Wednesday, June 17, 2009

Yang dinanti

Alhamdulillah mak, abah, abang, adik-adik dan ibu mertua abang telah selamat kembali ke tanahair dari musafir umrah mereka. Kami sempat jumpa mereka di KLIA semasa mereka transit seketika sebelum penerbangan ke Terengganu pada malamnya. Memang singkat sungguh. Gambar pun tak sempat nak ambil, gara-gara kelam-kabut bagai kan. Gambar budak kecil dua orang itu adalah. Oh cukuplah tayang gambar mereka dulu kan.. Biar entry ini tanpa gambar sahaja. Hihi..

Surat tawaran juga telah saya terima, insyaAllah akan memulakan perkhidmatan baru bermula 1 Julai depan, namun saya masih di tempat sama. Mungkin ada hikmahnya saya masih di sini. Weh kena positif walaupun terasa ingin bertukar jabatan, siapa tahu untung nasib akan datang kan. Permohonan saya pada pendaftar untuk bertukar penempatan tidak berjaya. Takpelah kan, moga bulan hadapan akan membuka lembaran baru dalam karier saya, terutama mengubah cara bekerja ke arah lebih efisyen dan sistematik. Tanggungjawab sama, namun amanah dan bebannya terasa lagi berat.

---------------------------------------------------

Dalam rasa ingin mencari kekuatan dan semangat baru, akhirnya ku tersungkur jua. Payah memadamkan perkara itu namun, harus sentiasa belajar menerima, bersabar dan melihat sesuatu dari sudut yang lain. Pasti ada hikmahnya. Dalam ku ulang ayat itu, makin ia menjerut rasa. Ku pasrah. Sungguh. Moga cepatlah rasa itu berlalu pergi, ku tak ingin kenangkannya lagi. Pergi. Pergilah duhai rasa.. Tenanglah duhai hati..

4 comments:

Sue.Aleen said...

kadang perasaan kita ni memang camtu kan... rasa cam ada je yang tersekat lagi.. yang memberat dan menyesakkan dada

Dayah @ Real Ummu said...

Mirah..tahniah atas jwntan baru..di tempat yg sama pun takpala..pasti ada hikmah...

Jiey^Mien said...

jawatan baru = rezeki anak2.. =)

mirah said...

K sue, huhu malas nak fikir kekadang. Baik buat-bust busy lagi senang. Heheh..

Dayah,
Thanx...

Jiey,
Ya rezeki anak-anak ni. Betullah tu sebab lps ni mereka nak dpt treatment perubatan, semua ditanggung. Lagilah utk khadijah yg kerap pergi klinik, hospital kan..