Monday, April 13, 2009

Khadijah - 1 year old*update

inilah wajah birthday girl - picture taken by ayah Da 12/4/09

Alhamdulillah khadijah berusia setahun semalam (12/4/09). Takde birthday party untuk dia pun. We weren't plan for one, kalau nak buat pun tunggu adik 2 tahun lah eh which means next year. Dah besar, dah boleh makan kek nanti kita buat birthday party kecil-kecilan ya. Ummi dan abah belikan cupcakes dan bawa pergi ke NICU Hosp Serdang pagi tadi, just untuk menyatakan rasa terima kasih tak terhingga kami di atas jasa baik semua doktor dan nurse merawat khadijah sepanjang khadijah di NICU Hosp Serdang 12/4 - 26/6 2008. Alhamdulillah tercapai niat ummi nak bagi sesuatu tanda terima kasih pada mereka. Sayangnya, as semua orang tahu, kamera kami masih belum dibuat apa-apa tindakan. Abah cakap beli je lah baru, tapi ummi pula nak tunggu hantar servis dulu, kalau boleh baiki dan berbaloi, buat apa beli baru kan.

Apapun, doa ummi agar khadijah terus membesar sihat, menjadi anak yang solehah, bijak dan santun moga menjadi penawar hati abah ummi dan kebanggaan keluarga. Moga juga dapat menitip doa untuk abah ummi bila kami tiada lagi nanti. Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama, sayang!.


update! inilah gambar cupcakes yg ummi belikan dan bawa pergi NICU Hosp Serdang. Pic taken dari k pnut punya blog. Terima kasih yea k pnut.

note: ada banyak nak cerita tapi terbatasnya masa. Khadijah juga tak sihat sekarang ini, pagi tadi bawa dia pegi jumpa doktor. Kesian dia batuk dan selsema lagi. Huhu nanti ummi update k.

13 comments:

Ina Hashim said...

HAPPY BIRTHDAY KHADIJAH...MOGA MENJADI ANAK YG SOLEHAH

~Umi.Sufira~ said...

Happy Birthday Khadijah...semoga emnjadi anak yang solehah dan membesar bagai juara!!:)

Tahniah juga buat Mirah berjaya fully BF Khadijah selama setahun kan:)

mirah said...

K ina, terima kasih.

Mimi, mudah2an lah tu. Amin.
Alhamdulillah ya berjaya bf khadijah setahun setakat ni. Doa moga dapat teruskan hingga khadijah 2 thn paling kurang. Thanx mimi.

Mommy Harith Hannah said...

Happy 1st Birthday Khadijah!

You're one of the miracles baby... Syahdu tau auntie baca survival story Khadijah dlm entry ummi sebelum2 nie...

Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki selalu ya!

- hugs & kisses -

Nieza Ishak said...

Selamat Ulangtahun Khadijah

khadijah sama cam zulaikha .. rambut malu-malu nak tumbuh hehehe

lia said...

selamat hari lahir yang pertama khadijah... semoga sentiasa dalam rahmatNYA....

congrats mirah sbb da 1tahun bf khadijah...

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

HAPPY BIRTHDAY KHADIJAH :)

Pnut said...

Happy birthday khadijah...
comei anak dan ummi dia..
pic cupcakes tu nanti akak boh kat blog cupcakes boleh amek ye..

Unknown said...

Salam Mirah
Selamat hari jadi untuk Khadijah.. semoga cepat sihat..

mirah said...

Auntie arnie,
terima kasih. Doa moga saya sihat sentiasa moga ummi saya tak susah hati yea.. hihi

Nieza, thanx. Rambut baru mula nak panjang since botakkan bulan lepas..

Lia, thanx. Moga dipermudahkan jalan untuk bf khadijah sampai dia 2 thn. InsyaAllah

mirah said...

Salwa, thanx.

K pnut, oh terima kasih di atas cupcakes yg sedap dan cantik itu. Sesapa nak order boleh order dekat sini tau, http://pnutcakes.blogspot.com/
heheh ku takde gambar nak tunjuk.
apapun terima kasih lagi sekali.

Kak yong, terima kasih.

rafiza said...

salam kak mirah
selamat hari jadi yang pertama khadijah

kak mirah
memandangkan akak pernah juga memerah SI guna tangan, sy just nak share..n hopefully akak jg dapat share your experience

semasa anak pertama,mmg saya perah pakai tangan sahaja
kadang2 boleh dapat sampai 7 oz..

untuk anak kedua ni saya beli pump Spectra 3,
tapi mgkin kerana terlalu mahukan hasilnya, saya telah tersalah cara menggunakannya menyebabkan nipple saya berdarah, sudahnya saya seperti putus asa..

lantas saya consult my doctor(a friend of mine), dia suggest saya pakai pump pureen tu je..katanya bagus, suction tak terlalu kuat n ada button for suck n release..harga pun murah

saya un try..mmg bagus pun,suctionnya tak sakit, ada gelung getah tambahan untuk nipple kecil..very handy
cuma sebenarnya battery operated tapi bila pakai baterry mmg tak jalan langsung, kena pakai adapter..satu lagi lenguh sikit sbb tak auto (mmg lenguh pun kan walau pakai pump lain pun)

walaubagaimanapun, sy tetap merasakan memerah dengan tangan lebih mudah.bila perah pakai pump pun, last thing I did is perah jg pakai tangan untuk betul2 kosongkan breast.plus bila perah guna tangan lebih senang untuk let down. satu lagi kerana tak perlu nak basuh corong pump n sorong pump ke mana2.

tapi jarang ataupun tak pernah saya tgk org betul2 cerita ttg perah guna tangan..

Hehe
ada request ni
akak buatla satu entry ttg memerah SI guna tangan
ataupun buat comparison

mirah said...

rafiza, oh insyaAllah nanti akak share kan ya. Teruskan breastfeeding ur lil' ones umar ya.