), uh uh lebih kurang lah tu kan. Next week, ada appoinment juga di hospital, i guess she wont gain much within a week. Pergh. I felt a bit frustrated, in a term of she's not gaining much and i'm thinking of what other healthy, nutritious foods should i give to her with her picky-eater habit lately.

And the was a reliefs when the nurse didnt give me any bad comments regarding her weight track. She just said, eventhough there was only a slight increase, it's ok because the development of khadijah is just fine. At the age of 1 yr and 2 months, she's supposed to start walking and she's on her way now. Dah laju meniti di tepi meja, tangga, walker atau apa sahaja yang boleh dia hold lah. I told the nurse too that she'd able to clap her hands, open-close her hands, do a pointing (tunjuk sesuatu) and lately dia dah pandai salam. Oh she's so sweet. She said there's nothing to worry, just ignore those people yang complained she's small. Looking back at her birthweight that was merely 934 gram, takkan lah nak harap dia jadi chubby sekelip mata kan.

Walaupun saya memang tak kisah anak saya kecil tapi jauh di sudut hati, saya harap dia akan gain weight accordingly. Saya macam tak percaya berat dia naik sedikit sebab saya rasa dia dah tembam dari sebelumnya. Haha adakah ummi mu ni perasan je lebih, khadijah? kihkih ketuk kepala sendiri lah ni..
Khadijah di klinik. Ralit sungguh dia duk tengok seorang budak kecil tu main.

Maka resolusi dari lawatan ke klinik itu, ummi telah google sana-sini, buka buku resepi cari resepi bagai untuk pastikan khadijah akan makan apa yang ummi masak nanti. Ok dia memang memilih makan sekarang ini. Agaknya sebab dia banyak sangat makan biskut merry tu, maka dia dah tak suka bubur dia yang tasteless tu gamaknya. Ya itu teorinya dan memang ada benarnya. Saya bekalkan dia 2-3 keping biskut merry/ jagung sebagai finger food dia, supaya juga dia boleh duk diam makan kan, kesian juga dekat pengasuh dia nak tengok dia lagi, then ada newborn baby (anak saudara pengasuh tu) lagi nak kena entertain. Maka, to keep her occupied, kenalah bagi dia biskut. Lama-lama sekeping dah tak cukup. Bila dah kenyang dengan biskut, bubur pun kurang makan lah agaknya. Tapi, pengasuh tu memang sabar layan karenah khadijah ni. Dia suap juga lah makan sambil khadijah fussy tak nak. Kekadang habis, kekadang tidak sebekas bubur dalam bekas 3 oz tu. Sekarang dah 3 kali makan, pagi, tengahari dan petang sebelum maghrib. In between, makan biskut/ roti/ kismis/ buah. Oh ya dia dah pandai minum air guna straw, dah tak nak minum dalam botol dia, nak minum dari botol straw kakak. I've to buy a smaller bottle with straw untuk dia soon lah ni.

Masa pergi smartkids exhibition april lepas, ada dapat sample nestum/ baby food dari nestle. So,since dah ada saya try bagi pada khadijah and guess what, dia makan habis. Rupanya betullah dia memang nakkan something yang sweet, yang ada flavour lah pendek kata. Jadi, saya try masak bubur nasi + oat + nestum cereal (ni yang buat bau wangi) + kurma 5 biji. Khadijah makan tau kombinasi tu, of course kena blend a bit lah supaya tak chunky sangat, rasanya pun manis-manis buah je yang penting original sweetness. Lepas tu, saya cuba masak bubur + ikan bilis (kali ini saya letak ikan bilis banyak ya) + carrot + celery. Blend, juga dia makan sebab kali ni memang terasa ikan bilis tu, ada sedikit rasa masin. Ya lah sedap lah agaknya kan daripada yang takde rasa sangat sebelum ini. Adatlah kan, dia dah 1 yr walaupun badan kecil, dia dah start pandai rasa lah tu. Maka haruslah ummi nya ini lebih kreatif dan inovatif dalam bereksperimentasi masak food untuk dia.

So dear friends, kalau ada resepi yang menarik untuk dikongsikan, let me know k.

This is the first time dia makan oren. Khadijah suka rupanya. Mula-mula tu aisyah yang makan, pastu try bagi khadijah, dia nak. Habis juga 3 slices. Padahal boleh tahan juga masam oren tu.

Lepas tu, kakak nak epal hijau pula. Maka adik pun makanlah juga. Since dah ada 4 batang gigi (2 atas, 2 bawah) ni bolehlah dia gigit epal tu, tapi risau juga dia tercekik ke apa kan. Memang kena monitor time nih.

Aisyah: Ini adik saya! :)

Jangan lupa ya kongsikan menu makanan anak-anak kalian dengan saya. Terima kasih ya kerana saya yakin pengalaman ibu-ibu sendiri memasak itu lebih berharga dari memberikan instant food pada anak-anak. Resepi kat website oversea tu mcm payah sket saya nak mencubanya. Banyak bahan yang takde di dapur kecik saya tu.. :).

12 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Saya takde ape lah sgt resepi nak dikongsi. Tapi, Humaira pon sekarang dah jadi picky-eater. Takleh makan lauk yang sama setiap hari. Harus tukar2. Then, kalau plain jer raser, mmg dier xnak makan.

Kalau letak ikan bilis, kena letak byk2. Dan, saya dah start letak garam sedikit dlm buburnya. Sbb pernah sekali tue, dier demam & taknak makan langsung. Saya belikan McD porridge L size. Habis dier makan tau. Since then, saya try laa tiru2 sket ala2 porridge McD tue (kan rasa porridge nya untuk level org dewasa?).

