Thursday, April 9, 2009

Aisyah part 1

Lama tak cerita kat blog ni kan. Bukan takde cerita tetapi seakan malas nak menulis. Haha apa kena dengan ku ini.. Namun, teringin ni nak tulis pasal aisyah lagi. Rasanya sangat sedikit cerita pasal aisyah kan. Mostly cerita pasal adik kan. Jadi, ummi nak cerita pasal kakak lah pulak ni nanti bila kakak besar, kakak boleh tahu kisah kakak kat sini, kan. Kisah ini akan bersiri, nantikanlah sambungannya ya.. (heheh ada orang nak ikuti ke?)

Aisyah lahir masa kandungan ummi 37 wks. Sangat teruja sebab anak pertama kan. Wah shopping baju, kelengkapan bagai. Sangat suka. Walaupun pada mulanya kami mengharapkan anak lelaki tapi kami tetap juga gembira dan terima apa yang Allah bagi dengan tangan terbuka. Ya lah sapa kita nak tentukan semua itu kan. Masa tu beberapa hari lagi sebelum raya haji. Ummi ingatkan sempatlah balik beraya dulu then baru bersalin. Beberapa minggu sebelum itu, ummi dah siapkan kerja-kerja lab siap cakap kat Dr Jo saya tak datang lah dah. Huhu rupanya betul.

Awal pagi tu dalam pukul 5 pagi lebih kot, tetiba ummi bangun rasa nak pergi toilet. Sekali keluar air banyak sangat. Ummi kejutkan abah. Kami masing2 tak tahu apa nak buat. Nak bersalin ke ni? Tapi masih awal lagi. Pastu telefon mak. Mak cakap macam air ketuban pecah lah tu. Mak tanya sakit perut tak. Saya jawab tak pun. Pastu suami telefon mak dia pula. Mak dia pun cakap perkara sama dan minta pergi hospital sebab takut nanti air berkurang, pastu infection ke, anak emas ke. Fuhh suspens kami nih. Dalam duk kalut tu, dah masuk subuh pun. Suami cakap nak pergi solat di masjid dulu. Saya cakap ok lah. Saya pun takde lah sakit pun cuma air tak berhenti keluar. Ummi masih ingat lagi sempat gosok baju, tudung segala sebelum pergi hospital tu :). Ye lah confuse nak pakai apa, tak kan nak pakai kain batik. Ke?
Dalam hampir pukul 7 pagi kami keluar rumah. Suami tanya nak pergi hospital mana? Putrajaya ke Serdang je? Rumah kami memang dekat dengan Hosp Serdang, tapi Hosp Putrajaya pun takde lah jauh mana. Kenapa boleh ada persoalan kat situ? Sebab kononnya kami rasa Hosp Putrajaya tu macam best je. Haha.. Ummi yang mula rasa sakit perut ni buat keputusan kita pergi je lah Hosp Serdang, dah dekat ni. Kononnya on the way nak pergi hospital tu nak singgah beli sarapan ke apa sekali gerai pun tak buka lagi. Ye lah masih kira awal lagi waktu itu.

Abah cakap takpelah nanti sampai hospital dia belikan sarapan. Sampai di hospital, sebelum turun kereta ummi sempat minum seteguk air, dah tak lalu dah ni. Daftar semua, pastu nurse suruh masuk bilik menunggu tu. Dia check semua, pasang ECG kat perut tu. Ni dah start rasa sakit. Bila tengok jam dah 10 minit sekali nih. Nurse suruh tukar baju, bila dia check dah ada bukaan 3cm. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 8 pagi, tak tahan rasa ni, panggil nurse. Dia check lagi sekali bukaan dah 4cm. Dia pun cepat2 lah suruh masuk labour room. Panggil suami masuk, tunggu lagi. Pastu ummi ngadu lah kat nurse tu yang ummi lapar dan dahaga. Nurse tu tak bagi ummi minum air langsung tau. Ummi cakap bagilah sikit je pun air masak tak pelah sebab rasa mulut dah kering sangat dah ni. Dia tak bagi juga. Dia kata once dah masuk labour room tak boleh makan minum dah, nanti takut muntah masa nak bersalin. Pastu ada sorang nurse tu siap cakap yang ummi ni mungkin akan bersalin lambat lagi, apatah lagi bila dia tahu ni anak pertama. Fuh ummi dah risau amat ni, dah lah kelaparan, sakit lagi. Then, dalam pukul 9 pagi, ummi tekan2 buzzer tu panggil nurse cakap tak tahan dah ni. Ada ke dia suh ummi duk telentang mcm tu, ummi cakap tak boleh, jadi ummi duduk mengiring merengkok tahan sakit. Sakit sampai ummi tak bagi abah pegang tangan ummi. Ummi pejam mata, baca doa tak henti sambil tahan sakit. Nurse tu pulak marah dia cakap 'eh, awak jangan tidur pula'. Ummi tak tidur lah, cuma duk tahan sakit tu.

