Tuesday, June 23, 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa buat abah, abah mertua dan abah kepada anak-anak saya. Kasih sayang seorang bapa memang tiada bandingan. Walaupun seorang anak itu lebih manja, baik mungkin dengan ibu, namun peranan bapa tetap ada. Dan gelaran itu takkan hilang sampai bila-bila.

Entry ini khusus untuk abah saya yang telah menjadi bapa selama 34 tahun. I might not be able to recall everything i've been through with him during my childhood. Namun, saya ingat bila mana saya sakit/demam, abah akan dukung saya keluar kereta pergi umah tok. Saya masih di sekolah rendah masa itu. Saya ingat dengan jelas bagaimana abah sedih bila arwah abang yom saya meninggal (abang sulung saya kemalangan dan meninggal di usia 17 tahun), mak saya ada cerita pada saya, tiap malam (dulu lah ni) abah saya masuk bilik arwah abang saya dan menangis. Padahal masa hari kejadian, dia sangat tabah. Saya masih ingat selepas itu, kehidupan kami jadi sedikit susah dan terbatas sebab kereta takde. Nak ke mana-mana pun susah. Abah saya naik motor dan kami ada satu kereta lama peugeot 404, tapi saya segan nak naik kereta tu sebab kereta tu buruk. Pada masa itu. Terukkan saya. Betapa selfishnya saya saat itu. That was the hardest part dalam kehidupan kami (oh susahnya menghabiskan ayat-ayat di atas hingga berjujuran air mata saya sebab bukan hanya itu yang terkenang, terbayang-bayang juga pelbagai kisah lain).
Abahmak mungkin nampak susah sebab kami semua masih kecil dan bersekolah. Namun kasih sayang tak pernah kurang. Kami memang tak mewah mainan, tapi kami memang tak pernah kelaparan. Abah kalau bab makan, memang tak berkira. kalau anak nak, dia akan beli. Rumah abah memang sejuk, tenang sentiasa. Selain keriuhan kami, di situlah tersimpan segalanya. Mak memang tak benarkan kami merayau ke rumah kawan, maka abah belikan macam-macam contohnya set catur, domino, monopoli, karom, raket, bola dan lain-lain supaya kami adik-beradik tak keluar rumah. Itupun masa kami semua sudah besar.

Abah memang garang, masa dia muda, masa tu kami masih kecil lah kan, selalu juga kalau nakal kena pukul. Tapi, zaman adik-adik sangat jarang pula mereka kena pukul. Ingat lagi kena pukul dengan rotan, tak pun kena dengan tali pinggang. Huhu sakit juga tapi dah nakal, kenalah. Kekadang kami rasa abah baran tak kena tempat, hihi namun semua tu dah tinggal kenangan. Makin kami besar, makin bertambah usia abah, kami dimanja pula. Abah memang adventerous person, dan dialah yang benarkan sekiranya saya nak ke mana-mana/ sertai program bermalam di luar (biasa aktiviti sekolah lah kan), kalau ikut mak saya, memang confirm tak dapatlah. Abah memang menyokong tiap apa yang anak-anak dia buat. And he's good in English. Hoho i admire him for that. Dia dulu belajar di uitm shah alam but then quitted sebab tokki dulu susah. Sebagai anak sulung dari 7 orang adik-beradik, tanggungjawab dia besar dan dia rasa dia kena dahulukan adik-adik dia and ended up keje.

