Wednesday, June 10, 2009

Ketenangan

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" - ayat seribu dinar, surah al-Talaaq ayat 2-3.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu.
Sumber:klik sini

Ketenangan itu hanya boleh dicapai apabila menghadap dan mengadu pada sang pencipta sahaja. Itulah ketenangan yang hakiki.

2 comments:

Sue.Aleen said...

ada orang kata nak tenangkan diri mesti bawa diri ke tempat yang damai, hijau. sebenarnya orang² ini mencari dan cuba mengisi kekosongan diri tu dengan mencari-Nya tanpa disedari. alam ini semua kan ciptaan Allah. di sebaliknya hikmah yang amat besar kepada orang² yang mahu berfikir... wallahu'alam.

berpuitis plak kita ni ye... anyway.. baguslah tuko layout. macam ada semangat baru je...

mirah said...

Ya benarlah itu. Kalau zaman bujang dulu, ada masalah boleh je pergi mengadap tasik kat upm nih..tenang mata sejuk hati.. Tapi sekarang ni mana lah nak pergi. Kalau pergi pun dengan anak. Heheh..

Ya tukar lay out, dah lama nak buat tapi selagi tak sampai tahap maksimum maka tak bergeraklah. Mungkin semalam kemuncaknya maka berjayalah saya tukar lay out itu. InsyaAllah moga Dia berikan juga ketenangan setenang gambar lay out itu.