Diaorang duk ulang alik keluar masuk. Pastu bila dah tak tahan sangat, ummi panggil nurse lagi. Nurse macam marah kat ummi sebab kejap2 panggil. Tapi kali ini bila dia check dah terbuka 8 cm. Apa lagi kelam kabut lah diaorang. Pastu suruh ummi tahan jangan teran dulu. Weh orang ni dah betul2 tak tahan, tadi bila mengadu tak nak dengar. Sejurus lepas dia buka paper yang letak bawah punggung kita tu kan, pastu dia suh teran. Mujur ada nurse tu ajar macamnea nak teran. Dia ajar baca Bismillah, then teran. Ada dalam 2 kali tak berjaya. Ummi pun dah kepenatan. Pastu nurse tu cakap kalau terasa sakit, teran je. Tapi jangan angkat punggung, nanti luka banyak. Yang ni memang ummi jaga lah. Control gitu walau sakit. Bila nurse gertak (ke?) ummi cakap heart beat baby dah lemah then dia cakap lagi 10 minit awak tak bersalin, saya panggil doktor. Bila ummi dengar panggil doktor tu, terus teran dah akhirnya lahirlah aisyah humaira'. Bila keluar tu, dah tak terasa apa dah. Sekejapan amat sampai ummi pun tak perasan, dah ke.

Alhamdulillah jam 9.28 pagi, aisyah lahir. Nurse tu angkat tunjuk baby kat ummi then suh cakap anak lelaki ke perempuan, siap kena signature time tu juga tu. Lepas itu, dia bawak pergi baby tuh, abah ikut tengok dan iqamat kan baby. then, baru lah dia bagi air. Air milo. Abah memang ada sepanjang masa ummi bersalin siap bagi support kat ummi. Terima kasih abang. Kalau ikut kronolginya, ramai yang cakap ummi consider sakit bersalin sekejap je lah tambah lagi anak pertama. Kalian bagaimana?


Aisyah Humaira' Muhammad Faisal
26/12/06 - 5 Zulhijjah 1428H; 9.28 pagi
2.2 kg
Hospital Serdang

4 comments:

::Umi Sufira:: said...

Keciknya aisyah lahir....Mirah biasalah kalu tengah bersalin kena marah..bagi mimi yang bersalin kedua2 anak di hospital kerajaan ni..depa marah bersebab....untuk kebaikan kita supaya kita push cepat..takut baby lemas kan...apa2pun syukur Aisyah keluar dengan mudah kan!:)

nas said...

wah mira ni...citer pasal baby time akak tgh nak baby sesangt.. ;)

lain betul yer experience bersalin kat hospital tu..

akak pulak dilayan bagai puteri. air sebotol mmg disediakan. nurse sepanjang masa kat sebelah..selalu tanya, kalau tak tahan sakit..diorg akan bagi bla..bla..

yg marah cuma mak bidan jer lah...sebab asyik menjerit sakit.

nak baby!!!!

mirah said...

Mimi, ya betul tu. Mirah pun tak ambil hati, pendek kata syukur sebab semuanya ok. Kalau dengar cerita org lain bersalin kat situ lagi teruk pun ada, sebab tu bila org cakap ok ke bersalin kat hosp tu? mirah jawab ok je... hehe..

K Nas, oh mirah buatkan akak terasa nak ada baby ke? Heheh cepat2 ada baby tu yea.. Takpe nanti mirah sambung cerita biar k nas makin teringin.. :p

Wah best lah mcm tu. K Nas bersalin kat private kan, sebab tu dilayan baik. Kat hosp kerajaan ni as expected lah tp not bad for my experinences. So far belum serik lah bersalin kat situ.

kakyong said...

salam mirah..
beruntung le senang bersalin.. kakyong 2 hari air ketuban dah pecah tp tak rasa sakit nak bersalin.. masa tu pun dah 37 weeks, pastu 8 jam dlm labor room.. lengkap dgn segala tengking, marah, maki.. sudahnyer kena vakum.. lahir lah fikri dgn berat 2.75kg