Lihat ni adik masih sangat kurus, baru dipindahkan ke dalam inkubator dan masih menggunakan bantuan pernafasan. Jika tak silap, masa usia adik 2 minggu lebih kurang sebab adik dah mula minum ebm thru tiub kat mulut itu. Kiri kanan tangan semua kena cucuk. Wah macam terngiang-ngiang lagi bunyi mesin rekod pernafasan, kadar oksigen dan tekanan darah adik di sebelah inkubator tersebut. Dan kalau perasan juga, adik tengah buka mata tu. Oh ummi sungguh happy saat ini, dia pegang erat tau jari ummi abah bila kita letakkan satu jari di tangan kecil nya itu. Ummi juga sungguh takut nak pegang dia/ betulkan wayar-wayar berselirat itu sebab risau sakitkan adik. Tapi bila nurse suh tukarkan pampers sendiri, sapu losyen sendiri, lama-lama ok lah.
Berat khadijah tika ini dah 1 kg lebih. probably up to 1.5kg sebab bila dah 1.6 kg, dia dah keluar dari inkubator duk dalam tray bed pula. Still very small, dah bernafas sendiri, masih minum guna tiub. Baru nampak cerah sikit kulitnya..hehe.. Tengoklah tu, tidur kaki mesti satu angkat letak atas kain tu, kalau kita tukar pun dia angkat semula. Masa ini juga dah pindah masuk keluar dari ICU NICU, tapi still kat NICU cuma dah tak dalam critical side. Kalau critical tu duk depan kaunter nurse tu. Ummi juga macam masih terbau sabun yang digunakan setiap kali sebelum pegang khadijah mesti kena basuh tangan. Setiap kali ya. Rindu??Heheh ummi tak nak anak-anak ummi seterusnya duk sana lagi kalau dapat. Lawatan singkat ke NICU isnin lepas sungguh mengimbau kenangan. I missed those exhausted, unpredictable days tapi biarlah hanya menjadi kenangan. Kenangan yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan sekarang....
Aisyah, Ummi dan Khadijah kini. Lihat tu adik yang selsema dan kakak yang gembira kesukaan dilayan ayah de nya. Picture taken 12/4/09.
Dan sekeping gambar candid kakak sedang membaca buku semasa dalam perjalanan ke rawang tempoh hari. Oh kakak dah big girl, cakap pun macam budak besar dah, full sentence cuma kalau kita suruh dia ikut kita cakap ayat yang panjang sangat melibatkan 5/6 ayat, hanya yang belakang je lah dapat dengar dia sebut clear.
__________________________________________
__________________________________________
I love being a mother walaupun rasanya tidak lah menjadi ibu yang sempurna namun saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak dan suami tercinta. Moga hari depan menjanjikan lebih banyak kegembiraan, rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus buat kita sekeluarga.
Khadijah juga dah baik dari selsema cuma batuk masih bersisa namun keseluruhannya semakin baik. Alhamdulillah. Jadi, tak payah lah ummi bawa dia ke hospital semula sebab Dr Rohaizah cakap isnin masa jumpa dia di NICU, kalau adik masih tak ok atau menunjukkan tanda-tanda makin teruk/ tak berubah, kena bawa datang semula ke klinik paed jumpa dia selepas 2 hari. Ini dah 3 hari selepas isnin, nampak macam ok, jadi tak pergi lah ni. kali ni, Dr prescribed ubat demam paracetamol syrup kaler merah tu (sebenarnya adik tak demam pun), tapi rasanya itulah ubat untuk rawat selsema dia, dengan antibiotik Klasid, Dr cakap ini untuk kill all the typical virus. Huh sebelum ni bg augmentin tapi adik tak baik pun. Augmentin meant for all viruses, kira Klasid ni untuk certain virus lah kan. Dan juga nasal drop, kalau tengok nasal drop ni sebenarnya juga eye drop. Biasa beli kat farmasi sebagai eye drop rupanya boleh juga buat nasal drop untuk clearkan blocked nose. Takde ubat batuk pun walaupun adik masa tu batuk bunyi macam orang tua berkahak punya batuk tau. Adakah babies tak boleh bagi ubat batuk sebenarnya? seperti cerita salwa aka ibu kauthar dalam blog nya? Mm..ada benarnya kan.
Akhir sekali, syukur atas segalanya.
12 comments:
Ya Allah, kecilnya Khadijah dlm incubator tue... Amazing bila tengok Khadijah sekrang nie... kan? =)
lia xtau apsal tetiba jadi emo dgn airmata bergenang tp khadijah dulu...
ALhmdlh dia da big girl skng...
Alah kesiannya tengok Khadijah masa dalam incubator...dah besar skarang ek!syukur:)
Selamat Ulaang Tahun Pertama Khadijah.. semoga jd anak bijak yg solehah \m/
tetiba....bergenang airmata tgk gmbr adik dlm incubator..
arnie, ya memang mirah pun masih sukar nak percaya it has been a year now and she's here safely and healthy. Syukur pada Tuhan.
Lia, oh maaf buat kalian terharu. Bukan niat ku, paparan ini hanya untuk mengingati betapa special nya khadijah.
Mimi, ya syukur.
K diniedinar,
terima kasih. Sebenarnya itu hanya gambar selepas 2 minggu dan khadijah dalam inkubator. Keadaan dia sebelum itu lagi teruk dan pasti kalian tak sanggup melihatnya sebagaimana saya tak sanggup nak ambil gambar melihatkan kesakitan yang anak kecil itu sedang hadapi. She's a true fighter for me..
namun segalanya msih jelas dan terbayang di mata ini. Bila pergi ke nicu hari tu, terasa makin segar ingatan, setiap inci nicu itu ada ceritanya sendiri. Dan banyak yang dipelajari. masa tak mungkin merubah segalanya namun ia akan menjadi pengalaman paling berharga buat diri saya.
syukur alhamdulillah.
:)
Mirah,
nieza tak tahu pun sblm ni.
Kawan blog Nieza, kalo Mirah perasan koci baby dia Danish pun premature ... mmg sedihh sgt & alhamdullilah Danish pun dah jadik good boy .. sebaya dgn suffiya
Syukur khadijah sehat.
salam mirah,
ade entri yg awal tak pasal khadijah di nicu / at birth story ?!!.. tak puas & tak dpt whole picture (sungguh daku suka menyebuk)..
Mirah Ibu yang tabah, & khadijah pun strong babe...
salam... moga Khadijah akan terus membesar, sihat dan bahagia..take care Mirah
Nieza, oh khadijah dah setahun skrg ni, byk entry cerita psl dia masa awal2 blog ni dulu.
Kak yong, ini antara add nya. Boleh baca nnt kalau tak pun tengok lah entry awal2 dulu, byk cerita psl khadijah..
http://nmirah.blogspot.com/2008/08/khadijah-siri-1.html
http://nmirah.blogspot.com/2008/09/sambungan.html
http://nmirah.blogspot.com/2008/09/khadijah.html
http://nmirah.blogspot.com/2008/09/finally.html
Dayah,
thanx yea. Mudah2an.
salam mirah..
ok nanti ade masa kakyong baca... kuat khadijah ni..!!
Post a Comment