Now, abah dah pencen about 5 years ago, last sekali jawatan sebagai peg petempatan kanan (saya teringat bila ada orang/ cikgu tanya peg petempatan tu keje apa, oh susah sungguh nak jawab, ala yang keje bahagian tanah tu..huhu..). Eh dah lima tahun rupanya, cepat kan masa berlalu. Tapi, knowing him, memang dia tak boleh duduk diam, abah masih bekerja secara freelance- kalau boleh disebut begitu, bagi consultation dan tolong orang dalam hal hartanah dan undang-undang. kalau kat bandar ni agaknya dah boleh buka consultation firm kan, tapi abah ni lebih pada menolong orang, dia tak minta upah pun, terpulang pada orang nak bagi. But i bet, dia memang banyak duit. Haha.. Rezeki abah memang murah, berkat sikap abah yang suka membantu orang sampai kekadang boleh gaduh-manja dengan mak tau. Huh mak pun cakap macam ni, mak pun tak tahu jumlah sebenar duit abah ada, tapi mak cakap Allah memang murahkan rezeki abah berkat sikap suka membantu itu. Mak marah sebab sampai kena tipu dengan orang, maka haruslah kan.. Tapi memang bab suka tolong orang saya tak nafikan, sampai pernah tengah-tengah malam orang minta tolong pun sanggup.

Every year dari dulu sampai sekarang, saya jarang sangat miss nak wish happy birthday ataupun fathers day pada abah but this year, i'm totally forgot. Even to my hubby pun tak wish but i've already wished him last 2 weeks masa i bought him a book and while handed it i said, well this is like a father's day present ok.. Heheh.. :)
So, to abah i texted him just now:

Salam selamat hari bapa, abah! Belated dah ni, lupa nak wish ahad baru ni. Moga ppanjang umur, murah rezeki dan dalam rahmat Allah sentiasa. Terima kasih di atas kasih sayang, sokongan dan pertolongan yang diberikan. Mie minta minta maaf sebab tidak banyak mie dapat buat untuk abah. Apapun, mie sayang abah. Abah tetap no.1.

Few minutes later, he replied and my heart melted straigthaway and the tears couldnt be stopped anymore.

T.Q. I always love and adore my children, so take care and be happy always. May Allah bless you all.

He's a wonderful father you know. I bet semua orang pun mempunyai ayah yang hebat cuma ceritanya berbeza. Oh masa terasa sungguh cepat berlalu. Banyak sungguh kenangan manis. Kekadang, saya lupa menjaga perasaan dia, dalam erti kata lain, saya terlalu banyak masa dengan mak. Kan saya anak mak tapi saya juga nak manja abah. Kan saya anak bongsu perempuan. Huhu.. Walaubagaimanapun, masa sudah pasti tidak dapat diputar kembali. Saya ingin buat yang terbaik, memberi kasih sayang dan layanan yang terbaik buat abah dan mak saya selagi ada hayat mereka.

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu dan bapaku. Di akhir usia mereka, limpahkan hidayahMu dan berikanlah mereka petunjuk dalam mencari keredhaanMu. Moga kasih sayang antara mereka kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Selamat Hari bapa untuk semua bapa-bapa di luar sana.

Again saya letakkan gambar ini. Gambar saya bersama abah, mak dan anak-anak di CH.

3 comments:

Sue.Aleen said...

Entry ni wat akak sebak.. uwaaa.. rindulah kat ayah akak. Masih teringat lagi masa kecik dulu dia hantar akak ke sekolah naik basikal. Kalo orang sekarang ni hujan lebat tak de harap la nak naik basikal pastu anto anak ke sekolah. Kita orang pakai payung. Tapi sampai sekolah je akak nampak abih badan dia tu basah kuyup. Payung tu cam payungi akak sorang je. Sian kat dia... sedihlah.. takleh teruskan cerita ni.. kang akak nangis!

Jiey^Mien said...

ayah saya pun garang..
tp dgn cucu, cair bukan main..
=)

mirah said...

K sue, saya pun sebak juga. Berjurai-jurai air mata masa menulisnya. Huhu tu yang mampu tulis, yang tak mampu tulis pun panjang juga..

Jiey,
ya betul tu dengan cucu semua cair. Saya ingat dulu masa saya kecik2, saya takut dengan tokki (atuk) saya. Bila besar je dia mcm ok, sbb dia pun tak sihat sampailah dia meninggal. Yg saya plg sedih, terharu sebab after setahun dah kot kami kahwin, dia bagi saya dan suami sehelai kain pelikat dan kain batik sarong. Huhu..sedih..sedih..