Hihi, dapat any hint tak dari komen ini? Membantu tak? LOL.

mirah said...

arnie,
ok rasanya dapat lah idea itu..hihi yelah kena put a bit salt dlm food dia kan tp tu lah tgh cari natural ways dulu nak menyedapkan rasa makanan dia, put a pinch of alst tu last resort lah ni. Bukan apa, kalau ikut corrected age, dia baru setahun. Dah lah prem, taknak juga rushing start letak salt terlalu awal dalam makanan dia..

Anyway thanx.
Nak tahu, aisyah dulu masa dia setahun 4bulan dah start makan adult food sket2, sebabnya ummi dia kena warded, takde sapa nak masak..huhu..

Mama Safiyyah said...

allo....

mama mula bg kak yayah makan garam (dlm bubur dia) lepas dia masuk setahun....tu pun sebab sebelum tu dia dah makan macam2 makanan adult.....dia sgt suka makan, takde masalah bab tu.....tp sepupu dia, sangat picky.....

jd apa yg my sister in law buat,is try cari kawan untuk dia.....cthnya, kalau diorng kat my house, my sister in law akan suap my daughter sekali dengan anak teruna dia.....so diorg macam berebut sapa boleh makan lg banyak......

dah try bg appeton with lysine?

mirah said...

khadijah mmg ada mkn multivit hosp bagi. Lupa dah nama apa, tp ingat lagi doc ada ckp, multivit ni pun ada lysine utk tmbh selera makan dia. Setakat ni semua food pun kena still blend sedikit,supaya tak kasar sangat.

Fiza Rahman said...

Salam mirah, cuba u cari buku 'Panduan Pemakanan anak sihat & pintar' (karangkraf). Banyak resipi dalam tu dan berperingkat ikut umur. Simple & senang nak masak. Sbb kekadang dah tak der idea nak masak apa, saya refer kat buku tu jer :-)

Sue.Aleen said...

samalah cam syafiah.. sukakan rasa manis. akak selalu bagi nestum perisa buah tu pada dia.. yang dah ada tekstur + kaler. tapi bankrap la makcik kalo asyik makan nestum.

dia tak suka bubur nasi, tambah lagi kita letak bayam... adehhh.. nampak je camtu.. cerewet bukan main.

nak tengok gak berat dia bulan depan ni.. ada improvement ke idak.
setahun lebih ari tu berat dia baru 7.1kg.

mirah said...

Fiza,
oh ok akan try cari nanti nih..

K sue,
Boleh try buat nestum sendiri. Masa saya try nasi + oat + nestum cereal + kurma tu, dah bau dan rasa ala-ala yg beli kat kedai cuma rasanya saya kena tambah susu. Baru exactly mcm kedai punya. Huhu saya berkira nak tambah susu soya lak lepas ni.

Jiey^Mien said...

Mirah, Ian pun dok main naik sikit2.. So I've tried a few new recipes.. And he's ok with that.. Makan byk tapi tak naik2 gak..

Lately, Jiey bg cheese. Makaroni cheese, spagetti with cheese, tak pun bagi je ratah camtu jer.. Alhamdulillah.. menjadi.. Dlm masa 2 minggu, naik 600gm.. =)

Pnut said...

mirah, akak sempoi je..ahahah emak pemalas ni...

selalu buat bubur je, letak kentang dan carrot, takder blend-blend, cuma potong kecik-kecik je, pastu lecek je masa nak kasi dia makan..

menu alesya, pagi makan nestum, yg beras + susu, atau soya + susu, tghari bubur nasi+carrot+kentang+bayam+ikan/ayam petang makan nestum again atau pisang lecek ngan nasi sikit, atau ngan betik tenyeh-tenyeh nasi panas sikit, pastu lecek betik/pisang kasi dia.

paed alesya kata it's ok for prem baby berat naik slow, kalau naik mendadak itu yg perlu risau, not good, biar slow, asalkan graf dia terus naik, bukan menurun.

Alesya next visit paed bulan 9, doc kata masa visit tu nanti, kalau berat dia dah naik atas garis tu, stop appointment, tak payah datang lagi. Harap naik la anak dara tu, ehehe akak pun tak tau berapa berat alesya skrng, dah lama tak timbang, selalu bawa pegi klinik kalau dia demam, tp budak ni jarang pulak demam and selsema, jadi jarnag juga bawa dia ke doktor.
so tatau le berapa berat dia skrng, last bulan 5 hari tu timbang berat dia 6.6kg j

lia said...

berat Amsyar pon xmemberangsangkan wpon makan boleh tahan... may b sbb dia sgt aktif...

apa lia buat, kalau lia @ papa dia mkn, kami akan offer skali... kira kerap mkn wpon sikit2... ker xboley wat mcm 2 ek?

Ina Hashim said...

lama tak jengah sini...

mirah said...

Jiey,
oh bagi makan cheese ya. Biasa jiey bagi cheese brand apa?

K pnut,
Oh mcm tu menunya..
Ya ke boleh stop appointment? Bestnya, tak larat dah nak pg hosp lagi.. Moga alesya semakin berat tuh hihi..

Lia,
boleh rasanya, sebab amsyar dah setahun lebih kan. Doc cakap kalau dah setahun lebih, dah ok nak start bagi adult food, cuma kena slow2 bagi dan sket2, less salt juga k.

K ina,
ya mirah termiss link k ina rupanya. Ok nnt mirah link kan semula nih..